Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Sunday, January 4, 2009

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN GERAK KERJA PRK P.036 PARLIMEN KUALA TERENGGANU PERINGKAT DUN LADANG


Majlis pelancaran yang dibuat dalam penuh keserdahanaan tetapi meriah telah di adakan di Surau Flat Gelong Bilal selepas waktu ‘Isya, 4 Jan 2009. Majlis yang dihadiri lebih kurang 1,300 orang pimpinan dan ahli PAS dari semua UPU dalam MTD Ladang dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis Ustaz Rashid yang juga Ketua UPU Pasir Panjang.Kemdian diikuti oleh Dr.Hj.Sulaiman bin Abdullah ,Pengarah MTD Dun Ladang.


Turut berucap pada malam itu Saudara Mazlan bin Mohamed Yasin Tim.Pengarah 2 Jabatan Pilihanraya (JPN) PAS Pahang yang mewakili Persuruhjaya PAS Pahang yang tidak dapat hadir di saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Dalam ucapan ringkasnya beliau menyeru seluruh Jentera Pilihan Raya memberikan komitmen yang tinggi dan berkerja berencana dan berfokus. Disamping niat yang penuh ikhlas serta minda yang berketerampilan dengan meletakkan matlamat diawal perancangan (Begin with end in mind).


Pengarah JPN Negeri Sembilan telah berucap menggantikan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang tidak dapat hadir kerana ada majlis bersama Presiden Pas di Sri Mennanti.NS
Wakil Selangor yang merupakan sebuah lagi negeri pembantu di peringkat Dun Ladang bagi pilihan raya tidak dapat hadir.

Majlis yang ringkas tapi penuh bermakna itu telah dirasmikan oleh Yb Mohd.Abdul Wahid Endut Calon PAS bagi PRK P.036 Parlimen Kuala Terengganu. Majlis berakhir dengan Jamuan Nasi dalam suasana penuh ukhwah dan kemeseraan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP