Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, July 18, 2011

HIMPUNAN PAS GANTI UMNO KAWASAN ROMPIN MENDAPAT SAMBUTAN

PAS Kawasan Rompin telah menganjurkan Himpunan PAS Ganti UMNO pada 15 hingga 17 Julai 2011 bertempat di Perkarangan Markas PAS Keratong 2.


Pelbagai program telah diadakan sejak Jumaat petang dengan pertunjukkan seni beladiri , Silat dan Tomoi. Pertandingan wau juga diadakan pada hari yang sama.


Pada hari berikutnya diadakan pelbagai aktiviti sukan dan sukanika seperti Futsal, Sukan Rakyat, Sukan dan Sukanika Kanak-Kanak,Pertandingan Memasak Untuk Wanita dan Remaja.


Diadakan juga Gerai Perubatan Islam yang menyedikan rawatan alternatif untuk pengunjung yang hadir.


Tidak ketingalan juga Sukarelawan dari Persatuan Perubatan Ibnu Sina yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma.


Himpunan ini juga telah mmendapat sambutan daripada para peniaga dari jauh dan dekat yang membuka pelbagai gerai jualan diantaranya seperti makanan,minuman, buah-buahan, perubatan ,kaset dan pakaian.


Bersempena dengan Himpunan PGU ini juga telah diadakan Majlis Minum Petang dan Dialog Anak Kedah di Perantauan bersama Yb.Ustaz Firdaus Jaafar , Adun Jerai. Di dalam ucapannya Firdaus telah menjelaskan dengan terperinci perkembangan Kerajaan PR yang diterjui oleh PAS di Kedah.


Pada setiap malam diadakan ceramah politik dan isu semasa yang disampaikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat tempatan dan jemputan.


Diantara penceramah yang telah dijemput ialah Saudara Hanifa Maidin, AJK PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tanrawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Yb.Ustaz Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Malaysian , Jerai dan wakil PKR Pahang.



Turut menyampaikan ceramah Ustaz Nazri Haji Ahmad Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang dan Saudara Mazlan Mohd.Yasin Timbalan Yang Dipetuan PAS Kawasan Rompin yang juga Pengarh Program PGU Kawasan Rompin.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP