Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Friday, January 23, 2009

DIHUJUNG MINGGU MENGHADIRI MAJLIS KENDURI

Dikesempatan yang ada dihujung minggu ini penulis sempat meluangkan masa menghadiri majlis kenduri di sekitar Kawasan Rompin.
Pada hari ini (Sabtu) hanya ada dua jemputan .Satu di Muadzam Shah dan satu lagi di Bukit Ibam.
Di Muadzam Shah Malik bin Awang Kecik (Imam Masjid Muadzam Shah - Kontrak) mengadakan kenduri sempena perkahwinan anak perempuannya Norita binti Hj.Abd.Malik dengan Wan Mohd.Fadzli bin Wan Kamaruddin di Rumahnya di Desa Mawar.
Walaupun Imam ini agak kontrovesi kerana terlibat dalam isu pengarahan memadamkan lampu masjid semasa Dato Sri Anwar Ibrahim singgah menunaikan sembahyang solat zuhur satu masa dulu ,penulis tetap pergi menunaikan jemputanya atas semangat kemasyrakatan.

Selepas itu penulis terus ke Bukit Ibam. Di sana Mohd.Yusof bin Mat Ali (Pak Itam Dolah) mengahwinakan anak keenamnya, Norazreen binti Mohd.Yusof dengan Jefri bin Rahim.

Pak Itam Dollah ialah Ketua Cawangan PAS Bukit Ibam. Dimajlis tersebut penulis sempat bermesra dengan rakan-rakan yang telah lama tidak bersua dan juga syahabat-syahabat seperjuangan.
Penulis tidak melepaskan peluang untung bermesra dengan bapa pengantin , Pak Itam Dollah dan juga Setiausaha PAS Cawagan Bukit Ibam, Saudara Khairul Azmi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP