RAKYAT TOLAK PPSMI
Himpunan rakyat yang dijangkakan melebih 100,000 orang hari ini nyata menunjukkan rakyat membantah dengan keras pengajaran metametik dan sains dalam bahasa inggeris.
Perarakan ratusan ribu rakyat bermula dari tiga tempat utama iaitu di Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni. Tokoh bahasa yang telah mengetahui perarakan itu antaranya ialah Dato Dr.Hassan Ahmad dan Dato A.Samad Said.
Pimpinan PAS yang turut hadir dan mengetuhai perarakan ialah Dato Sri Presiden, Timbalan Presiden , Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penerangan PAS Pusat , Ketua Pemuda, Ketua Lajnah Perpaduan Nasiaonal dan ramai lagi.
http://www.blogger.com/posts.g?blogID=826198090118054619
Dalam temu ramah dengan wartawan Dato A.Samad Said melahirkan rasa kecewanya kerana Kerajaan Malaysia tidak bersungguh dalam mengangkat martabat Bahasa Melayu. Sebaliknya sanggup mengeluarkan peruntukan berbilion ringgit untuk projek PPMSI.
Selain dari itu wakil dari Himpunan Kaum Cina yang diwakili tokoh-tokok pendidik turut menyatakan bantahan mereka terhadap PPMSMI. Wakilnya menegaskan,tidak ada siapa yang boleh menapikan bahawa pengajaran yang paling berkesan ialah pengajaran dalam bahasa ibunda.
JIkalah tokoh-tokoh bahasa seperti Dato Dr.Hassan Ahmad ,bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Dato A.Samad Said Sastrawan Negara yang diiktiraf oleh kerajaan membantah PPSMI kenapalah Pimpinan Kerajaan BN sekarang “PEKAK BADAK’ ,“BUTA PERUT” dan “BUTA HATI “ sangat.
Walaupun polis bertindak ganas namun semangat peserta perhimpunan tidak luntur sama sekali.
Hujan “water canon” dan tembahan gas pemedih mata yang bertalu-talu sedikit pun tidak melunturkan semangat peserta perarakan yang terdiri dari peringkat umur .
Jelas dan nyata rakyat membantah PPSMI dan kerajaan perlu buat sesuatu , jangan berdalih lagi.
8 comments:
salam… statement dari hishamudin sungguh bangang.. langsung tak memahami kehendak rakyat bawahan.. sama gak dgn statemen najib semalam.. ada sapa2 nak ulas apa yg diorang kata?? diorang ni tak pernah rasa susah..tau saja la konon keturunan pm.. tak tau ke mcm mana kehidupan rakyat ni oiii
Saudara jgn tertipu ngo,jgn tertipu persatuan cina mereka semua pandai bahasa inggeria,A.Samad Said dan Dr.Hassan Said pandai bahasa inggeris.Mereka belajar diluar negara.Anak2 ngo persatuan cina pandai bahasa inggeris,kalau x pandai pegi tution.Apa jadi anak2 melayu yg x tau inggeris,masuk u susah nak blajar.Kerja swasta susah klu x reti inggeris, kja krajaan berapa banyak.Jangan tertipu oleh mereka (DALANG)yg membantah, cuba siasat mereka dan anak mereka belajar dimana.Kalau blajar oversea pakai BM ke,mertabatkan BM konon.
Pembetulan: Dr.Hassan Ahmad
Kita tidak mengatakan BI tak penting.Namun PPMSI adalah tidak berkesan terutamanya apabila dengan tidak terancang.
Memanglah masa dulu peluang pembelajaran di universiti tempatan terhad.Sebab itulah ramai yang menunut di Negara luar.
Sebab itu jika usaha mendaulatkan BM ini tidak dilaksanakan sampai bila BM tidak menjadi Bahasa Ilmu.
Dulu kerajaan pernah mengadakan usaha ini ,kenapa nak undur ke belakang.
Bila kita nak mencapai tahap seperti Iran, Jepun ,Cina malahan Thailand berjaya mendaulatkan bahasa mereka.
Marilah berfkir secara matang dan rational .
Salam, siapakah diri kita, pejuang bangsa? pejuang bahasa? atau berjuang kerana Allah? jika kita berjuang kerana Allah dah tentu kita mahu bangsa kita belajar walau keCina. Malaysia dijajah hampir 450 tahun(mana penjihad), penjajah mengubah komposisi kaum dan pemilikan asset, sedarlah bahawa komposisi kita kini tak seperti di jepun dsb, majoriti besar syarikat swasta mengutamakan fluence B.I untuk dapat jawatan atau naik pangkat, apa jadi pada rakyat miskin yg tak berpeluang belajar b.i. WAHAI PEJUANG BAHASA, PASTIKAN SYARIKAT SWASTA MENGUTAMAKAN PAKAR BM.
Salam. Nak tumpang tanya pendapat orang bijak pandai kat negara bertuah ni, al-maklum la saya ni orang kampung. Agak-agak la..Apa bahasa yg boleh diguna pakai semasa rakyat kita yang dah makin maju nak berhubung/berniaga/bersidang/bersembang ketika di mekah??? atau di rusia, india, jepun, china, thailand, filipina dan sebagainya???
Sayang seribu kali sayang, PELUANG yang diberi kepada semua warganegara selama SEBELAS TAHUN untuk belajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah disia-siakan. Namun bersyukurlah, masih ada segelintir yang benar-benar berusaha dan akhirnya BERJAYA.
Terjemahan "WATER CANON" dalam bahasa inggeris apa ya???
Post a Comment