PEGURUSAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF ISLAM
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN ISLAM
Mukadaimah
ISLAM AGAMA YANG SEMPURNA
“…pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu...””
(Surah Al-Ma’idah:Ayat 3)
Oleh kerana Islam adalah Addin (a way of life) atau satu cara hidup yang lengkap dan sempurna maka selaku umat Islam kita perlu menoleh kelain lagi selain menjadikan Islam teras kepada panduan hidup kita di duni a ini untuk menuju akhirat.
ISLAM ADALAH PERATURAN (NIZAM) DAN PERUNDANGAN YANG LENGKAP
“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi.”
al-Imran :85
KENAPA ILMU PENGURUSAN PENTING
— Semua manusia yang hidup dan berakal terlibat dengan pengurusan.
— Ketiadaan ilmu pengurusan menyebabkan kita gagal mendapat hasil yang baik dan memuaskan.
— Kegagalan mengurus dengan baik boleh mengakibatkan kerugian ,kerosakan, kepincangan atau kemusnahan.
— Pengurusan merangkumi semua aspek dalam kehidupan sehingga kita kembali menemui Allah yang menciptakan manusia.
— Orang yang berjaya mengamalkan ilmu pengurusan yang cemerlang.
— Rasulullah dan para syahabat sendiri mengamalkan ilmu pengurusan yang sangat cemerlang. Rasulullah ada pengurus keluarga yang cemerlang hinggalah kepada Pengurus dan Pemimpin Negara yang teragung.
KENAPA ILMU PENGURUSAN ISLAM LAMBAT BERKEMBANG DI MALAYSIA
Diantara perkara yang melambatkan perkembangan ilmu dan budaya Pengurusan Islam ini berkembang ialah;
— Usaha ini, walaupun berlaku di peringkat organisasi, tetapi ia lebih merupakan inisiatif perseorangan,
— kurangnya keutamaan yang diberikan oleh peringkat pengurusan terhadap aspek pembinaan disiplin pentadbiran dan pengurusan Islam,
— terpahatnya budaya kerja kebendaan yang bersifat anti ilmu yang berpaksikan “hawa” dan zann atau rasa agak-agak di peringkat individu; tuntutan sosio-politik dan desakan ekonomi jangka pendek di peringkat institusi dan negara.,
— lahirnya kelompok pentadbir dan pengurus yang begitu pragmatik terhadap sistem pemikiran Barat yang sekular yang bilangan mereka lebih ramai berbanding dengan kelompok yang mempunyai ilmu dan keyakinan yang kukuh terhadap Islam.
DEFINISI PENGURUSAN
— Pengurusan adalah satu proses usaha menyusun aktiviti-aktiviti sesebuah organisasi menerusi manusia untuk mencapai matlamat yang telah dikenalpasti.
— Mengurus sumber untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan berdasarkan perancangan,penorganisasian,pelaksanaan dan pengawasan.
PENGURUSAN DAN PENGURUS
— Pengurus dan Pengurusn adalah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan seperti :isi dengan kuku,aur dengan tebing.
— Pengurus ialah seorang yang bekerja mengikut prinsip-prinsip pengurusan walupun jaawatannya bukan seorang pengurus.
Contoh:
v Seeorang ibu pengurus bagi anak-anak dan rumah tangga
v Seooang guru mengurus murid-muridnya
v Seorang Imam mengurus jamaahnya
v Ketua Kampng mengurus anak-buahnya
SKOP ATAU RUANG-LINGKUP PENGURUSAN
— Pengurusan Diri
— Pengurusan Keluarga
— Pengurusan Masyarakat (TAMAN/DESA,KAMPUNG,MUKIM,DAERAH,NEGERI,NEGARA)
— Pengurusan Instituisi
— Pengurusan Syarikat
MODUL-MODUL UTAMA DALAM PENGURUSAN ISLAM
- Tawhid sebagai paksi kepada pengurusan Islam
- Unsur-unsur Pengurusan dari perspektif Islam
- Perancangan dari Perspektif Islam
- Pengorganisasian
- Motivasi dari perspektif Islam
- Model Kepimpinan Rasulullah
- Kawalan dari perspektif Islam
- Kerja sebagai ibadah
- Konsep harta dalam Islam
- Pengurusan Kewangan Islam Peribadi
- Model kepimpinan Kahlifah-khalifah Islam
DIANTARA BAHAN-BAHAN RUJUKAN
- Al-Qur’anulkarim miracle the referance
- Hadith 40:Susunan Imam Nawawi ,Dewan Pustaka Pajar
- Pengurusan Sumber Manusia Rasulullah SAW :Dr.Attabik Lutfi,synergy Media
- Management from Islamic Prespektif: Khalid Ahmad,IIUM
- Cerative Thinking An Islamic Perspective:Jamal Badi &Mustapha Tajdin : IIUM
- Kepimpinan Para Nabi: Achyar Zain, Synergy Media
- Manhaj Hidup Muslim:Al-Syahid Sayyid Qutb:Dewan Pustaka Fajar
- Fiqh Al-Sirah : Dr.Muhammad Sa’id Ramadhann Al-Buti ,Dewan Pustaka Pajar
- Pengurusan Dalam Islam:Prof Madya Dr.Halim El- Muhamady ,Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah