Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, January 27, 2009

POLIS MALAYSIA AMAL BUDAYA “GANSTERISM”

Telah berapa kali Ketua Polis Malysia menyatakan hasratnya untuk memulihkan imej polis.

Pelbagai tema dan slogan digunakan sejak dari Kes “Mata Lebam” angkara orang No.1 Polis Malaysia ,Rahim Noor.
Pemakaian lencana “Saya Anti Rasuah” diikuti dengan lencana “INTEGERITI”

Semuanya gagal memulihkan imej Polis Malaysia. Kes demi kes, penyelewengan demi penyelewengan, Rasuah Terus Berleluasa di Kalangan anggota polis di semua peringkat. Yang Yang berjawatan rendah makan sikit, yang “Besar” makan “BESAR”. Budaya Rasuah telah membarah di kalangan Pasukun Polis dan sukar diubati lagi.
Tidak dinapikan ada polis yang baik tapi munkin hanya “1 dalam 1,000” .
Ini tidak boleh diselindungi lagi. Penulis ramai ahli keluarga yang terlibat dengan pasukan polis dan ramai juga rakan-rakan yang berjawatan tinggi dalam polis. Mereka mengakui reality ini.

Terkini, isu Penderaan A.Kugan menunjukkan polis mengamalkan “budaya gangterism”.
Macam mana ini boleh berlaku? Ianya bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku.
Undang-undang Civil sendiri pun tidak membenarkan penderaan dalam masa penyiasatan. Tak taulah saya jika ada peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (CPC) yang megharuskan perkara ini.

Bila berlaku saja ,pihak kerajaan termasuk menteri dan polis sendiri berjanji akan menjalankan penyiasatan yang telus dan adil. Inilah “standard” Kerajaan Malaysia dan Pasukan Polis Malaysia.

Bagaimana dengan langkah pencegahan dan pemulihan yang lebih comprehensif dan efektif”?
Apa jalan penyelesaian yang berkesan yang telah dirangcang secara serius?
Percayalah, selagi kita tidak kembali kepada Islam, mengamalkan hukum Islam permasalahan ini tidak akan terungakai.

“Adden (way of life) disisi Allah ialah Islam”

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP