Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Saturday, February 14, 2009

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA): SIAL DAN CELAKA



Program sehari di Kompleks Imam As Shafie ( KIAS ) , Temin, Jerantut hangat dengan perbincangan mengenai ISA bersempena Himpunan Pemuda Bantah ISA (HAPUS) yang telah dirasmikan oleh Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Persuruhjaya PAS Pahang pada 14 Februari 2009.
Petugas PR PAS Pahang dalam PRK P.036 juga diraikan dalam jamuan makan tengahari dalam majlis yang sama. Turut hadir Hj.Muhamad Sabu Naib Presiden PAS dan Yb Hj.Mohd.Abdul Wahid Endut Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang memberi ceramah pada sesi petang.

Forum mengenai ISA menarik minat lebih 500 peserta dari seluruh negeri Pahang yang mejoritinya adalah pemuda dari kawasan –kawasan disamping beberpa orang pimpinan negeri dan kawasan.

Forum Mansuhkan ISA dipengerusikan oleh Sdr.Abdullah Karim seorang peguam muda yang juga AJK Pemuda PAS Pusat telah menjemput 3 orang ahli panel terdiri daripada Sdr.Hanifa Maidin (peguam) , AJK PAS Pusat, YB Shaari Sungip (bekas tahanan ISA) dan Cikgu Norlaila Osman (isteri tahanan ISA)
Dibawah ini adalah di antara isi perbincagan dalam forum tersebut;

Ahli Panel Pertama: Sdr.Hanifa Maidin
• ISA sial kerana mereka yang ditahan tidak boleh membela diri
• ISA celaka kerana sampai sekarang tidak dimansuhkan
• Tujuan ISA diwujudkan untuk menghapuskan kominis dan subversif. Menurutnya jika kerajaan kata komunis telah tiada kenapa perlu lagi ISA ? Jika “kominis masih ada maknanya ISA gagal menghapuskan kominis. MAKNANYA ISA DALAM APA KEADAAN ADLAH TIDAK RELEVEN
• ISA bercangah dengan agama kerana merobek hak kemanusiaan kerana mangsa ISA tidak diberi peluang membela diri
• Setelah Akta ini dipinda dalam tahun 80an keputusan untuk menahan mangsa ISA tidak boleh dipersoal/dicabar di mahkamah. Kuasa menahan menjadi hak mutlak KDN tanpa boleh dipertikai

Ahli Panel Kedua: Cikgu Norlaila Osman

• Gerakan Memansuhkkan ISA diangotai 82 Parti Politik dan NGO
• Bermula dengan Gerak yang diasakan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor
• Beliau telah menceritakan bagaimana suaminya yang telah di tahan tanpa dibicara sejak tahun 2002. (Telah 7 tahun dalam tahanan)
• S.B adalah makhluk yang dilaknat Allah
• Jangan percaya kepada SB dan jangan beri sebarang maklumat kepada S.B kerana mereka penipu
• Semua pemimpin Kerajaan BN termasuk Pak Lah tak mahu berjumpa isteri tahanan ISA walaupun telah buat temujanji.Melainkan hantar budak pejabat mereka saja . “Pak Lah Tak Guna”

Ahli Panel ketiga: YB Shaari Sungip

• Tahanan ISA lazimnya akan dilayan baik diperingakat awal dan akhir tahanan kerana manusia mudah menginggat yang mula dan akhir dalam mana-mana pertemuan.
• ISA bertujuan mematahkan semangat perjuangan. Setiap tahanan diusahakan sampai jadi troma.
• Di Malaysia ada lebih 2,000 SB
• TIPS UNTUK BAKAL TAHANAN ISA
“ DON’T THRUST SB” & NEVER THRUST SB
JIKA DISOAL SIASAT : MENGAKU /TAK MENGAKU JIKA KEPUTUSAN KDN NAK DIMASUKKAN KE KEMUNTING TETAP KE KEMUNTING
SB HANYA FAHAM BAHASA MAKI
ZIKIR, HAFALAN & AMALAN KENA KUAT
JIKA DIARAHKAN LONDEH PAKAIN ,JANGAN LONDEH SENDIRI :MERERKA NAK UJI SEJAUH MANA KITA MAMPU MEMPERTHANKAN MARUAH

Doa seorang pejuang ketika dalam tahanan di Kem Kemunting;

“JIKA AKU DIBEBASKAN, JANGANLAH JADIKAN AKU KAGUM DENGAN SANJUNGAN MANUSIA”

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP