Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Saturday, January 31, 2009

KENDURI KAHWIN DI MUADZAM DAN SELENDANG

Pagi Sabtu ini penulis memulakan rutin lazim setiap hujung minggu khususnya dimusim cuti sekolah se awal 11.00 pg.

Kenduri menyambut menantu diadakan oleh Haji Ismail Mamat yang juga Ketua Desa Anggerik. Dikenali dengan panggilan “Mail Komputer” kerana pernah bertugas di Lembaga Kemajuan Pahang Teunggara (DARA) di Bahagain Komputer.

Turut hadir di majlis itu Ustaz Ismail Mat Tahar ,bekas calon PAS di DUN Ibam satu masa dulu (Belia juga merupakan biras kepada Mail Komputer), pimpinan masyarakat dan syahabat handai.

Setelah bermesra dengan hadirin yang berada dalam majlis itu penulis terpaksa meninggalkan majlis Kenduri Kahwin di Felda Selendang 1 yang jaraknya lebih kurang 95 kilometer dari Bandar Muadzam Shah.

Penulis bersama isteri sampai di rumah Saudara Sobri Abdul Halim yang mengadakan majlis Walimatul Urus anak perempuannya Noor Azura Sobri dengan Mohd.Halmee sekitar jam 1.45 tgh.
Setelah sampai ke rumah pengantin,penulis difahamkan pengantin lelaki (Mohd.Halmee) rupanya bekas muridnya (dalam Karate-Do) dizaman pelajarnya.

Penulis mengendalikan kelas seni bela diri Karate-Do berasal dari Negara Matahari terbit itu sejak pertengahan tahun 90an hinggalah ke awal tahun 2000 di beberapa tempat di sekitar Bandar Muadazam Shah . Mohd.Helmee adalah diantra muridnya yang taat dan bedisplin.


Penulis tidak melepaskan peluang bermesra dengan hadirin diantaranya Abang Sofet Halim (Ketua PAS Cawangan Bandar Muadzam Shah yang pertama), Ustaz Anuar dan Sdr.Jaafar (Ketua dan Setiausaha PAS Selendang 1) ,Pimpinan Masyarakat dan orang ramai yang datang dari jauh dan dekat.
Semoga berbahagia ke anak cucu.

1 comments:

Ameen Homestay Wednesday, 18 March, 2009  

ada tak gambar pengantin? kami tak sempat hadir. mohon hantar gambar tu ke dreammastez@gmail.com

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP