Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubaraq kepada seluruh Umat Islam khusus kepada pengunjung setia blog saya.

Semoga kehadiran Ramadhan yang dirindui ini memberi satu “momentum” yang baru untuk kita meneruskan perjuangan di bumi Allah ini.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a berkata : Telah bersabda Rasulullah SWT telah berfirman yang maksudnya;

“ Semua amalan anak Adam adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, ia adalah untukku dan akulah yang memberi ganjarannya. Puasa itu adalah perisai. Apabila seorang dari kamu berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah ia menjerit-jerit tidak menentu. Sekiranya seseorang mencelanya atau menyerangnya maka katakanlah: Sesungguhnya saya berpuasa . Demi (Allah) yang nyawa Muhammad di dalam genggamannya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum disisi Allah dari bau kasturi.Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan: Ketika berbuka ia gembira dengan hidangan berbukanya dan ketika bertemu Tuhannya ia akan gembira dengan puasanya.”

Akhirnya marilah kita sama-sama menyemarakkan bulan yang mulia ini dan berdoa agar beroleh Ketakaqwaan setelah melepasi Madrasah Ramadhan.

Saturday, August 30, 2008

Bajet 2009 : Bajet Pemulihan

Selepas Solat Jumaat semalam saya fikir sebahagian besar rakyat Malaysia menghabiskan masa di hadapan talevisyen mendengar pembentangan bajet 2009. Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap buget yang telah dibentangkan oleh Pak Lah itu.


Saya berpendapat tidak ada yang terlalu istimewa dalam bajet yang dibentangkan semalam.Pada saya ianya adalah satu ”bajet pemulihan” hasil daripada Sistem Pentadbiran Kerajaan yang tidak pro-aktif tetapi seringkali bertindak re-aktif dalam banyak hal.


Antara fokus utama bajet semalam ialah meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, bonus kakitangan kerajaan,membasi kemiskinan tegar, menaikkan kadar pencen minima pesara , mengecualikan bayaran bil letrik bagi isi rumah yang menggunakan bil letrik Rm 20 ke bawah.


Jika kerajaan BN prihatin terhadap nasib rakyat, dari dahulu lagi tindakan ini boleh diambil .Sejak Pak Lah jadi PM takkan dia tak mendapat laporan mengenai status pengangkutan awam. Kenapa beberapa hari sebelum hari pembuangan undi Pilihan raya kecil Permatang Pauh baru naik LRT meninjau keadaan perkhidmatan pengangkutan awam.


Pada tahun 2006 apabila minyak dinaikkan Rm 0.30 kerajaan telah melaksanakan penjimatan 4.3 billion untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam. Walaubagaimanapun kerajaan hanya membelanjakan Rm 834.75 juta sahaja, kenapa ini berlaku.

Pak Lah tak tau ke ini semua? Mustahil!!!!


Dato Sharir Samad pun pernah meninjau perkara yang sama selepas isu kenaikan minyak Jun lalu.

Apakah Pak Lah sengaja nak meraih simpati sehingga sanggup menjadi ”pelakun murahan ”

Apa juga tindakan yang di ambil untuk memulihkan suasana tidak akan dapat mengimbangi peningkatan kos sara hidup hasil dari kenaikan harga minyak yang mendadak yang memberi kesan yang sangat besar terhadap ekonomi negara.


Bonus kakitangan awam Rm 1,000 pada saya adalah suatu imbuhan yang telah lama dinantikan oleh mereka. Tidak ada apa yang terlalu istemewa . Diharapkan kakitangan kerajaan janganlah pula terasa ”termakan budi” yang amat sangat sehingga selepas itu apa yang kerajaan BN buat semuanya betul belaka. Penyelewangan yang berlaku dah tak berani nak tegur macam semasa mula-mula aku janji dulu. Bonus hanya diberi setahun sekali. Ada syarikat yang memberikan bonus kepada pekerjanya sampai setahun gaji.


TPM kata nak menghapuskan kemiskinan tegar pada tahun 2010. Ini satu lagi uasha pemulihan yang ”re-aktif” . Esok genap 51 tahun merdeka, miskin tegar masih belum selesai. Dimana bijak nya kerajaan BN .Apa mereka buat untuk membasmi kemiskinan selama ini. Belum lagi kita bincang soal kemiskinan relatif dan jurang kemiskinan.


Dalam bajet kali ini kerajaan memberi fokus kepada Sabah dan Serawak. Ini tidak lain tidak bukan dari untuk memulihkan imej BN dan meraik simpati rakyat Sabah dan Serawak .

Buget kali ini juga menyaksikan peruntukan untuk belanja mengurus yang terlalu tinggi iaitu RM 154.2 bil.berbanding belanja pembangunan hanya Rm 53.7 bil. Bagaimana pengurusan yang cekap terpaksa memperuntukkan bajet pengurusan yang terlalu tinggi. Adalah dibimbangi peruntukan yang begitu besar jika tidak dikawal dengan penuh amanah akan digunakan secara mewah , berlaku ketirisan dan seumpamanya.

Saya merasakan tiba masanya kerajaan bertindak lebih profesional dalam semua hal termasuk mengurus kewangan negara yang diamanahkan oleh rakyat.


Kemenangan Dato Sri Anwar di Peratang Pauh adalah satu isyarat dari rakyat yang menolak BN. Kerajaan yang ada jangan memandang sinis terhadap ”amaran dari rakyat ini” .

”Yang Benar akan Terserlah Juga Akhirnya, InsyaAllah”

Friday, August 29, 2008

31 OGOS MENJELMA LAGI


31 Ogos datang lagi. Tarikh yang dianggap keramat oleh sebahagian rakyat Malaysia. Pelbagai cara meraikan kemerdekaan dilakukan oleh rakyat Negara ini bagi menunjukkan penghargaan terhadap kemerdekaan.

Ada yang memacakkan bendera di halaman rumah , pada kenderaan dan sebagainya. Majlis-majlis tahlil lazimnya diadakan pada malam hari ulang tahun kemerdekaan.

Apa yang disebutkan tidak salah asalkan niat dan pelaksanaanya tidak menyalahi syariat.

Apa yang membimbangkan kita ialah Acara besar-besaran yang akan diadakan di Dataran Merdeka, di Ibu-ibu Negeri seluruh Malaysia menunggu “Count-Down” yang saban tahun dipenuhi dengan perhimpunan yang bebas, tidak terkawal dan tidak mengindahkan batas syariat.

Hasil dari pergaulan bebas ini setiap tahun kita mendapat maklumat terdapat salah laku melampau seperti minum arak, percumbuan malahan penzinaan di malam menyambut kemerdekaan.

Apakah kebanggaan kita menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang ke 51 jika masalah seperti ini masih berulang saban tahun.Ataupun inilah cara yang digemari “Islam Hadari”

Ingatlah, jika laknat Allah turun dia tidak mengenal siapa!!!

Bila lagi pemimpin negara nak sedar. Banjir yang tidak dijangka telah berlaku. Sunami telah menimpa sebahagian rakyat kita. Gegeran daripada Gempa Bumi telah dirasai satu masa dulu khuusunya di Janda Baik, Pahang .Tidak jauh dari Genting Highland.

Apabila Brunei menyambut ulang tahun kemerdekaanya dua tahun lepas SultanNya telah mengarahkan supaya tidak ada sebarang upucara huburan di buat sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara itu.

Negara kita lebih lama merdeka tetapi otak pemimpin BN masih Tak Merdeka.

Sesungguhnya kemerdekaan sebenar ialah ”Membebaskan diri daripada menjadi hamba kepada manusia kepada Menghambakan Diri Hanya kepada Pencipta( iaitu Allah).

Wednesday, August 13, 2008

PELAJAR UiTM BERDEMO MEMANG IKHLAS DAN PRIHATIN ATAU “DIPERALAT PIHAK TERTENTU”


12 Ogos, 08 , satu tarikh yng agak memeranjatkan bila satu bilangan besar pelajar UiTM berhimpun di hadapan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Ada yang mengatakan jmlahnya 5,000 orang .

Seorang Orang kanan UiTM dalam satu kenyataan dalam Buletin Utama pada 12 Ogos mengatakan jumlahnya 10,000 orang .Dia juga menyebut dia tidak mengarahkan pelajar turun berdemo.Kemudian beliau “mengistiharkan” beliau ada puluhan ribu lagi pelajar, puluhan ribu alumni dan berpuluh ribu “parents” kepada pelajar-pelajar. Apakah maksud ucapan itu?



Persoalannya kenapakah pelajar-pelajar UiTM yang jarang didengar keluar berdemo bersungguh-sungguh menentang pandangan MB Selangor itu. Sedangkan Pak Lah sendiri menyebut dia (Tan Sri Khalid ) tiada kuasa. Munkin hanya sebab yang memberi pandangan ini Tan Sri Khalid , MB Selangor dari Pakatan Rakyat.

Selain dari itu ,isu ini bukanlah perkara baru kerana satu masa dulu ini telah dicadangkan pada zaman Tun Mahadir. Malahan mengikut kenyataan Prof.Koo Khye Kim dalan Buletin Utama pada 13 Ogos ini telah dilaksanakan satu masa dulu cuma pada masa itu pelajar-pelajar cina tidak mahu mengambil peluang.

Kita berharap pelajar-pelajar UiTM jangan hanya peka dengan isu ini saja jika mereka benar-benar ikhlas untuk memperjuangakan nasib orang melayu. Dalam soal lain yang membabitkan nasib orang melayu jangan pula “menikus”.

Bagaimana dengan nasib orang melayu yang susah di kampung-kampung disebabkan kenaikan harga minyak.

Pergilah melawat ke kampung-kampung yang masih belum ada bekalan air paip walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka.

Bagaimana pula dengan nasib peniaga-peniga kecil melayu yang tertekan disebabkan kemasukan Supermarket ke bandar-banar dan pekan-pekan kecil.

Bagaiaman pula dengan isu ramainya peniaga-peniaga kecil melayu yang terpaksa berharap kepada “along” sebab susah mendapat pinjaman daripada instituisi-institusi kewangan kerajaan.

Bermacam persoalan lagi menanti di hadapan dan menuntut pembelaan. Diharapkan banyak lagi perhimpunan aman bagi memperjuangkan nasib orang melayu dianjurkan oleh pelajar UiTM dimasa akan datang walaupun terpaksa menyanggah kerajaan BN sendiri.
“Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit”

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP