Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Sunday, November 30, 2008

MUHAMMAD IKRAM TERIMA IJAZAH SANAD BACAAN AL-QURAN


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2 Muharam 1429 bersamaan 30 November ,2008 menjadi hari besejarah bagi saya dan isteri Pn.Norsilah Ghazali ( Ummi), Muhammad Ikram & Keluarga.

Bersempena dangan Majlis Eidul Ilmi Ma’had Tahfiz Darul Fikri kali ke 8, anak ke 4 kami yang juga yang bungsu daripada empat beradik , berkat usahanya dan kehendak Allah telah dianugerahkan “Ijazah Sanad Bacaan Al-Quran “ dengan gelaran al-Muqri oleh gurunya Ustaz Khairul Azmi al-Hafiz, al-Muqri.

Pada hari yang sama 5 orang pelajar telah menerima anugerah Shadah al-Hafiz.
Muhammad Jamil bin Jamaluddin al-Hafiz, Ahmad Nafis bin Azami al-Hafiz, Muhammad Syukur bin Rusman al-Hafiz dan Abdul Rahman bin Rosli al-Hafiz.
Abdul Rahman adalah yang termuda berumur 14 tahun , anak kepada Ustaz Rosli Jabar Pengerusi Pentadbiran Ma’had Tahfiz dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan.

Perasaan saya bertambah terharu apabila dijemput naik kepentas mengiringi anak kami Muhammad Ikram al-Muqri dan diminta menyampaikan sedikit ucapan.Dibawah ini ialah sedutan ucapan saya.

Assalammu’alaikum wm. Wbth.

Yang berusaha Ustaz Amir Salam , pengacara Majlis , Ustaz Mokhtar Senik selaku Perasmi , Ustaz Rosli Jabar, Ustaz Khairul Azmi al-Hafiz, seluruh tetamu jemputan,tidak lupa juga isteri saya Pn.Nosilah yang hadir bersama dibelakang sana, ibu-ibu bapa-bapa dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulihhah , hir robil ‘alamin ……

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadzrat Allah SWT kerana dengan izinnya Anakanda Muhammad Ikram telah berjaya dianugerahkan Sanad Bacaan Al-Quran pada hari yang bersejarah ini.

Tahniah kepada anakanda Muhammad Ikram. Sekalung penghargaan kepada seluruh tenaga pengajar dan warga Maahad Tahfiz Darul Fikri,khususnyan kepada Ustaz Rosli , Ustaz Khairul Azmi al-Hafiz, semua ustaz-ustaz yang membimbing anak kami .

Kepada saudara-saudari dan syahabat-syahaat semua saya menyeru marilah kita bertekad meneruskan sumbangan kita kepada Ma’had Tahfiz ini .Mudah-mudahan dapat melahirkan lebih ramai lagi para hufaz dan juga penerima ijazah sanad bacaan di masa akan datang, InsyaAllah.

Wabillah hi Taufiq wal Hidayah.

Wassallamu’alaikum wm wbth.

Allah hu Akbar

MALAM KEBUDAYAAN RAKYAT MALAYSIA MENEMPA SEJARAH


Saya berkesempatan hadir di Malam Kebudayaan Rakyat Malaysia yang dianjurkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Jerantut pada 29 Nov.2008 di Kompleks Imam as-Shafie (KIAS) , Temin, Jerantut.

Malam 3 Dalam 1 : Malam Kebudayaan Rakyat M’lysia, Perasian KIAS dan Pelancaran Kempen ”Jom Setai PAS” yang bermula jam 8.30 mlm. berlansung dalam suasana penuh ceria dihadiri oleh ribuan ahli dan penyokong PAS, PR dan masyarakat setempat.

Bagi saya ini adalah satu sejarah dalam negara kita Malaysia kerana majlis ini telah di hadiri oleh 2 tokoh tertinggi agama di negara ini. Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Nik Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS telah duduk bersama Siva Sri Ramachanda Siva Charia En.Ramu, Penasihat Hindu Sangam Malaysia.
Yang saya kira tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia setelah merdeka lebih dari 50 tahun,

Turur hadir pada malam itu, Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS (bekas Presiden Persatuan Ulamak Malaysia), Tim.Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia, Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Persuruhjaya PAS Pahang, YB-YB PAS dan DAP ,N.Balasubramaniam Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang , Timbalan-Timbalan Perseuruhjaya PAS dan seluruh pimpanan PAS dan PR.

Majlis dimulakan dengan pertunjukan Kebudayaan kaum cina dan India serta dengan nasyid oleh Johan Akademi Nasyid , Sdr.Zaihan.

Yang memeranjatkan penuntun pada malam itu bila N.Balasubramaniam yang belum menganut Islam telah membaca beberapa potong ayat Quran walaupun tidaklah fasih namum boleh difahami. Antara maksud ayat ialah ”Tidak aua utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada sekelian alam”

Dalam Ucapan En.Ramu antara lain beliau menyebut,”Agama dibuat untuk ke Kesejahteraan alam.Kita hendaklah menyangi semua terutama manusia”

Dibawah ini adalah sedutan dan ringkasan ucapan Tuan Guru Nik Aziz pada malam tersebut;



 Beliau menyatakan perasaan terharunya melihat sokongan orang-orang bukan Islam terhadap PAS , yang tidak pernah kita jangka sebelum ini. Inilah hasil kerja-kerja dakwah kita.
 Makksud Ayat al-Quran ”adakah manusia tahu bahawa mereka dahulu tiada kemudia dia dijadikan dari air mani bercampur dengan telur perempuan.”
 Manusia dijadikan dengan keadaan yang istimewa dengan mempunyai Mata, Telinga dan Qalbu.
 Tujuan Manusia dijadikan ialah:
- Buat yang halal tinggakan yang haram
 Sebeum manusia dijadikan .Allah buat bumi dahulu.Jika Allah nak kira belanja (kos) alam yang kita nikmati ini sudah pasti tidak termampu kita membayarnya
 Tidak ada benda yang terjadi dengan sendiri.
 Allah ialah tukang yang menjadikan.Allah mesti ada.Tukang jadi mesti tidak sama dengan benda yang dibuatnya.Begitulah Allah.
 Sebelum kita jadi rakyat negara ini kita terlebih dahulu telah jadi Hamba Allah.Sejak azali lagi. Semasa dalam kedungan Allah yang jaga kita. Ibu kita yang mengandungkan kita tidak mampu memberi oksygen kepada anak dalam kangungannya melainkan Allah.
 Islam adlah titik pertemuan:Islam boleh terima semua ,tidak kira bangsa
 PAS hanyalah wadah.ISLAM adalah hakikatnya

Monday, November 24, 2008

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ JAIPUTRA KE VII DIRASMIKAN OLEH YAB MENTERI BESAR KELANTAN


25 Zulkaedah 1429 H bersamaan 23 November 2008 merupakan satu tarikh bersejarah bagi anak ke 3 kami Mohd.Ikhwan. Beliau merupakan salah seorang daripada 183 graduan yang telah menamatkan pengajian di Kolej tersebut.

Mohd.Ikhwan telah menerima Diploma Psikologi dan Minor Pengajian Islam setelah bertungkus lumus selama 2 tahun di Kolej ini.

Selain dari itu yang sangat mengembirakan saya dan Isteri dan munkin juga bagi semua ibu bapa ialah kehadiran YAB Tuan Guru Dato Hj.Nik Abd.Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Walaupun Tuan Guru baru kembali dari K.Lumpur pada pagi itu dan dalam keadaan kurang sihat beliau telah datang juga walaupun agak kelewatan .Kehadiran beliau sendiri (tidak mewakilkan) menunjukkan komitmennya yang tinggi kepada perkembangan pendidikan .

Beliau diarak masuk ke dewan utama dengan diiringi Pegawai Kanan dan Ahli Akademik Kolej Jaiputra dan juga wakil dari Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara. Beliau menggunakan tongkat dan duduk sepanjang majlis itu.Keadaan kesihatannya memaksa beliau meninggalkan majlis setelah menyampaikan Diploma kepada lebih kurang 10 orang graduan.

Sungguh pun begitu , ucapannya pada hari tu memukau seluruh hadirin dan hadirat. Antara isi kandungan ucapannya yang sangat menarik pada hari itu ialah apabila beliau menghurai ”Iqra’”:
i. Belajar bukan hanya sekadar memenuhi tuntutan semasa tetapi untuk memenuhi TUNTUTAN AGAMA
ii. Manusia dijadikan daripada ”Alaq” yang bermaksud bergantung.Penemuan Sains akhirnya mendapati maksud bergantung ialah ”Mani lelaki yang bergatung kepada benih perempuan”
iii. Allah telah mengulangkan perkataan INSAN sebanyak tiga kali dalam surah ini. Menunjukkan pentingnya aspek ke INSANan ini .Namun yang paling penting dalam ke INSANan ialah Qalbu.

Seterusnya Tuan Guru telah menghuraikan maksud ayat ”Kamu sebaik umat yang diturunkan .....”hingga ke akhir ayat.
i. Kamu sebaik-baik umat sebab itulah kena mengajak kepada yang maaruf dan mencegah kemunkaran.
ii. Perkara yang paling maaruf ialah ALLAH ITU SATU.
iii. Mungkar bukan sahaja minum arak tetapi mengatakan POLITIK SUKU AGAMA SUKU
iv. Tuhan yang menjadikan mesti tidak sama dengan yang dijadikan
v. Tuhan mesti satu. Jika Tuhan banyak, mesti ada yang lebih kuat daripada yang lain. Jika sama kuat mesti bergaduh.Seperti yang terjadi sekarang semua bergaduh kerana sama kuat.
vi. Ayat ini menyebut ”Amar Maaruf Nahi Mungkar” dahulu kerana pentingnya perkara ini

Selian Tuan Guru yang mengucapkan tahniah kepada graduan yang berjaya juga mengingatkan Tauliah yang lebih penting ialah Tauliah yang akan disampaikan oleh Allah di Padang Mahsyar .Samada kita menerimanya dengan tangan kanan atau tangan kiri.

Majlis Konvokesyen yang di adakan di Balai Islam Lundang itu berjalan dengan lancar dan berakhir tepat pada masa yang dijadualkan,. Walaubagaimanpun Graduan,Ibu bapa & sanak saudara Kolej tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenangan, bersama Tenaga Akademik dan seluruh Warga Kolej yang telah banyak berjasa .Hanya dalam sekitar jam2,45 ptg. barulah dewan utama Balai Islam mulai dikosongkan.

Tahniah dan syahas kepada anakanda Mohd.Ikhwan , Semua Graduan & Ibu bapa dan Seluruh Tenaga Akademik dan Warga Kolej Jaiputra.

”KETAQWAAN, KETERAMPILAN ,KECEMERLANGAN”

**MEMBANGUN BERSAMA ISLAM**

Thursday, November 13, 2008

MB PAHANG JELEK DENGAN UMNO

“Sebut UMNO ni ,saya JELAK , JELAK” iatulah kata-kata yang diluahkan oleh DS Adnan Yaakob, MB Pahang dalam satu temuramah yang disiarkan dalam buletin utama malam ini.

Kenyataan ini dilahirkan atas rasa kecewa beliau kerana gajala rasuah di dalam UMNO yang sukar dibendung. Manakala pemilihan pucuk pipinan parti kali ini menujukkan amalan rasuh yang terburuk dalam dalam sejarah.

Hakikatnya ialah peimpinan tetinggi UMNO tahu keadaan UMNO telah parah dan sukar diubat lagi. Persoalanya kenapa mereka masih tunggu lagi? Kepentingan diri, kemewahan hidup dan bermacam permainan dunia yang mereka kecapi.

Bagi yang ada kepentingan sekurang-kurangnya mereka beroleh harta tapi yang kesihannya anggota bawahan yang menyokong membuta tuli , dikuda begitu saja, apa yang mereka dapat.? Namun tetap menaruh harapan mudahan satu hari nanti beroleh rezeki jatuh bergoleh agaknya.


Janganlah mimpikan bulan yang akan jatuk ke ribu.

Jika Datuk Nan pun boleh mengeluarkan kata-kata “JELEK & JELAK’ terhaapa UMNO.

Ayuh apa lagi!!!, tibalah masanya ahli-ahli berfikirlah secara matang dan rational buka minda, keluar dari kepompong politik perkauman , bermentelitikan echno-centeric sempit.

Pilihan yang terbaik beralihlah kepada PARTI yang mendokong dan mendaulatkan Islam.

“ISLAMLAH KAMU SELAMAT’

Wednesday, November 12, 2008

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) TAWAR PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH BERLANDASKAN ISLAM

Bulan ini merupakan bulan akhir sesi persekolahan di Malaysia.
Sekarang ini juga musim pusat-pusat pendidikan pra-sekolah mengadakan hari penyampaian sijil atau Ihtifal.

Di Malaysia terdapat beberapa Institusi pendidikan pra- sekolah yang diantarnya dikendalikan oleh KEMAS, JABATAN PERPADUAN, MAJLIS AGAMA, PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) , ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM), JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM),juga lain-lain bandan bukan kerjaan (NG0) dan pihak swasta.

Tijauan dan juga sembang-sembang masyarakat menunjukkan di antara instituisi-instituisi pra-sekolah di atas yang menggunakan pendekatan pendidikan yang Islamik ialah yang dikendalikan oleh PAS, ABIM ,JIM dan juga Tadika di bawah Majlis agama dan sebahagian Tadika Swasta.

Yang paling tidak Islamik katanya ialah TADIKA KEMAS yang dikendalikan oleh guru-guru kemas yang ditaja oleh kerajaan yang guru-gurunya terdiri dari pendokong UMNO dan BN.Ramai yang merungut jika hantar ke TADIKA KEMAS yang pandainya ”menari dan menyanyi.”

Tinjauan menunjukkan orang menghantar anak ke TADIKA kemas kerana dua sebab utama. Pertama memang mereka penyokong dan pendokong UMNO yang ”totok” dan kedua kerana bayarannya murah. Apa tidaknya sebab dapat subsidi kerajaan (duit tu datang dari kita semualah melalui bermacam cukai yang kita kena bayar).

PASTI yang dikendalikan oleh PAS dibawah sayap Pemuda, TASKI dibawah ABIM dan TADIKA ISLAM di bawah JIM rata-rata mendapat pujian ramai dalam konteks mendidik anak-anak kearah penghayatan Islam.

Sewajarnya lah seluruh ahli PAS dan Penyokng PAS memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada perkembangan PASTI yang tidak mendapat bantuan dari kerajaan malahan ditekan, ditohmah sejak dari zaman Mahadir lagi.

Kita kecewa dan kesal kenapa UMNO dan BN masih tidak mahu kembali kepada pendidikan yang berlandaskan Islam untuk menentukan kemurnian akhlah anak muda kita di masa hadapan . Tidak guna bangunan Tadika yang cantik, gaji guru yang lumayan tetapi tidak dapat melahirkan pelajar yang berakhlak dan memahami perkara yang pokok dalam Islam.

Kerajaan BN dan pemimpin UMNO kena sedar ramai ahli UMNO (yang tidak fanatik melulu) menghantar anak-anak mereka ke PASTI atau TASKI kerana mereka mahukan anak mereka faham dan mengamalkan perkara yang asas dalam Islam .Mereka tidak menghantar anak-anak mereka ke Tadika KEMAS walaupun murah kerana tidak yakin dengan sistem pendidikan yang digunakan.

”YANG HAK PASTI AKAN ZAHIR JUGA AKHIRNYA”

Tuesday, November 11, 2008

“SAJAK KEMATIAN” MENGEMPARKAN !!!

Beberapa hari lepas berita mengenai penayangan VCD bertajuk SAJAK KEMATIAN telah disiarkan dalam belutin utama.

VCD yang antara lainnya menunjukkan bagaimana peroses pengkembumian jenazah dan juga bayangan azab kubur. Pada saya tidak ada fakta yang salah dalam VCD tersebut.
Gambaran azab kubur itu pun memang satu gambaran yang benar akan berlaku bagi mereka yang mengabaikan ibdahnya di dunia ini.

Katanya adalah ibu bapa yang membantah penayangan ini terutamanya kepada pelajar tahap satu di sekolah rendah. Entah berapa orang yang membantah tidak pula disebutkan jumlahnya.

Kemudain beberapa seorang pakar dalam bidang psikologi telah dipanggil membuat kenyataan. Ia terus melahirkan rasa negatifnya terhadap penayangan VCD tersebut kerana keaedah tidak sesesuai, menakutkan dan entah apa lagi.

Yang penulis terkilan ialah sikap TV 3 yang memanggil orang yang tidak bertudung lansung (tidak menutup aurat ) bercakap dengan perkara yang ada hubung kait dengan soal agama, soal akidah , alam akhirat , azab kubur dan seumpamanya.

Ramai lagi pakar psikologi di Malaysia ini yang bukan saja tahu tentang psikologi tapi juga faham agama dan beramal dengan agama (Islam).

Memang perkara ini ada kaitan dengan psikoogi kanak-kanak tapi ia tidak terhenti di situ sahaja. Samalah seperti dalam hal menggunakan rotan untuk mendidik. Jika ikut pendekatan psikolgi memang tidak digalakkan menggunakan rotan. Tapi lihatlah apa yang jadi sekarang bila tidak boleh guna rotan. Akhlak pelajar, disiplin pelajar , masalah sosial dan bermacam lagi. Sebab kita tidak letakkan Islam di hadapan. Bergantung kepada psikologi barat semata-mata.

Dalam buletin utama malam tadi Datuk Hishamudin telah membuat kenyataan membantah penayangan VCD tersebut. Bukan itu saja diarahkan buat siasatan ,termasuklah mengesan pembuatnya.

Penulis hairan kenapa VCD yang ternayata ada unsur menyedarkan dan menginsafkan penganut Agama Islam ini seolah-olah hendak diperang habis-habisan.

Kenapa VCD lucah , majalah berunsur lucah dan yang seumpama tidak diperangi habis-habisan. Tempat hiburan seperti video game, snooker centre masih terdedah kepada pelajar sekolah. Ini kena diambil tindakan tegas bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.

Menteri-menteri yang ada jangan bertindak emosi, kajilah dahulu sebelum bertindak .

Yang paling penting ISLAM mestilah diletakkan di hadapan.

Wednesday, November 5, 2008

KEMENANGAN BARACK OBAMA : APA YANG HARUS DIPELAJARI

Obama dilahirkan dari keluarga miskin.Ibunya adalah anak terbiar sejak berumur 2 tahun.
Beliau dibesarkan oleh ibu dan bapa dari golongan kelas pertengahan (middle class) di sebuah apartmen.

Manakala lawannya John McCain orang berada dan kaya.

Antara yang dijanjikan oleh Obama ialah memperbaiki ekonomi golongan pertengahan termasuk pengecualian cukai $1,000, perlindungan dari undang-undang merampas harta sebagai ganti hutang yang tidak terbayar (foreclosure) bagi rumah kediaman dan menwujudkan 5 Juta peluang perkerjaan.

Obama juga berjanji untuk mengadakan Plan Penyelamat untuk Peniaga Kecil. Keluarga
( Small Business Emergency Rescue Plan) Kemudahan yang akan disediakan ialah seperti pinjaman kecemasan untuk perniagaan,insentif dan pengecualian cukai serta pembangan Pentadbiran Perniagaan Kecil dan Khidmat sokongan.

Kemenangannya untuk menduduki Rumah Putih dan bergelar Presiden Amerika ke 44 hasil dari sistem politik yang lebih terbuka di Amerika serta kesedaran rakyat Amerika terutamanya glongan menengah dan bawahan.

Kempen yang terbuka termasuk debat ,membolehkan rakyat menilai kewibawaan dan kemampuan calon-calon yang bertanding.

Berbeza sangat dengan di negara kita yang telah merdeka lebih 50 tahun tapi nyata BN tidak berani bertanding secara padang sama rata (level playing field).Dismping itu penggunaan Jentera Kerajaan , Rasuah dan Penyelewengan masih bermaharaja termasuklah dimusi Pilihan Raya.

Akhirnya rakyat tertipu dengan helah, gaya dan lagak pemimpin BN yang bermewah yang kononnya dengan kemewahan yang ada pada mereka mampu membela rakyat.
Apa yang terjadi adalah disebaliknya wakil-wakil rakyat BN yang kaya terus mengaut untuk dari syarikat yang mereka ada kepentingan . Hidup bermewah-mewah tetapi rakyat miskin tidak terbela.

Sampai bila rakyat akan tertipu begini?

Peranan kita yang agak bermaklumat dan sedarlah untuk menyedarkan mereka yang masih dibuai mimpi dan khayalan !!!

APA DAH JADI DENGAN AHLI-AHLI PARLIMEN BN

Sehari dua ni kita dapat melihat betapa ”kelakarnya” YB-YB Barisan Nasional di dewan. Rakyat.

Sangat menyedihkan ,lagi memalukan apabila ramai yang kita lihat tidak dapat menjawab soalan ahli-ahli parlimen pembangkang dengan baik.

Bukan itu saja mereka juga tidak ada fakta. Ahli-ahli Parlimen BA lebih berfakta dan bermaklumat. Ini jelas menujukkan Ahli-ahli Parlimen BA buat ”home work”. Sedangkan dari segi lojiknya mereka lebih susah nak dapat maklumat. Ini juga menunjukkan kesunguhan mereka untuk menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat.

Antara yang jelas kita lihat ialah dalam Isu ”Eye On Malysia” apabila Azalina ”huru-hara” dalam menjawab soalan. Beliau telah memperakui Ahli Parlimen Pembangkang ada maklumat .

Kita dapat lihat ahli Parlimen BN tidak serious untuk membela nasib rakyat.
Apa lagi musim pemilihan pucuk pimpinan mereka ini ,pemikiran mereka semua terarah kepada nak pegang jawatan apa, nak naikkan siapa,”team” yang mana kena dipertahankan,siapa nak dijatuhkan....Itu saja kerja mereka sekarang ni.
Mana ada masa fikir nak bela nasib rakyat.

Jika tidak, takkan lah Pak Lah terpaksa membuat pengumuman di TV baru-baru ini meminta ”Tukang-tukang kempen UMNO” supaya balik ke tempat masing-masing sebelum dikesan.

Pak Lah juga mengarahkan jangan guna Jentera Kerajaan dan Jangan Menaburkan Fitnah melalui sms.

”Jika tidak ada angin takkan pokok bergoyang”.

Marilah kita sama-sama menyerdarkan masyarakat, kita tidak boleh menaruh harapan kepada UMNO dan BN lagi.

Memang betul kata Musa Hitam UMNO dah kena penyakit tua. Bagaimana nak menaruh harapan kepada orang yang berpenyakit

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP