Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, March 2, 2009

TOLAK NAJIB ;KATA KETUA MUSLIMAT PAS PUSAT DI MARKAS TERATAI ,MUADZAM SHAH


Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd.Saleh telah ke Kawasan Rompin pada 28.03.08.
Pada sebelah petang beliau telah bersama dengan Muslimat Kawasan Rompin dalam satu Konvensyen yang diadakan di Markas PAS Keratong 5.

Disebelah malamnya beliau telah menyampaikan ceramah di Markas PAS Desa Teratai , Muadzam Shah.
Ceramah umum dihadiri lebih kurang 500 orang atau lebih (kerana ramai yang duduk di tempat gelap) telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin . Di dalam ucapannya antara lain beliau mengingatkan pasukan keselamatan khususnya SB supaya menjalankan tugas secara professional dan jangan biarkan diri diperbodoh dan diperatkan oleh UMNO dan BN.

Turut menyampaikan ceramah ialah Ustaz Nashruddin Hassan ,Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Belaiu menghuraikan dengan panjang lebar apa yang sebenarnya berlaku di Negeri Perak yang mana maklumat yang tepat sukar didapati dari akhbar arus perdana.

Beliau telah mengajak semua hadirin ke Perhimpunan 100.000 membantah PPMSI yang akan diadakan pada 7 Mac., 2009 di Kuala Lumpur. Perarakan akan bermula dari Kompleks SOGO hingga ke Istana Negara akan dipimpin oleh Pimpinan tertinggi PR dan juga tokoh-tokoh bahasa.

Penceramah kemuncak pada malam itu Ustazah Nuridah telah merumuskan dengan mengatakan pimpinan BN yang ada sekarang begelumang dengan penyelewengan yang amat dahsyat. Beliau juga turut menyebut jikalah ditakdirkan BN masih berkuasa di bumi Malaysia ini biarlah Pak Lah terus menerajui kerajaan ini daripada menyerahkan kepda Najib yang dikaitkan dengan pelbagai macam penyelewengan , keraguan dan bermacam lagi.

Beliau juga menyeru meslimat yang hadir supaya turun bersama dalam perhimpunan 100,000 membantah PPMSI .

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP