Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, March 31, 2009

MARKAS BN BANYAK YANG MASIH BELUM BERPENGHUNI


Pilihan raya kecil (PRK) P.059 Bkt .Gantang tinggal enam hari lagi.

Sangkaan saya yang PRK di sini lebih sengit daripada PRK K.T masih belum menampakkan kebenarannya walaupun semasa saya datang pada 12.03.09 yang lalu nampak banyak bendera BN di merata tempat walaupun tarikh PRK masih jauh lagi.

Kita menjangka selepas perhimpunan agung UMNO bala tentera mereka akan membanjiri kawasan PRK di sini. Namun yang yang dapat dilihat di sini tidak begitu.

Masih banyak bilik gerakan BN yang belum berpenghuni termasuklah Bilik Gerakan UMNO Melaka. Panglimanya yang terkenal dengan samsengnya masih belum kelihatan selepas kecewa kerana tidak dapat bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Bendera-bendera pun tidak banyak bertambah. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan semua petugas memasang bendera mereka adalah diupah. Munkinlah mereka menunggu buget. Pimpinan UMNO yang bertanding dah banyak membelanjakan duit untuk bersaing merebut jawatan. Cuma sebahagian sahaja tertangkap dan sebahgian “selamat’.

Tinjaun kami juga mendapati terdapat banyak rumah-rumah yang dipasangkan bendera BN kerana mendapat imbuhan. Di sebuah taman ada yang memaklumkan kepada kami setiap rumah yang membenarkan bendera dipasang akan mendapat bayaran Rm 300.00. Maka terdapatlah juga didalam rumah yang berkibar bendera biru BN lamabang PAS dan gambar Tok Guru.

Walau dalam apa keadaan sekalipun PAS dan PR jangan merasa selesa kerana BN akan mengunakan apa tektik sekalipun untuk meraih sokongan rakyat.

Kita mensyaki terlalu ramai SB yang menjadi hamba BN berkeliaran di seluruh kawasan PRK. Menyamar pelabagai “rupa” untuk masuk ke Markas-markas PAS.
Polis menimbulkan ketakutan di lokasi penyangan ceramah menggunakan LCD. Selepas ini munkin banyak lagi.

2 comments:

Anonymous Monday, 06 April, 2009  

Salam, menuduh rakyat terima habuan kerana menyokong BN adalah suatu penghinaan dan fitnah semata-mata. adakaf fitnah dan pembohongan merupakan senjata utama pakatpakatan.

Anonymous Thursday, 09 April, 2009  

Kita bukan membuat tuduhan yang tidak berasas. Kita ada bukti. Bukan setakat habuan di musim PR.Malahan lebih dari itu.

Ramai penyokong BN diberikan Projek kerana menyokong BN. Malahan kontraktor yang tidak efisyen pun diberi projek kerana mereka adalah kroni. Saya lama bertugas dengan kerajaan. Saya tahu bagaimana projek diberikan secara runding terus dan banyak lagi .

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP