Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, January 13, 2009

PILIHAN RAYA KECIL P.036 KUALA TERENGGANU: KONTIGEN PAS PAHANG BUKA SATU LAGI PENEMPATAN UNTUK PETUGAS


Dalam ketenagan suasana pilihan raya di K.Terengganu petugas dari Nergeri Pahang datang silih berganti. Hingga kini Kontigen Pas Pahang menempatkan petugasnya di lima penempatan apabila sebuah lagi rumah digunakan dua hari lepas.

Aktiviti kempen berjalan dengan suasana tenang walaupun tarikh pengundian tinggal tiga hari saja lagi.

Maklumat dari penduduk setempat mengatakan suasana agak sunyi ini munkin berpunca dari perpecahan di kalangan UMNO. Putri UMNO tidak begtu kelihatan seperti piahanraya lain. Ada yang mengatakan ini disebabkan rasa tidak puas hati mereka kerana wakil mereka ke dewan Negara dari kawasan ini telah tidak dilantik lagi untuk penggal ini.

Yang paling ketaranya ialah polis diturunkan lebih ramai dari pilihan raya yang lepas-lepas.
Didalam ceramah-ceramah polis hadir begitu ramai, adakalanya lebih ramai dari orang awam.
Di kedai-kedai makan dipenuhi polis samada yang beruniform atau tidak.

BN yang telah “tewas” di pusingan pertama selepas penamaan calun telah dapat dikesan menggunakan tektik kotor untuk memenagi hati pengundi. Dikatakan ada yang menyamar seperti Muslimat PAS dan bergerak dari rumah ke rumah memburukkan calon kita.

Sehari dua ini petugas dari kontigen Pahang menumpukan kerja-kerja ziarah , pengedaran Harakah dan pelbgai risalah. Program memasak bubur asyura berjalan setiap hari.
Pada waktu malam kuliah maghrib berjalan makin rancak. Pemimpinan tertinggi PR turun bercermah setiap malam.

Pondok-pondok tempat semakan pengundi mula dibuka dengan mengunakan tenaga pemuda yang berkemahiran. Sambutan masyarkat sangatlah mengalakan.





1 comments:

CINCIN@RINGS Friday, 16 January, 2009  

Tunaikan hak anda

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP