Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, March 16, 2009

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) P.059 BUKIT GANTANG: NAMPAK ADA PERSAINGAN

Penulis telah berada dii Kawasan PRK ini sejak beberapa hari lalu
Suasana pra-pilihan raya di sini nampak berbeza t daripada suasana di Kuala Terengganu.
Di Kuala Terengganu suasa nampak tenang sejak dari awal kerana Jentera BN seoalah-olah “tidak melawan” terutamanya sebelum penamaan calon.

Di sini PR dan BN telah mula turun padang. Di sesetangah tempat bendera BN nampak lebih banyak daripada bendera PR. Walaupun banyak bendera bukanlah petanda yang akan menentukan kemenangan. Dari segi pengoprasian bilik gerakan PR , khususnya PAS nampak lebih kehadapan setakat ini. Tinjauan rambang memperlihatkan semua Bilik Gerakan di setiap Unit Peti Undi telah beroperasi.

BN juga telah membuka bilik-bilik gerakan tapi tidak sehebat PAS. Walaubagamanapun dikhabarkan pimpinan tertinggi BN telah turun padang . Diantaranya Najib dan Jamaluddin Jarjis (JJ).
Semasa sembang-sembang di kedai kopi ada orang mengatakan BN tak kerja keras tak apa sebab dia boleh guna jentera kerajaan termasuk polis dan SPR. Lihat saja di K.Terangganu Pegawai Pengurus Piliharaya pun nyata memihak kepada BN ,apabila didedahkan terus letak jawatan.
Di Bukit Gantang Polis telah mula menyewa rumah-rumah persendirian, munkin untuk menempatkan makhluk-makluk yang bernama SB. Dilaporakan juga telah ada SB yang cuba menyamar untuk masuk ke bilik gerakan PAS.

Di sini menteri besar “haram” bernama Zamry turun mengistihrkan pemberian geran tanah kepada penduduk walaupun hanya baru beberapa hari mengambil-alih Kerajaan Perak secara “rompakan”.
Menipu orang kampong kononnya pentadbiran dialah yang mengusahakan proses kelulusan tanah berkenaan. Maka ada juga rakyat jelata yang tertipu dengan muslihat ini.

Menjelang PR ini kita percaya bermacam tipu muslihat yang akan dibuat oleh BN.

Oleh itu petugas PR khususnya PAS kena memaksimakan usaha bagi menetukan kemenangan kepada PAS dalam PRK P059 pada 7 April ini, InsyaAllah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP