Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Sunday, February 15, 2009



PAS LIPIS ANJUR BENGKEL PEMERKASAAN

Pas Kawasan Kuala Lipis telah mengadakan bengkel tersebut pada 15.02.2009 di Markas Kg.Bapong, Kuala Lipis bermula jam 8.30 pagi.
Bengkel sehari yang dihadiri 58 orang peserta muslimin dan muslimat terdiri dari pimpinan kawasan dan cawangan telah dirasmikan oleh Hj.Ramli bin Abdullah ,YDP PAS Lipis.

Turut hadir Saudara Roslan Zainal al-ahmadi ,Setiausaha Perhubungan Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.

Dalam sesi sebelah pagi peserta telah didedahkan dengan Asas Perancangan Strategik yang telah disampaikan oleh penulis sendiri.

Dalam sesi kedua penulis juga telah membentangkan "Strategi PAS untuk semua "khususnya dalam kontek Pendaftaran Pemilih.

Majlis seterusnya diikuti dengan Bengkel yang dipecahkan kepada 4 kumpulan membincangkan Pelan Tindakan bagi menjayakan kerja pemerkasaan parti di seluruh peringkat dalam Kawasan Lipis.

Tahniah kepada saf kepimpinan PAS Kawasan Lipis yang telah betindak pro-aktif menjayakan Bengkel Pemeriksaan bagi memantapkan lagi seluruh organisai.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP