Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, February 2, 2009

BERSAMA DATO TUAN IBRAHIM: PERSURUHJAYA PAS PAHANG DI KERATONG 10



Penulis telah telah menyentuh tentang perkembangan Islam Global dan Kebangkitan Islam di Abad ke 20. Beliau juga menyorot perkembangan Pertubuhan Islam Dunia dan juga Nusntara.



Abad 20 katanya adalah “The Third Wave Of Islamic Movement”


Dato Tuan dalam ucapannya antara lain menyentuh tetang dasar perjuangan PAS dan UMNIO. Beliau menegaskan ukuran kebenaran seorang itu atau keIslaman seseorang itu bukan boleh diukur dengan pakaian semata-mata tetapi berlandaskan syhadah yang betul.

Manakala untuk menilai kebenaran sesebuah Parti itu berlandaskan Perlembagaannya . Parti yang benar mengikut Islam mestilah berlandaskan Al-Quran.

Beliau yang baru saja balik dari Palestin telah berkongsi pengalaman yang mahal bersama hadirin yang diangarkan melebihi 300 orang.

Beliau bersama 8 orang pimpinan Pas telah ke sana pada 25 Jan dan berkesempatan berjumpa Dr.Musa Abu Marzuk piminan ke 2 tertinggi HAMAS serta menyerahkan bantuan Rm 245,000.

Rombongan beliau telah difahamkan oleh pimpinan Hamas setakat ini belum ada lagi bantuan dari Kerajaan Malaysia yang samai ke tangan Hamas. Jika ada pun munkin diberikan kepada Fatah (Fatah adalah sekutu Yahudi).

Beliau juga menyebut kepentingan berpolitik kerana Saidina Othman bin Affan ada menyebut “Apa yang tidak dapat diselesaikan oleh Al-Quran hendaklah disempurnakan oleh Politik”

Maksudnya ialah kepentigan mempunyai kuasa.

Beliau juga menjelaskan PAS bukanlah sempurna kerana sifat benda yang bergerak memang tidak akan sempurna tetapi landasan PAS jelas iaitu Islam.

Marilah memberikan sokongan kepada ISLAM

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP