Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, November 24, 2008

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ JAIPUTRA KE VII DIRASMIKAN OLEH YAB MENTERI BESAR KELANTAN


25 Zulkaedah 1429 H bersamaan 23 November 2008 merupakan satu tarikh bersejarah bagi anak ke 3 kami Mohd.Ikhwan. Beliau merupakan salah seorang daripada 183 graduan yang telah menamatkan pengajian di Kolej tersebut.

Mohd.Ikhwan telah menerima Diploma Psikologi dan Minor Pengajian Islam setelah bertungkus lumus selama 2 tahun di Kolej ini.

Selain dari itu yang sangat mengembirakan saya dan Isteri dan munkin juga bagi semua ibu bapa ialah kehadiran YAB Tuan Guru Dato Hj.Nik Abd.Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Walaupun Tuan Guru baru kembali dari K.Lumpur pada pagi itu dan dalam keadaan kurang sihat beliau telah datang juga walaupun agak kelewatan .Kehadiran beliau sendiri (tidak mewakilkan) menunjukkan komitmennya yang tinggi kepada perkembangan pendidikan .

Beliau diarak masuk ke dewan utama dengan diiringi Pegawai Kanan dan Ahli Akademik Kolej Jaiputra dan juga wakil dari Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara. Beliau menggunakan tongkat dan duduk sepanjang majlis itu.Keadaan kesihatannya memaksa beliau meninggalkan majlis setelah menyampaikan Diploma kepada lebih kurang 10 orang graduan.

Sungguh pun begitu , ucapannya pada hari tu memukau seluruh hadirin dan hadirat. Antara isi kandungan ucapannya yang sangat menarik pada hari itu ialah apabila beliau menghurai ”Iqra’”:
i. Belajar bukan hanya sekadar memenuhi tuntutan semasa tetapi untuk memenuhi TUNTUTAN AGAMA
ii. Manusia dijadikan daripada ”Alaq” yang bermaksud bergantung.Penemuan Sains akhirnya mendapati maksud bergantung ialah ”Mani lelaki yang bergatung kepada benih perempuan”
iii. Allah telah mengulangkan perkataan INSAN sebanyak tiga kali dalam surah ini. Menunjukkan pentingnya aspek ke INSANan ini .Namun yang paling penting dalam ke INSANan ialah Qalbu.

Seterusnya Tuan Guru telah menghuraikan maksud ayat ”Kamu sebaik umat yang diturunkan .....”hingga ke akhir ayat.
i. Kamu sebaik-baik umat sebab itulah kena mengajak kepada yang maaruf dan mencegah kemunkaran.
ii. Perkara yang paling maaruf ialah ALLAH ITU SATU.
iii. Mungkar bukan sahaja minum arak tetapi mengatakan POLITIK SUKU AGAMA SUKU
iv. Tuhan yang menjadikan mesti tidak sama dengan yang dijadikan
v. Tuhan mesti satu. Jika Tuhan banyak, mesti ada yang lebih kuat daripada yang lain. Jika sama kuat mesti bergaduh.Seperti yang terjadi sekarang semua bergaduh kerana sama kuat.
vi. Ayat ini menyebut ”Amar Maaruf Nahi Mungkar” dahulu kerana pentingnya perkara ini

Selian Tuan Guru yang mengucapkan tahniah kepada graduan yang berjaya juga mengingatkan Tauliah yang lebih penting ialah Tauliah yang akan disampaikan oleh Allah di Padang Mahsyar .Samada kita menerimanya dengan tangan kanan atau tangan kiri.

Majlis Konvokesyen yang di adakan di Balai Islam Lundang itu berjalan dengan lancar dan berakhir tepat pada masa yang dijadualkan,. Walaubagaimanpun Graduan,Ibu bapa & sanak saudara Kolej tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenangan, bersama Tenaga Akademik dan seluruh Warga Kolej yang telah banyak berjasa .Hanya dalam sekitar jam2,45 ptg. barulah dewan utama Balai Islam mulai dikosongkan.

Tahniah dan syahas kepada anakanda Mohd.Ikhwan , Semua Graduan & Ibu bapa dan Seluruh Tenaga Akademik dan Warga Kolej Jaiputra.

”KETAQWAAN, KETERAMPILAN ,KECEMERLANGAN”

**MEMBANGUN BERSAMA ISLAM**

3 comments:

Solehah Muhammad Tuesday, 25 November, 2008  

http://wadahcintasolehah.blogspot.com/2008/11/mereka.html

sebuah tulisan yg menyentuh hati :)

Anonymous Sunday, 30 November, 2008  

Tahniah di atas kejayaan anak tuan. Semoga beliau bertambah berjaya dalam kehidupan dan perjuangan.

malaysia baru Sunday, 10 May, 2009  

Tahniah....sekarang anak tuan belajar lagi? Di mana? Ws.

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP