Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Saturday, January 17, 2009

PEMBUANGAN UNDI DI SEK KEB.TENGKU BARIAH BERMULA DENGAN BACAAN DOA

Peutguas-petugas PAS Pahang bergerak seawal jam 7.30 pg.
17 January 18, 2009 ke tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Sebelum pengundian di buka petugas-petugas telah mengameenkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Yusuf Embong, Timbalan Persuruhjaya
PAS Pahang.
Peti Undi Pasir Panjang adalah satu daripada dua peti undi yang telah diamanahkan kepada Kontigen Pahang mempunyai 3,000 lebih pengundi , manakala Peti undi Bukit Bayas mempunyai 1,500 pengundi.

Sejak dari pagi PAS dan PR menguasai suasana di Peti undi ini samada dari segi jumlah petugas maupun penyokong. Susana terkawal di semua peti undi walaupun sesekali berlaku juga ketegangan.

Berlaku juga pertikaian diantara pimpinan Kontigen Pahang dengan Pihak Polis yang bertindak berat sebelah dalam melaksanakan tugas.

Dikatakan berlaku juga ketegangan di beberapa pusat mengundi seperti di Cabang Tiga dan Gong Kapas.
Alhamdulillah segala kepenatan perugas- petugas terubat apabila
keputusan rasmi diumumkan pada jam 9.30 mlm.
Mohd Abdul Wahid Endut diistiharkan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

PAS menang besar dengan mejoroti 2631 undi.

Kekalahan BN dalam Pilihan Raya kecil ini menunjukkan rakyat tidak yakin lagi kepada BN.

Rakyat telah berubah .Pilihan Mereka ialah PAS DAN PAKATAN RAKYAT , InsyaAllah. Tahniah kepada semua yang bersungguh dalam kerja Pilihan Raya kali ini khususn
ya Petugas Kontingen Pahang yang tidak mengenal penat lelah. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan Allah., Allah hu Akbar!!!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP