Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Thursday, March 26, 2009

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) P.059 BUKIT GANTANG: KONTIGEN PAS BERGERAK LANCAR

PRK Bukit Gantang makin hampir. PAS Pahang turun gelangang lebih awal daripada PRK Kuala Terengganu. Hingga kini beberapa kumpulan petugas telah turun ke Unit Peti undi yang diamanahkan.


PAS Pahang telah menyediakan hampir sepuluh tempat penginapan untuk petugas –petugas yang akan datang dari Pahang hingga ke hari pembuangan undi .

Jarak dari satu UPU ke UPU yang lain agak jauh. Kontigen Pahang di amanahkan di DUN Kuala Sepetang. Tiga UPU yang diletkkan di bawah Kontogen Pahang semuanya teletak di pinggir Bandar Taiping.
Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) Pahang telah membuka Bilik Operasi di Taman Perumahan KG. Berkat .Jarak dari “Exit” Taiping/Kemunting hanya lebih kurang 5 KM.

UPU Air Putih terletak diantara Lebuh Raya dengan Kemunting . UPU Kemunting Station juga menuju ke arah yang sama. Manakala UPU Simpang Halt menghala ke Changkat Jering.

Bagi syahabat-syahabat di luar Negeri Perak khusus nya dari Pahang yang akan datang ke Penempatan Pahang hanya perlu memastikan keluar di “Exit” Taiping/ Kemunting. InsyaAllah akan memudahkan syahabat untuk sampai ke distinaasi. Apabila sampai di Tol tersebut hubungilah syhabat yang telah ada di lokasi atau hubungi terus urusetia JPN Pahang pada bila-bila masa.

Kerja setakat ini berjalan lancar. Namun ke hadiran syahabat-syhabat yang ramai boleh melicinkan lagi perjalanan tugas dan sangatlah dialu-alukan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP