Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Friday, January 9, 2009

PILIHAN RAYA P.036 KUALA TERENGGANU MULA RANCAK


Selepas 3 hari penamaan calon bagi Pilihan Raya P.036 suasana nampak mulai rancak.

BN telah membuka banyak bilik-bilik gerakan.
Kelihatan juga petugas-petugas Wanita UMNO bergerak ke rumah-rumah.

PAS yang telah mula membuka bilik gerakan lebih awal memberi fokus kepada meamasang poster di mulakan di pesimpangan-persimpangan jalan.

Kuliah-kuliah maghrib berjalan macam biasa.
Pengkuliah-pengkuliah dari PAS kebanyakkan menyentuh aspek kesyumulan Islam.
Islam sebagai agama pemberi rahmat kepada suluruh umat tidak kira mengira bangsa, agama dan batas sempadan. Kuliah-kuliah yang disampai oleh ustaz-ustaz dan tokoh-tokoh PAS dari seluruh negara di adakan disurau-surau dan juga markas.

Ceremah-ceramah umum oleh Pimpinan PR dari setiap peringkat telah berjalan rancak setiap malam.

BN mula guna jentera kerjaaan
Pada pagi ini Jumaat 9.01.09 mula kelihatan “Jentera BN dari Jabatan Kebajika Masyarakat” turun padang.
Di Unit Peti Undi (UPU) Pasir Panjang kelihatan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat di turunkan dengan menggunakan sebuat bas dan sebuah pacuan empat roda.
Kelihatan petugas perempuan pergi ke rumah-rumah dan membuat catitikan dengan bersungguh di dalam bas berhawa dingin.

Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan oleh BN,iaiutu menggunakan seluruh jabatan yang sepatutnya berkecuali dalam kempen pilihan raya.
Dilaporkan juga Sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Pertanian (M.O.A) teah digunakan untuk berkempen di UPU Bukit Bayas.

Jika BN benar-benar “gentleman” ,jangan gunakan jentera kerajaan ,gunakan jentera parti sahaja.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP