Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Wednesday, December 31, 2008

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) P.036 PARLIMEN KUALA TERENGGANU:CALON PAS LEBIH POPULAR


Ahamdulillah awal malam semalam saya telah sampai bersama beberapa orang syahabat di Kuala Terengganu untuk turut sama memberi sumbangan sekadar termampu dalam PRK tersebut. Semua rakyat Malaysia yang peka akan perkembangan politik negara mengetahui penamaan calon akan diadakan pada 6 January, 2009 manakala hari pembuangan undi akan diadakan pada 17 january.

Suasana di Kuala Terengganu kelihatan tenang seperti biasa walaupun gerak kerja Parti bagi BN mahupun BA telahpun bermula.

Di kawasan tempat saya bertugas nampaknya hanya Bilik Opersasi Kontijen PAS sahaja telah diletakkan bena yang terpampang megah.

BN belum membuka bilik gerakan atau markas. Walubagaimanpun BN telah memulakan kempen dan dakyah melalui media perdana seperti TV dan akhbar arus perdana.

Kelihatan juga, telah terpacak pondok-pondok polis sementara di merata tempat di kawasan PRK ini. Munkin peranan mereka untuk mengawal keselamatan. Namun begitu borak-borak di kedai kopi mengatakan kehadiran awal pihak polis ini menimbulkan kesan psikologi kepada orang ramai dan pengundi dengan bayangan keadaan yang tidak aman.

Kita menyeru kepada pihak polis bertindak profesionallah dalam menjalankan tugas.

Borak-borak di kedai kopi banyak memperkatakan soal calon. Semasa makan tengahari di sebuah kedai makan ada yang mengatakan calun BN ini tidak disenangi bukan sahaja oleh pihak lawan malahan orang BN sendiri tidak minat kerana beliau lahir dari ”keturunan senang” dan juga ada "sejarah keturunan yang kurang menyenangkan". Beliu juga dikatakan terlibat dalam peristiwa berdarah di Batu Buruk, wallahu’alam.

Sehingga artikel ini ditulis calon PAS abelum dapat di ketahui secara tepat . Banyak yang mengatakan Dr.Syed Azman. PAS ramai calon yang layak termasuk dari kalangan anak tempatan. Soal berebut nak jadi calon tidak timbul kerana semua pimpinan dan ahli PAS memahami menjadi wakil rakyat bukanlah satu kebangaan tetapi satu amanah berat yang perlu digalas.

Malam ini 1 Jan, 2009 peristiharan calon PAS akan dibuat di Stadium Besar, Jalan Hospital. Siapa jua menjadi calon tetap akan mendapat sokongan padu dari seluruh Parti Gabungan PR dan juga kelab-kelab penyokong.

Dengan kesedaran yang tinggi akan keupayaan Islam menjadi alternatif dalam mentadbir negara dan umah, kita berkeyakinan penuh anak Terengganu akan memenangkan calon PAS yang akan membawa obor perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi Allah yang tercinta ini, InsyaAllah

Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRI

Alhamdulillah marilah kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadzrat Allah Subha nahu wata’ala Rabb yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi serta di antara keduanya kerana kita dipanjangkan umur serta dapat terus bernafas di tahun baru 1430 hijri yang jatuh pada 29 hb. December, 08

Ingatlah, apa juga yang ada di syurga dan di bumi kepunyaanNya. Dia mengetahui semua apa yang kamu fikirkan dan tindakan. Pada hari itu (pembalasan) apabila kamu dikembalikan kepadaNya,Dia akan mendedahkan apa yang telah lakukan. Allah mengetahui segala-galanya.”

Oleh itu segala perancangan yang kita susun bagi mengisi tahun baru, munkin dengan cita-cita dan semangat yang baru ini hendaklah berteraskan ketaqwaan kita kepada Allah yang maha esa lagi maha kuasa. Segala kerja buat kita tidak akan bermakna jika tidak mendapat keredhaan Allah Ar- Rahman , Ar-Rahim.

Kata selaku umat Islam seharusnyalah menjadikan pahala yang dijanjikan Allah kepada hambanya sebagai motivasi yang tertinggi untuk kita. Amaran dosa dan balasan neraka akan menjadi penghalang bagi kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Inilah rahsia kekuatan Umat Islam yang tidak ada pada agama-agama lain. Marilah kita sama-sama menghayati Addin al-Islam yang menjanjikan kesejahteraan ummah.

Di kesempatan ini juga suka saya berkongsi antara titah ucapan Kebawah duli YMM, Tim. Yang Dipertuan Agung semasa merasmikan Sambutan Maal Hijrah di peringkat Kebangsaan yan mengingatkan rakyat supaya berpegang dengan Ajaran Islam yang menjanjikan ”Rahmatan lil ’Alamin ”. Baginda juga mengingatkan supaya umat Islam menhurmati Ulamak.

Cotoh yang ditunjukkan oleh Datuk Sri Dr.Harrusani Zakaria yang telah dipilih menjadi Tokoh Maal Hijrah bagi tahun ini juga harus diikuti. Beliau seorang yang kelihatan lemah lembut tetapi tegas dan berprinsip.

”Kebenaran itu kadang-kala pahit. Namun saya tidak akan mengatakan disebaliknya kerana yang hak itu tetap hak dan yang salah itu tetapa salah” katanya dalam satu temuramah , Ayuh... bersempaena tahun baru ini marilah kita bertekad menyumbangkan semaksima mungkin harta-benda dan tenaga untuk Addin al-Islam, InsyaAllah. Allah hu Akbar !!!

Saturday, December 27, 2008



Sunday, December 7, 2008

SALAM EIDUL ADHA

Bersempena dengan Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Qurban ini saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin khususnya kepada pengunjung-pengujung setia blog saya.


Tanggal 10 Zulhijah merupakan satu tarikh yang istimewa bagi seluruh umat Islam di mana jua kita berada. Hari ini adalah merupakan hari Perhimpunan Perdana Umat Islam di Makah al-Mukarmah. Lebih kurang 3 juta umat Islam berhimpun bagi menunjukkan kesatuan Umat Islam tanpa mengira bangsa, warna kulit atau negara asal mereka.

Pada tarikh keramat ini umat Islam mengadakan “Demontrasi” besar-besaran bagi menunjukkan kekuatan dan kesatuan umat Islam yang melampaui batas “perkauman sempit”.

Roh Ibadat Haji inilah yang harus ada pada setiap umat Islam.

Sepanjang merayakan hari raya haji ini marilah kita isikan dengan Ibadah-ibadah yang digalakkan dalam Islam terutamanya Ibadah Qurban. Melauangkan takbir dengan penuh kefahaman dan kesedaran serta boleh meningkatkan motivsi Amal Islami.

Perbanyakkanlah ziarah-menziarahi bagi meningkatkan ukhuwah dikalangan sanak-saudara, jiran terangga dan sahabat handai.

Ealahkkan dari menonton rancangan hiburan yang melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam. Ingatlah hiburan yang melapau yang disediakan oleh pelbagai siaran televesyen adalah hasil dari perancangan Yahudi dan Nasrani untuk merosakkan Umat Islam.

Akhirnya bersempena dengan Hari Raya Eidul Adha ini marilah kita sama-sama meningkatkan azam kita untuk terus Istiqamah bersama dengan Perjuangan Untuk Medaulat Islam di Bumi Allah yang kita cintai ini. Allah hu Akbar!!!

Sunday, November 30, 2008

MUHAMMAD IKRAM TERIMA IJAZAH SANAD BACAAN AL-QURAN


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2 Muharam 1429 bersamaan 30 November ,2008 menjadi hari besejarah bagi saya dan isteri Pn.Norsilah Ghazali ( Ummi), Muhammad Ikram & Keluarga.

Bersempena dangan Majlis Eidul Ilmi Ma’had Tahfiz Darul Fikri kali ke 8, anak ke 4 kami yang juga yang bungsu daripada empat beradik , berkat usahanya dan kehendak Allah telah dianugerahkan “Ijazah Sanad Bacaan Al-Quran “ dengan gelaran al-Muqri oleh gurunya Ustaz Khairul Azmi al-Hafiz, al-Muqri.

Pada hari yang sama 5 orang pelajar telah menerima anugerah Shadah al-Hafiz.
Muhammad Jamil bin Jamaluddin al-Hafiz, Ahmad Nafis bin Azami al-Hafiz, Muhammad Syukur bin Rusman al-Hafiz dan Abdul Rahman bin Rosli al-Hafiz.
Abdul Rahman adalah yang termuda berumur 14 tahun , anak kepada Ustaz Rosli Jabar Pengerusi Pentadbiran Ma’had Tahfiz dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan.

Perasaan saya bertambah terharu apabila dijemput naik kepentas mengiringi anak kami Muhammad Ikram al-Muqri dan diminta menyampaikan sedikit ucapan.Dibawah ini ialah sedutan ucapan saya.

Assalammu’alaikum wm. Wbth.

Yang berusaha Ustaz Amir Salam , pengacara Majlis , Ustaz Mokhtar Senik selaku Perasmi , Ustaz Rosli Jabar, Ustaz Khairul Azmi al-Hafiz, seluruh tetamu jemputan,tidak lupa juga isteri saya Pn.Nosilah yang hadir bersama dibelakang sana, ibu-ibu bapa-bapa dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulihhah , hir robil ‘alamin ……

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadzrat Allah SWT kerana dengan izinnya Anakanda Muhammad Ikram telah berjaya dianugerahkan Sanad Bacaan Al-Quran pada hari yang bersejarah ini.

Tahniah kepada anakanda Muhammad Ikram. Sekalung penghargaan kepada seluruh tenaga pengajar dan warga Maahad Tahfiz Darul Fikri,khususnyan kepada Ustaz Rosli , Ustaz Khairul Azmi al-Hafiz, semua ustaz-ustaz yang membimbing anak kami .

Kepada saudara-saudari dan syahabat-syahaat semua saya menyeru marilah kita bertekad meneruskan sumbangan kita kepada Ma’had Tahfiz ini .Mudah-mudahan dapat melahirkan lebih ramai lagi para hufaz dan juga penerima ijazah sanad bacaan di masa akan datang, InsyaAllah.

Wabillah hi Taufiq wal Hidayah.

Wassallamu’alaikum wm wbth.

Allah hu Akbar

MALAM KEBUDAYAAN RAKYAT MALAYSIA MENEMPA SEJARAH


Saya berkesempatan hadir di Malam Kebudayaan Rakyat Malaysia yang dianjurkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Jerantut pada 29 Nov.2008 di Kompleks Imam as-Shafie (KIAS) , Temin, Jerantut.

Malam 3 Dalam 1 : Malam Kebudayaan Rakyat M’lysia, Perasian KIAS dan Pelancaran Kempen ”Jom Setai PAS” yang bermula jam 8.30 mlm. berlansung dalam suasana penuh ceria dihadiri oleh ribuan ahli dan penyokong PAS, PR dan masyarakat setempat.

Bagi saya ini adalah satu sejarah dalam negara kita Malaysia kerana majlis ini telah di hadiri oleh 2 tokoh tertinggi agama di negara ini. Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Nik Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS telah duduk bersama Siva Sri Ramachanda Siva Charia En.Ramu, Penasihat Hindu Sangam Malaysia.
Yang saya kira tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia setelah merdeka lebih dari 50 tahun,

Turur hadir pada malam itu, Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS (bekas Presiden Persatuan Ulamak Malaysia), Tim.Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia, Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Persuruhjaya PAS Pahang, YB-YB PAS dan DAP ,N.Balasubramaniam Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang , Timbalan-Timbalan Perseuruhjaya PAS dan seluruh pimpanan PAS dan PR.

Majlis dimulakan dengan pertunjukan Kebudayaan kaum cina dan India serta dengan nasyid oleh Johan Akademi Nasyid , Sdr.Zaihan.

Yang memeranjatkan penuntun pada malam itu bila N.Balasubramaniam yang belum menganut Islam telah membaca beberapa potong ayat Quran walaupun tidaklah fasih namum boleh difahami. Antara maksud ayat ialah ”Tidak aua utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada sekelian alam”

Dalam Ucapan En.Ramu antara lain beliau menyebut,”Agama dibuat untuk ke Kesejahteraan alam.Kita hendaklah menyangi semua terutama manusia”

Dibawah ini adalah sedutan dan ringkasan ucapan Tuan Guru Nik Aziz pada malam tersebut;



 Beliau menyatakan perasaan terharunya melihat sokongan orang-orang bukan Islam terhadap PAS , yang tidak pernah kita jangka sebelum ini. Inilah hasil kerja-kerja dakwah kita.
 Makksud Ayat al-Quran ”adakah manusia tahu bahawa mereka dahulu tiada kemudia dia dijadikan dari air mani bercampur dengan telur perempuan.”
 Manusia dijadikan dengan keadaan yang istimewa dengan mempunyai Mata, Telinga dan Qalbu.
 Tujuan Manusia dijadikan ialah:
- Buat yang halal tinggakan yang haram
 Sebeum manusia dijadikan .Allah buat bumi dahulu.Jika Allah nak kira belanja (kos) alam yang kita nikmati ini sudah pasti tidak termampu kita membayarnya
 Tidak ada benda yang terjadi dengan sendiri.
 Allah ialah tukang yang menjadikan.Allah mesti ada.Tukang jadi mesti tidak sama dengan benda yang dibuatnya.Begitulah Allah.
 Sebelum kita jadi rakyat negara ini kita terlebih dahulu telah jadi Hamba Allah.Sejak azali lagi. Semasa dalam kedungan Allah yang jaga kita. Ibu kita yang mengandungkan kita tidak mampu memberi oksygen kepada anak dalam kangungannya melainkan Allah.
 Islam adlah titik pertemuan:Islam boleh terima semua ,tidak kira bangsa
 PAS hanyalah wadah.ISLAM adalah hakikatnya

Monday, November 24, 2008

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ JAIPUTRA KE VII DIRASMIKAN OLEH YAB MENTERI BESAR KELANTAN


25 Zulkaedah 1429 H bersamaan 23 November 2008 merupakan satu tarikh bersejarah bagi anak ke 3 kami Mohd.Ikhwan. Beliau merupakan salah seorang daripada 183 graduan yang telah menamatkan pengajian di Kolej tersebut.

Mohd.Ikhwan telah menerima Diploma Psikologi dan Minor Pengajian Islam setelah bertungkus lumus selama 2 tahun di Kolej ini.

Selain dari itu yang sangat mengembirakan saya dan Isteri dan munkin juga bagi semua ibu bapa ialah kehadiran YAB Tuan Guru Dato Hj.Nik Abd.Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Walaupun Tuan Guru baru kembali dari K.Lumpur pada pagi itu dan dalam keadaan kurang sihat beliau telah datang juga walaupun agak kelewatan .Kehadiran beliau sendiri (tidak mewakilkan) menunjukkan komitmennya yang tinggi kepada perkembangan pendidikan .

Beliau diarak masuk ke dewan utama dengan diiringi Pegawai Kanan dan Ahli Akademik Kolej Jaiputra dan juga wakil dari Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara. Beliau menggunakan tongkat dan duduk sepanjang majlis itu.Keadaan kesihatannya memaksa beliau meninggalkan majlis setelah menyampaikan Diploma kepada lebih kurang 10 orang graduan.

Sungguh pun begitu , ucapannya pada hari tu memukau seluruh hadirin dan hadirat. Antara isi kandungan ucapannya yang sangat menarik pada hari itu ialah apabila beliau menghurai ”Iqra’”:
i. Belajar bukan hanya sekadar memenuhi tuntutan semasa tetapi untuk memenuhi TUNTUTAN AGAMA
ii. Manusia dijadikan daripada ”Alaq” yang bermaksud bergantung.Penemuan Sains akhirnya mendapati maksud bergantung ialah ”Mani lelaki yang bergatung kepada benih perempuan”
iii. Allah telah mengulangkan perkataan INSAN sebanyak tiga kali dalam surah ini. Menunjukkan pentingnya aspek ke INSANan ini .Namun yang paling penting dalam ke INSANan ialah Qalbu.

Seterusnya Tuan Guru telah menghuraikan maksud ayat ”Kamu sebaik umat yang diturunkan .....”hingga ke akhir ayat.
i. Kamu sebaik-baik umat sebab itulah kena mengajak kepada yang maaruf dan mencegah kemunkaran.
ii. Perkara yang paling maaruf ialah ALLAH ITU SATU.
iii. Mungkar bukan sahaja minum arak tetapi mengatakan POLITIK SUKU AGAMA SUKU
iv. Tuhan yang menjadikan mesti tidak sama dengan yang dijadikan
v. Tuhan mesti satu. Jika Tuhan banyak, mesti ada yang lebih kuat daripada yang lain. Jika sama kuat mesti bergaduh.Seperti yang terjadi sekarang semua bergaduh kerana sama kuat.
vi. Ayat ini menyebut ”Amar Maaruf Nahi Mungkar” dahulu kerana pentingnya perkara ini

Selian Tuan Guru yang mengucapkan tahniah kepada graduan yang berjaya juga mengingatkan Tauliah yang lebih penting ialah Tauliah yang akan disampaikan oleh Allah di Padang Mahsyar .Samada kita menerimanya dengan tangan kanan atau tangan kiri.

Majlis Konvokesyen yang di adakan di Balai Islam Lundang itu berjalan dengan lancar dan berakhir tepat pada masa yang dijadualkan,. Walaubagaimanpun Graduan,Ibu bapa & sanak saudara Kolej tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenangan, bersama Tenaga Akademik dan seluruh Warga Kolej yang telah banyak berjasa .Hanya dalam sekitar jam2,45 ptg. barulah dewan utama Balai Islam mulai dikosongkan.

Tahniah dan syahas kepada anakanda Mohd.Ikhwan , Semua Graduan & Ibu bapa dan Seluruh Tenaga Akademik dan Warga Kolej Jaiputra.

”KETAQWAAN, KETERAMPILAN ,KECEMERLANGAN”

**MEMBANGUN BERSAMA ISLAM**

Thursday, November 13, 2008

MB PAHANG JELEK DENGAN UMNO

“Sebut UMNO ni ,saya JELAK , JELAK” iatulah kata-kata yang diluahkan oleh DS Adnan Yaakob, MB Pahang dalam satu temuramah yang disiarkan dalam buletin utama malam ini.

Kenyataan ini dilahirkan atas rasa kecewa beliau kerana gajala rasuah di dalam UMNO yang sukar dibendung. Manakala pemilihan pucuk pipinan parti kali ini menujukkan amalan rasuh yang terburuk dalam dalam sejarah.

Hakikatnya ialah peimpinan tetinggi UMNO tahu keadaan UMNO telah parah dan sukar diubat lagi. Persoalanya kenapa mereka masih tunggu lagi? Kepentingan diri, kemewahan hidup dan bermacam permainan dunia yang mereka kecapi.

Bagi yang ada kepentingan sekurang-kurangnya mereka beroleh harta tapi yang kesihannya anggota bawahan yang menyokong membuta tuli , dikuda begitu saja, apa yang mereka dapat.? Namun tetap menaruh harapan mudahan satu hari nanti beroleh rezeki jatuh bergoleh agaknya.


Janganlah mimpikan bulan yang akan jatuk ke ribu.

Jika Datuk Nan pun boleh mengeluarkan kata-kata “JELEK & JELAK’ terhaapa UMNO.

Ayuh apa lagi!!!, tibalah masanya ahli-ahli berfikirlah secara matang dan rational buka minda, keluar dari kepompong politik perkauman , bermentelitikan echno-centeric sempit.

Pilihan yang terbaik beralihlah kepada PARTI yang mendokong dan mendaulatkan Islam.

“ISLAMLAH KAMU SELAMAT’

Wednesday, November 12, 2008

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) TAWAR PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH BERLANDASKAN ISLAM

Bulan ini merupakan bulan akhir sesi persekolahan di Malaysia.
Sekarang ini juga musim pusat-pusat pendidikan pra-sekolah mengadakan hari penyampaian sijil atau Ihtifal.

Di Malaysia terdapat beberapa Institusi pendidikan pra- sekolah yang diantarnya dikendalikan oleh KEMAS, JABATAN PERPADUAN, MAJLIS AGAMA, PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) , ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM), JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM),juga lain-lain bandan bukan kerjaan (NG0) dan pihak swasta.

Tijauan dan juga sembang-sembang masyarakat menunjukkan di antara instituisi-instituisi pra-sekolah di atas yang menggunakan pendekatan pendidikan yang Islamik ialah yang dikendalikan oleh PAS, ABIM ,JIM dan juga Tadika di bawah Majlis agama dan sebahagian Tadika Swasta.

Yang paling tidak Islamik katanya ialah TADIKA KEMAS yang dikendalikan oleh guru-guru kemas yang ditaja oleh kerajaan yang guru-gurunya terdiri dari pendokong UMNO dan BN.Ramai yang merungut jika hantar ke TADIKA KEMAS yang pandainya ”menari dan menyanyi.”

Tinjauan menunjukkan orang menghantar anak ke TADIKA kemas kerana dua sebab utama. Pertama memang mereka penyokong dan pendokong UMNO yang ”totok” dan kedua kerana bayarannya murah. Apa tidaknya sebab dapat subsidi kerajaan (duit tu datang dari kita semualah melalui bermacam cukai yang kita kena bayar).

PASTI yang dikendalikan oleh PAS dibawah sayap Pemuda, TASKI dibawah ABIM dan TADIKA ISLAM di bawah JIM rata-rata mendapat pujian ramai dalam konteks mendidik anak-anak kearah penghayatan Islam.

Sewajarnya lah seluruh ahli PAS dan Penyokng PAS memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada perkembangan PASTI yang tidak mendapat bantuan dari kerajaan malahan ditekan, ditohmah sejak dari zaman Mahadir lagi.

Kita kecewa dan kesal kenapa UMNO dan BN masih tidak mahu kembali kepada pendidikan yang berlandaskan Islam untuk menentukan kemurnian akhlah anak muda kita di masa hadapan . Tidak guna bangunan Tadika yang cantik, gaji guru yang lumayan tetapi tidak dapat melahirkan pelajar yang berakhlak dan memahami perkara yang pokok dalam Islam.

Kerajaan BN dan pemimpin UMNO kena sedar ramai ahli UMNO (yang tidak fanatik melulu) menghantar anak-anak mereka ke PASTI atau TASKI kerana mereka mahukan anak mereka faham dan mengamalkan perkara yang asas dalam Islam .Mereka tidak menghantar anak-anak mereka ke Tadika KEMAS walaupun murah kerana tidak yakin dengan sistem pendidikan yang digunakan.

”YANG HAK PASTI AKAN ZAHIR JUGA AKHIRNYA”

Tuesday, November 11, 2008

“SAJAK KEMATIAN” MENGEMPARKAN !!!

Beberapa hari lepas berita mengenai penayangan VCD bertajuk SAJAK KEMATIAN telah disiarkan dalam belutin utama.

VCD yang antara lainnya menunjukkan bagaimana peroses pengkembumian jenazah dan juga bayangan azab kubur. Pada saya tidak ada fakta yang salah dalam VCD tersebut.
Gambaran azab kubur itu pun memang satu gambaran yang benar akan berlaku bagi mereka yang mengabaikan ibdahnya di dunia ini.

Katanya adalah ibu bapa yang membantah penayangan ini terutamanya kepada pelajar tahap satu di sekolah rendah. Entah berapa orang yang membantah tidak pula disebutkan jumlahnya.

Kemudain beberapa seorang pakar dalam bidang psikologi telah dipanggil membuat kenyataan. Ia terus melahirkan rasa negatifnya terhadap penayangan VCD tersebut kerana keaedah tidak sesesuai, menakutkan dan entah apa lagi.

Yang penulis terkilan ialah sikap TV 3 yang memanggil orang yang tidak bertudung lansung (tidak menutup aurat ) bercakap dengan perkara yang ada hubung kait dengan soal agama, soal akidah , alam akhirat , azab kubur dan seumpamanya.

Ramai lagi pakar psikologi di Malaysia ini yang bukan saja tahu tentang psikologi tapi juga faham agama dan beramal dengan agama (Islam).

Memang perkara ini ada kaitan dengan psikoogi kanak-kanak tapi ia tidak terhenti di situ sahaja. Samalah seperti dalam hal menggunakan rotan untuk mendidik. Jika ikut pendekatan psikolgi memang tidak digalakkan menggunakan rotan. Tapi lihatlah apa yang jadi sekarang bila tidak boleh guna rotan. Akhlak pelajar, disiplin pelajar , masalah sosial dan bermacam lagi. Sebab kita tidak letakkan Islam di hadapan. Bergantung kepada psikologi barat semata-mata.

Dalam buletin utama malam tadi Datuk Hishamudin telah membuat kenyataan membantah penayangan VCD tersebut. Bukan itu saja diarahkan buat siasatan ,termasuklah mengesan pembuatnya.

Penulis hairan kenapa VCD yang ternayata ada unsur menyedarkan dan menginsafkan penganut Agama Islam ini seolah-olah hendak diperang habis-habisan.

Kenapa VCD lucah , majalah berunsur lucah dan yang seumpama tidak diperangi habis-habisan. Tempat hiburan seperti video game, snooker centre masih terdedah kepada pelajar sekolah. Ini kena diambil tindakan tegas bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.

Menteri-menteri yang ada jangan bertindak emosi, kajilah dahulu sebelum bertindak .

Yang paling penting ISLAM mestilah diletakkan di hadapan.

Wednesday, November 5, 2008

KEMENANGAN BARACK OBAMA : APA YANG HARUS DIPELAJARI

Obama dilahirkan dari keluarga miskin.Ibunya adalah anak terbiar sejak berumur 2 tahun.
Beliau dibesarkan oleh ibu dan bapa dari golongan kelas pertengahan (middle class) di sebuah apartmen.

Manakala lawannya John McCain orang berada dan kaya.

Antara yang dijanjikan oleh Obama ialah memperbaiki ekonomi golongan pertengahan termasuk pengecualian cukai $1,000, perlindungan dari undang-undang merampas harta sebagai ganti hutang yang tidak terbayar (foreclosure) bagi rumah kediaman dan menwujudkan 5 Juta peluang perkerjaan.

Obama juga berjanji untuk mengadakan Plan Penyelamat untuk Peniaga Kecil. Keluarga
( Small Business Emergency Rescue Plan) Kemudahan yang akan disediakan ialah seperti pinjaman kecemasan untuk perniagaan,insentif dan pengecualian cukai serta pembangan Pentadbiran Perniagaan Kecil dan Khidmat sokongan.

Kemenangannya untuk menduduki Rumah Putih dan bergelar Presiden Amerika ke 44 hasil dari sistem politik yang lebih terbuka di Amerika serta kesedaran rakyat Amerika terutamanya glongan menengah dan bawahan.

Kempen yang terbuka termasuk debat ,membolehkan rakyat menilai kewibawaan dan kemampuan calon-calon yang bertanding.

Berbeza sangat dengan di negara kita yang telah merdeka lebih 50 tahun tapi nyata BN tidak berani bertanding secara padang sama rata (level playing field).Dismping itu penggunaan Jentera Kerajaan , Rasuah dan Penyelewengan masih bermaharaja termasuklah dimusi Pilihan Raya.

Akhirnya rakyat tertipu dengan helah, gaya dan lagak pemimpin BN yang bermewah yang kononnya dengan kemewahan yang ada pada mereka mampu membela rakyat.
Apa yang terjadi adalah disebaliknya wakil-wakil rakyat BN yang kaya terus mengaut untuk dari syarikat yang mereka ada kepentingan . Hidup bermewah-mewah tetapi rakyat miskin tidak terbela.

Sampai bila rakyat akan tertipu begini?

Peranan kita yang agak bermaklumat dan sedarlah untuk menyedarkan mereka yang masih dibuai mimpi dan khayalan !!!

APA DAH JADI DENGAN AHLI-AHLI PARLIMEN BN

Sehari dua ni kita dapat melihat betapa ”kelakarnya” YB-YB Barisan Nasional di dewan. Rakyat.

Sangat menyedihkan ,lagi memalukan apabila ramai yang kita lihat tidak dapat menjawab soalan ahli-ahli parlimen pembangkang dengan baik.

Bukan itu saja mereka juga tidak ada fakta. Ahli-ahli Parlimen BA lebih berfakta dan bermaklumat. Ini jelas menujukkan Ahli-ahli Parlimen BA buat ”home work”. Sedangkan dari segi lojiknya mereka lebih susah nak dapat maklumat. Ini juga menunjukkan kesunguhan mereka untuk menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat.

Antara yang jelas kita lihat ialah dalam Isu ”Eye On Malysia” apabila Azalina ”huru-hara” dalam menjawab soalan. Beliau telah memperakui Ahli Parlimen Pembangkang ada maklumat .

Kita dapat lihat ahli Parlimen BN tidak serious untuk membela nasib rakyat.
Apa lagi musim pemilihan pucuk pimpinan mereka ini ,pemikiran mereka semua terarah kepada nak pegang jawatan apa, nak naikkan siapa,”team” yang mana kena dipertahankan,siapa nak dijatuhkan....Itu saja kerja mereka sekarang ni.
Mana ada masa fikir nak bela nasib rakyat.

Jika tidak, takkan lah Pak Lah terpaksa membuat pengumuman di TV baru-baru ini meminta ”Tukang-tukang kempen UMNO” supaya balik ke tempat masing-masing sebelum dikesan.

Pak Lah juga mengarahkan jangan guna Jentera Kerajaan dan Jangan Menaburkan Fitnah melalui sms.

”Jika tidak ada angin takkan pokok bergoyang”.

Marilah kita sama-sama menyerdarkan masyarakat, kita tidak boleh menaruh harapan kepada UMNO dan BN lagi.

Memang betul kata Musa Hitam UMNO dah kena penyakit tua. Bagaimana nak menaruh harapan kepada orang yang berpenyakit

Wednesday, October 22, 2008

“NATIONAL SERVICE” atau KERAHAN TENAGA :ITULAH YANG SEPATUTNYA

Semalam Isu Kerahan Tenaga hebat diperkatakan di Parlimen semalam.

Itulah yang sepatutnya dilaksanakan. Malahan cadangan asal dulu pun Kerajaan nak buat Kerahan Tenaga .Cuma akhirnya beru bah jadi ”Khidmat Negara”. Kenapa Jadi begitu?

Tanyalah Pimpinan Kerajaan BN!!!

Peringkat awalnya saya ada dapat maklumat dari rakan-rakan bekas tentera modul yang dicadangkaan ialah ”Modul REKRUT angkatan Tentera”. Tapi akhirnya berubah seperti yang ada sekarang. Tidak kurang juga dengan gejala ”Mempolitikkan PLKN” oleh Kerajaan BN” . Ini kita punya banyak bukti.

Rakan-rakan yang terlibat secara lansung dengan PLKN mengatakan tiada ”standard disiplin” untuk keseluruhan PLKN tetapi banyak bergantung kepada Kem Komandan di Kem yang berkenaan. Sebab itulah banyak masalah disiplin berlaku.

Soal Keagamaan juga terserah kepada Kem Komandan. Nak ada sembahyang jamaah ke atau tidak terpulang. Peserta nak Tutup Aurat ke Tidak pun terpulang.

Penulis berpendapat ”NATIONAL SERVICE” perlu disokong kerana beberapa sebab diantaranya;

i. Menepati maksud untuk melahirkan anak muda yang boleh membantu angkatan tentera jika berlaku darurat.
ii. Boleh dilakasanakan dengan lebih berkesan dengan mendapat khidmat daripada bekas-bekas tentera yang terlatih.
iii. Dapat menjimatkan belanja apabila menggunakan khidmat bekas tentera dan munkin juga boleh dilaksanakan di kem-kem tenera yang sesuai.
iv. Bila laksana program Kerahan Tenaga ,libatkan peserta lelaki sahaja tak timbul masalah sosial seperti yang berlaku dalam program PLKN sekarang
v. Apabila program lebih berfokus , diharapkan ianya tidak dipoltikkan seperti yang telah berlaku kepada program PLKN


”CINTAKAN BANGSA, PERTAHANKAN NEGARA, DAULATKAN ISLAM”

Tuesday, October 21, 2008

SHAH RUKH KHAN AKAN BERGELAR DATUK

Sehari dua ini sebuk orang memperkatakan Melaka Negeri Bersejarah akan menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Ramai yang membantah termasuklah Ahli Parlimen BN . Berhujah sakan membantah penganugerahan gelaran yang ”berprestige” itu .

Saya tak terperanjat lasung dengan peanugerahan gelaran itu kerana diantaranya;

i. Memang sikap pemimpin UMNO dan BN menyanjung tinggi golongan atris,
Celebrities dan seupamanya. (Takkan kita tak ingat bagaimana Ratu Cantik di Pertahankan Mufti di Pecat di Zaman Mahadir)

ii. Dato Khalil TYT ,Govenor Melaka itu siapa? Orang Pahang semua tahu , kaki hiburan , peminat ”perempuan” . DS Anuar telah menganugerahkan gelaran ”Ketua Segala Buay a di Darat ” semasa dia membentangkan budget kewangan sebelum di cantas Dr.M.

iii. Isteri Tim.PM pun minat Bintang Bollywood. Semua orang tahu. Gambar di belaga pipi dengan bintang bollywood tersebar seluruh negara.

Dalam BH online hari ini Datuk Sri Mohd.Ali Rustam menegaskan Bintang Bollywood itu tetap akan dinugerah gelaran Datuk bulan depan. Di menyelar orang yang mengkritik ”tidak tau niat murnia” Kerajaan Negeri .

Bagi saya jika ini diteruskan dengan mempermudahkan gelaran Datuk , akhirnyar gelaran ini menjadi murah nilainya.

Kita kagum jika orang yang memang berjuang untuk agama , bangsa dan negara di beri pengiktirfan yang sewajarnya walaupun disisi Allah orang yang paling mulia ialah orang tinggi ketakwaan kepadaNya.

Tapi akhir-akhir ini gelaran Datuk mudah diberi begitu saja kepada siapa saja walaupun penghibur yang peranannya ialah ”Melalaikan Manusia”, Menunjukkan Akhlak yang Rosak dan Moral yang Rendah.

”Tunggulah akan kemusnahan apabila sesuatu amanah itu diberikan kepada orang yang bukan ahlinya”

Friday, October 17, 2008

“BERNASIB MALANG”

“BERNASIB MALANG” :PENIAGA MELAYU ISLAM KENA KELUAR PREMIS KERANA MENYOKONG PAS
Seorang Peniaga Melayu Islam yang berniaga di Tapak Pasar lama Muadzam Shah sejak tahun 2004 sedang menunggu Surat Arahan Mahkamah untuk mengosongkan Premis itu.

Peristiwa ini bermula setelah “JJ” dikatakan telah meghantar orang kuat Unit Harta Teras Dara Konsortium Sdn.Bhd.(TDK) selepas PRU 12 bertemu pengusaha Mini Market Jiran Ku.

Mereka memaklumkan Premis yang di sewakan oleh TDK kepada Koperasi Serbaguna Dara akan di tamatkan penyewaannya. TDK pula terpaksa menamatkan penyewaan Jiran Ku.
Peniaga berkenaan telah merayu antuk terus berniaga sehingga Kedai yang akan dibelinya siap dalam jangaka masa setahun lagi. Tapi tempuh yang diberikan hanya sebulan sahaja.

Kerana sikap tidak rational Ahli Parlimen Rompin BN (JJ) dalam hal ini, ramai pelanggan tetap Jiran Ku merasa kecewa dengan tindakan ini.
Selain ABADI hanya Jiran Ku sahaja setakat ini yang mempunyai barang-barang keperluan harian yang agak lengakap di bandar ini.

Jiran Ku menjadi tumpuan pengguna dari semua peringkat di Bandar ini tidak mengira kaum atau faham politik.

Tetapi JJ nyata mempunyai faham politkk yang sempit.

Thursday, October 16, 2008

KERAJAAN TIDAK “SERIOUS” BANTU PETANI dan PENIAGA KECIL DAN SERDAHANA (IKS)

Dalam menjawab soalan di Parlimen hari ini Dato Mustaffa Muhamad telah menyatakan dengan bangga kerajaan mempunyai “Networking “ yang cukup baik untuk membantu golongan petani danu sahawan untuk memasarkan produk mereka.. Salah satu daripadanya ialah dengan membantu memasarkan hasil tani ke Pasar Raya Besar yang sedia ada.

Kemudian katanya rangkaian dengan Pasar Raya Besar di luar Negara akan diperhebatkan.

Setelah 50 tahun merdeka itu sajakah usaha yang mampu dibuat?

Setakat ”menyediakan Payung di Pasar Tani?”

Kedua ”menompang kasih” ”Hyper Market” seperti Giant, TESCO, Jaya Jusco dll.

Memang FAMA membantu untuk memasarkan produk peniaga IKS ke Pasar Raya Besar yang ada. Tapi yang menentukan barang kita boleh masuk atau tidak mereka.

Lokasi barang itu pun mereka yang tentukan .Munkin di rak yang paling belakang dan tidak strategik.

Dato Pa tau ke statistik tenang barang peniaga kita yang boleh masuk ke Pasar Raya Besar dalam setahun?

Berbanding dengan jumlah bayarangan yang ada di setiap Pasar Raya Besar , berapa peratus barangan peniaga IKS /Melayu/Bumiputra?

Sebab itula h sepatutnya Kementerian melalui agensinya telah menwujudkan ”rangkain Pasar Raya sendiri.”

Tidaklah hanya mengharapkan ihsan orang . Barulah naiba petani dan usahawan IKS terbela.

Menteri-menteri janganlah pandai bercakap sedap , berlagak pandai, turunlah ke padang , dapatkan maklumat sebenar . Fikirlah nak membantu dengan ikhlas bunkan hanya pandai mengintai peluang untuk kepentingan diri.

Wednesday, October 8, 2008

MUHASABAH SYAWAL

Khusus bagi pengunjung setia blog saya , Tahniah kerana telah berjaya melaksanankan Ibadat Puasa di Bulan Ramadahan yang lalu.

Disamping itu marilah kita sama-sama bermuhasabah, sejauh manakah kesempurnaan ibadah puasa yang telah kita lalui .Hendaknya jangalah kita tergulung kepada “orang yang berpuasa tetapi yang dapat hanyalah lapar dan dahaga sahaja” .Harapan kita semoga kita tergulung kepada yang mendapat “ketaqwaan”

Di bulan Syawal yang masih ada beberpa hari lagi ini marilah kita sama-sama meneruskan amalan-amalan mulia yang telah kita laksanakan sepanjang Ramadhan yang lulu.Mudah-mudahan momemtum ini dapat diteruskan disepanjang tahun hingga kita bertemu Ramadhan yang akan datang.

Beberapa perkara yang munkin dapat kita fikirkan bersama dan beberapa amalan yang dapat kita kekalkan , mudahan kita diterima bersama golongan “muttaqin” .

i. Renugkanlah sejauh mana kesempurnaan “Ibadah Ramadhan” yang telah kita
laksanakan. Yang wajib dan yang sunat.

ii. Bagaimanakah kita merayakan Idul Fitri yang lalu. Hari Raya Pertama, Hari Raya
Kedua dan seterusnya.(Apakah kita dapat melaksanakan seperti mana yang
dianjurkan oleh Islam atau sekadar mengikut adat.Lebih teruk lagi jika kita
bersama dalam program yang terlibat dengan perkara yang shubhah atau haram)

iii. Bagi yang ada tertinggal puasa disebabkan kerana uzur syari’e, sakit, musafir dan
sebagainya sudahkah menqadakan nya.

iv. Sudahkah kita memulakan ”Puasa Enam”. Jika belum kena rancang segera.
Semoga jangan terlepas.Puasa enam hari dalam bulan Syawal dapat menampung
kekurangan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan disamping dijanjikan
pahala seperti puasa sepanjang tahun bagi mereka yang berpuasa sebulan di bulan
Ramadhan kemudian berpuasa pula enam hari dalam bulan Syawal.

v. Teruskan menjaga ibadah solat serta kesempurnaannya. Kekalkan amalan solat
berjamaah yang telah kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan.

vi. Teruskan amalan membaca Al-Quran. Jika kita mampu khatam quraan
sepanjang bulan Ramadahan amat eloklah jika dapat dikekalkan pada bulan-bulan
lain. Jika tidak mampun bacalah sekurang-kurangnya satu muka surat sehari
.Ataupun baca sekadar lima atau enam ayat sehari dengan kaedah Tadabur
.(Membaca diikuti dengan terjemahan , membaca sebab turun ayat serta memahami
dan mengamati pengajaran-pengajran yang terkandung di dalamnya).

vii.Memperbanyakkan zikir dan wirid. Utamakan wirid al-Ma’thurat yang disusun
oleh pengasas Ikhwan Muslimin, Imam as-Syahid Hassan al-Banna

viii.Menghadirkan diri ke Majlis-majlis ilmu seperti kuliah, tazkirah , ceramah dan
seumpamanya.

ix. Membudayakan membaca bahan-bahan yang berfaedah terutamanya bahan-
bahan keagamaan.

x. Sentiasa mendampingi orang-orang alim.Bersyahabat dengan orang-orang
yang baik akhlaknya dan mengabungkan diri dalam Jamaah Islam serta
Istiqamah didalam nya.

Mudahan kita beroleh taufiq dan hidayah, InsyaAllah

Friday, September 26, 2008

SALAM IDUL FITRI

Hari ini kita telah berada di hari ke 27 Ramadahan .

Hanya beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Idul Fitri.

Persoalannya apakah kita telah dapat menyempurnakan Ibadah Ramadhan kita dengan cara yang terbaik. Jawapannya hanya kita yang mengetahuinya. Jika jawapannya “ya” Alhamdulillah.


Namun begitu kita masih ada beberapa hari lagi untuk “berjuang” bagi memunkinkan kita dapat “graduate” dari “Madrasyah “ Ramadahan ini dengan sijil yang cemerlang.


Sepertimana kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi peperiksaan terakhir di sekolah, di kolej atau di universiti bergitu jugalah seharusnya kita lakukan di akhir Ramadhan ini.

Semaklah, berapa Juzu lagi bacaan Quran yang perlu diselesaikan?, berapa banyak solat-solat sunat telah dilakukan?, Berapa kali dah menjamu orang miskin, kanak-kanak dan syahabat-handai berbuka puasa, sebanyak manakah sedekah yang telah dihulurkan? Serta amal-amal soleh yang lain.

Harapan kita semoga menjelang Syawal ini kita mendpat ”Sijil Taqwa”, InsyAllah


Persiapan Menyambut Syawal

Apa pula persiapan kita untuk menyambut Syawal ini?

Jika dilihat apa yang diwar-warkan dalam T.V amatalah menyedihkan.

Semuanya menceritakan rancangan hiburan sepanjang hari raya.

Tidak nampak apakah rancangan yang boleh membina modal insan yang banyak diperkatan oleh pemimpin negara.

Bagi kita yang memahami Islam yang syumul ini hendaklah membuat perancagan untuk menyambut Syawal ini seupaya selaras dengan kehendak Islam.

Diantara cadangan yang munkin boleh kta fikirkan;

i. Menziarahi kubur ahli keluarga terdekat sebelum hari raya. Saya berpendapat demikian kerana pada hari raya terlalu ramai orang menziarah kubur hingga berlaku perkaran yang saya kira melanggar batas syarak. Bergaul antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ramai yang tidak menutup aurat. Ada disetengah tempat berlaku macam pesta menjual bunga-bunga, air mawar dan bermacam lagi,

ii. Merancang untuk pergi solat Idul Fitri di awal pagi.

iii. Merancang untuk memberi sedekah terutamanya kepada saudara-mara dan syahabat yang terdekat yang kurang berkemampuan

iv. Merancang program ziarah ke rumah saudar-mara terdekat dan juga syahabat-handai

v. Mengadakan majlis tahlil, bacaan al-mathurat, tazkirah dan yang seumpamanya

vi. Mengelakkan dari menonton rancangan T.V yang berunsur hiburan yang melampau dan bercangah dengan Islam. Sebagai alternatifnya tenguhlah program yang bermanfaat seperti berita, rencana dan sebagainya melalui saluran tertentu. Jika tidak terdapat program yang sesuai gantikan dengan CD atau VCD ceramah , nasyid atau rencana yang memberi faedah.

Kepada pengunjung blog saya , saya dan juga anak isteri meminta ribuan ampun dan maaf atas segala kesilapan semasa kita beriteraksi selama ini.

Salam Idul Fitri

Wednesday, September 17, 2008

PAK LAH SANGAT TERTEKAN

Walaupun rakyat Malaysia masih tidak dapat melihat perubahan pada 16 September kesannya sangat besar ke atas politik di Malaysia.


Saya masih teringat komen Yb Mahfuz apabila mengulas tentang tarikh 16 Sept.bagaiman jika ianya tidak berlaku. Mahfuz mengatakan BN juga pernah berjanji akan menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh tetapi apa yang berlaku ialah disebaliknya


“Manusia hanya mampu merancang tapi Allahlah yang menentukannya”


Malahan nyawa yang kita sayang pun kita tak boleh rancang untuk hidup menungkat langit. Kita boleh menjaga kesihatan sebaik munkin tapi tapi kita tak boleh memastikan untuk hidup lama. Malahan Endon yang Pak Lah yang sangat sayang pun terpaksa meninggalkannya terlebih dahulu. Tidak mustahil juga semasa alam percintaannya Pak Lah pernah berjanji hanya Endon seoranglah yang dia cintai. Siapa tak ingat dilah PM yang pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada isterinya berucap semasa membuat perutusan Menyambut Tahun baru.Tetapi sekarang di menyintai Jean pula.


Apabila Anwar menyebut perubahan akan berlaku pada 16 Sept. Pak Lah dan ramai pemimpin telah gelabah. Hasilnya Sa bah dan Serawak telah mendapat perhatian khususnya dalam budget 2009. Pak Lah sendiri telah turun ke Sabah beberapa hari. Pasti ada sesuatu yang penting .Sepeningalanya macam-macam berlaku di Semenanjug , bergaduh, sembah-menyembah malahan bunuh-membunuh. Begitulah kecohnya politik BN apabila berdepan dengan pemilihan.


Selepas itu Ahli Kelab Penyokong BN pula ke Taiwan kononnya nak belajar ilmu pertanian terkini di sana. Tak pernah berlaku dalam sejarah pergi belajar beramai-ramai dalam keadaan yang tergesa-gesa ,di Bulan Ramadhan pula. Rajin betul nampaknya. Masanya pela berubah dari semasa ke semasa. Kursus apa macam ni. Macam tak ada jadual.


Hari ini Pak Lah ternyata sangat gelabah dan sudah hilang arah.

Tergesa-gesa mengambil alih Kementerian Pertahanan daripada Najib.

Beliau membuat kenyataan yang disiarkan Buletin Utama malam tadi Anwar musuh utama negara. Anwar menyebabkan Ekonomi Negara tidak stabil, pelabur asing tak nak datang.


Wahai Pak Lah , sekarang kamu PM. Jika orang luar boleh dengar cakap DSAI maknanya dia hebatlah. Macam mana kamu yang memerintah tak boleh meyakinkan pelabur luar .Maknanya kamu lemah, pemerintahan mu lemah, kepimpinan kamu lemah. Sebab itulah Anwarlah yang layak duduk di kerusi kamu.Tapi kamu gila kuasa walaupun dah tak mampu memrintah tak mahu berundur.Sedarlah kamu akan disoal diakhirat elah.


”Setiap orang adalah pemimpin dan akan disoal akan kepimpinannya”

Monday, September 15, 2008

KENYATAAN DATUK ZAID IBRAHIM HARUS DIPUJI

Kesempatan menonton TV sebelum tidur tidak saya lepaskan khususnya bagi mengikuti berita.

Dalam Nightline semalam saya sempat menyaksikan Datuk Zaid Ibrahim , Menteri di Jabatan Persana Menteri membuat kenyataan mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Zaid berpendapat ISA hendaklah dikhususnya bagi membendung aktiviti “terrorism” sahaja .Apa yang berlaku sekarang akta ini digunakan sewenang-wenangnya termasuklah mengambil tindakan terhadap penulis blog dan juga wartawan.

Zaid juga menyatakan kerelaan untuk berundur jika Pak Lah tidak bersetuju dengannya ataupun Pak Lah merasakan dia menimbulkan masalah.

Inilah sikap yang kita nak lihat daripada kalangan bijak pandai dalam Negara kita berani mengatakan yang benar walaupun ianya pahit.

Kita telah lama menyatakan ISA adalah undang-unang rimba yang perlu dimansuhkan kerana ianya banyak disalahgunakan oleh Pemerintah untuk kepentingan politik mereka.

Pak Lah dan semua pemimpin BN hendaklah sedar masyarakat sekarang telah celik politik dan bermaklumat bukan macam dua puluh tahun lampau. Mereka juga mengatakan kita telah maju, Negara kita setanding dengan Negara maju dan macam-cama lagi tapi pemikiran Pak Lah dan sebahagian besar pemimpin BN macam sepuluh tahun yang lalu juga.

Jika dak tidak memampu untuk berhadapan dengan masyarakat bermaklumat dalam era globalisasi ini baiklah mengudur diri atau bubarkan Parlimen dan adakan pilihanraya semua untuk membolehkan rakyat memilih pemimpin yang terbaik, InsyaAllah

Friday, September 12, 2008

Pak Lah “hypocrite”

Kita sekarang berada di fasa ke 2 Bulan Ramadhan al-Mubaraq. Dalam fasa ini seluruh umat Islam yang beriman dengan Allah SWT mengharapkan keampunan dari yang maha pengampun.

Apa yang menyedihkan saya ,munkin juga bagi seluruh umat yang prihatin ,di bulan yang penuh barakah ini kita melihat pemimpin nombor satu Negara memperlihatkan sikapnya yang “hypocrite”

Ini ternyata sekali apabila beliau membuat kenyataan dalam buletin utama pada 11 Septeber 08 dalam isu kenyataan yang berbau perkauman yang dibuat oleh Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera. Beliau menyebut soal keselamatan dalam Negara termasuk perlaksanaan ISA terserahlah kepada badan-bandan seperti Kementerian Dalam Negeri dan Polis .”Saya sendiri tidak boleh buat keputusan”

Manakala apabila Pak Lah mengulas mengenai tangkapan dibawah ISA yang dibuat keatas Raja Petra juga dalam Buletin Utama (pada 12Sept.08) beliau antara lain menyebut dalam soal penguatkuasaan ISA terserah kepada Kerajaan samada Tak Nak Beri Peluang lansung atau Nak Beri sedikit Peluang. Beliau juga menyebut beliau juga menentukan tindakan ini.

Kenyataan yang berbeza dalam menyatakan sikapnya dalam situasi yang berlainan jelas menunjukkan Pak Lah seorang pemimpin yang “hypocrite”


Pergolakan yang terkini dalam UMNO lebih memeningkan Pak Lah.
Muhyiden Yasin membuat kenyataan yang ikhlas dalam melaksanakan tanggunjawabnya meminta Pak lah memikirkan kembali tarikh peralihan kuasa.

Beliau juga menyebut kenyataannya berdasarkan pandangan banyak pihak jika tempuh peralahin ini terlalu lama mereka bimbang BN khususnya UMNO tidak akan dapat bertahan dalam PRU yang akan datang.

Najib pula mahu tempuh peralihan ini ditentukan oleh ahli-ahli parti melalui mesyuarat-mesyuarat bahagian.

Kedua-dua kenyataan di atas disiarkan dalam buletin umatama pada 12 sept.08

Dengan pergolakan ini nyatalah Pak Lah bukan saja tak mampu lagi memimpin Kerajaan Malaysia malahan nak memimpin BN dan UMNO pun dah tak mampu.

Lebih baiklah Pak Lah berundur secara terhormat .

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubaraq kepada seluruh Umat Islam khusus kepada pengunjung setia blog saya.

Semoga kehadiran Ramadhan yang dirindui ini memberi satu “momentum” yang baru untuk kita meneruskan perjuangan di bumi Allah ini.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a berkata : Telah bersabda Rasulullah SWT telah berfirman yang maksudnya;

“ Semua amalan anak Adam adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, ia adalah untukku dan akulah yang memberi ganjarannya. Puasa itu adalah perisai. Apabila seorang dari kamu berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah ia menjerit-jerit tidak menentu. Sekiranya seseorang mencelanya atau menyerangnya maka katakanlah: Sesungguhnya saya berpuasa . Demi (Allah) yang nyawa Muhammad di dalam genggamannya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum disisi Allah dari bau kasturi.Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan: Ketika berbuka ia gembira dengan hidangan berbukanya dan ketika bertemu Tuhannya ia akan gembira dengan puasanya.”

Akhirnya marilah kita sama-sama menyemarakkan bulan yang mulia ini dan berdoa agar beroleh Ketakaqwaan setelah melepasi Madrasah Ramadhan.

Saturday, August 30, 2008

Bajet 2009 : Bajet Pemulihan

Selepas Solat Jumaat semalam saya fikir sebahagian besar rakyat Malaysia menghabiskan masa di hadapan talevisyen mendengar pembentangan bajet 2009. Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap buget yang telah dibentangkan oleh Pak Lah itu.


Saya berpendapat tidak ada yang terlalu istimewa dalam bajet yang dibentangkan semalam.Pada saya ianya adalah satu ”bajet pemulihan” hasil daripada Sistem Pentadbiran Kerajaan yang tidak pro-aktif tetapi seringkali bertindak re-aktif dalam banyak hal.


Antara fokus utama bajet semalam ialah meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, bonus kakitangan kerajaan,membasi kemiskinan tegar, menaikkan kadar pencen minima pesara , mengecualikan bayaran bil letrik bagi isi rumah yang menggunakan bil letrik Rm 20 ke bawah.


Jika kerajaan BN prihatin terhadap nasib rakyat, dari dahulu lagi tindakan ini boleh diambil .Sejak Pak Lah jadi PM takkan dia tak mendapat laporan mengenai status pengangkutan awam. Kenapa beberapa hari sebelum hari pembuangan undi Pilihan raya kecil Permatang Pauh baru naik LRT meninjau keadaan perkhidmatan pengangkutan awam.


Pada tahun 2006 apabila minyak dinaikkan Rm 0.30 kerajaan telah melaksanakan penjimatan 4.3 billion untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam. Walaubagaimanapun kerajaan hanya membelanjakan Rm 834.75 juta sahaja, kenapa ini berlaku.

Pak Lah tak tau ke ini semua? Mustahil!!!!


Dato Sharir Samad pun pernah meninjau perkara yang sama selepas isu kenaikan minyak Jun lalu.

Apakah Pak Lah sengaja nak meraih simpati sehingga sanggup menjadi ”pelakun murahan ”

Apa juga tindakan yang di ambil untuk memulihkan suasana tidak akan dapat mengimbangi peningkatan kos sara hidup hasil dari kenaikan harga minyak yang mendadak yang memberi kesan yang sangat besar terhadap ekonomi negara.


Bonus kakitangan awam Rm 1,000 pada saya adalah suatu imbuhan yang telah lama dinantikan oleh mereka. Tidak ada apa yang terlalu istemewa . Diharapkan kakitangan kerajaan janganlah pula terasa ”termakan budi” yang amat sangat sehingga selepas itu apa yang kerajaan BN buat semuanya betul belaka. Penyelewangan yang berlaku dah tak berani nak tegur macam semasa mula-mula aku janji dulu. Bonus hanya diberi setahun sekali. Ada syarikat yang memberikan bonus kepada pekerjanya sampai setahun gaji.


TPM kata nak menghapuskan kemiskinan tegar pada tahun 2010. Ini satu lagi uasha pemulihan yang ”re-aktif” . Esok genap 51 tahun merdeka, miskin tegar masih belum selesai. Dimana bijak nya kerajaan BN .Apa mereka buat untuk membasmi kemiskinan selama ini. Belum lagi kita bincang soal kemiskinan relatif dan jurang kemiskinan.


Dalam bajet kali ini kerajaan memberi fokus kepada Sabah dan Serawak. Ini tidak lain tidak bukan dari untuk memulihkan imej BN dan meraik simpati rakyat Sabah dan Serawak .

Buget kali ini juga menyaksikan peruntukan untuk belanja mengurus yang terlalu tinggi iaitu RM 154.2 bil.berbanding belanja pembangunan hanya Rm 53.7 bil. Bagaimana pengurusan yang cekap terpaksa memperuntukkan bajet pengurusan yang terlalu tinggi. Adalah dibimbangi peruntukan yang begitu besar jika tidak dikawal dengan penuh amanah akan digunakan secara mewah , berlaku ketirisan dan seumpamanya.

Saya merasakan tiba masanya kerajaan bertindak lebih profesional dalam semua hal termasuk mengurus kewangan negara yang diamanahkan oleh rakyat.


Kemenangan Dato Sri Anwar di Peratang Pauh adalah satu isyarat dari rakyat yang menolak BN. Kerajaan yang ada jangan memandang sinis terhadap ”amaran dari rakyat ini” .

”Yang Benar akan Terserlah Juga Akhirnya, InsyaAllah”

Friday, August 29, 2008

31 OGOS MENJELMA LAGI


31 Ogos datang lagi. Tarikh yang dianggap keramat oleh sebahagian rakyat Malaysia. Pelbagai cara meraikan kemerdekaan dilakukan oleh rakyat Negara ini bagi menunjukkan penghargaan terhadap kemerdekaan.

Ada yang memacakkan bendera di halaman rumah , pada kenderaan dan sebagainya. Majlis-majlis tahlil lazimnya diadakan pada malam hari ulang tahun kemerdekaan.

Apa yang disebutkan tidak salah asalkan niat dan pelaksanaanya tidak menyalahi syariat.

Apa yang membimbangkan kita ialah Acara besar-besaran yang akan diadakan di Dataran Merdeka, di Ibu-ibu Negeri seluruh Malaysia menunggu “Count-Down” yang saban tahun dipenuhi dengan perhimpunan yang bebas, tidak terkawal dan tidak mengindahkan batas syariat.

Hasil dari pergaulan bebas ini setiap tahun kita mendapat maklumat terdapat salah laku melampau seperti minum arak, percumbuan malahan penzinaan di malam menyambut kemerdekaan.

Apakah kebanggaan kita menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang ke 51 jika masalah seperti ini masih berulang saban tahun.Ataupun inilah cara yang digemari “Islam Hadari”

Ingatlah, jika laknat Allah turun dia tidak mengenal siapa!!!

Bila lagi pemimpin negara nak sedar. Banjir yang tidak dijangka telah berlaku. Sunami telah menimpa sebahagian rakyat kita. Gegeran daripada Gempa Bumi telah dirasai satu masa dulu khuusunya di Janda Baik, Pahang .Tidak jauh dari Genting Highland.

Apabila Brunei menyambut ulang tahun kemerdekaanya dua tahun lepas SultanNya telah mengarahkan supaya tidak ada sebarang upucara huburan di buat sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara itu.

Negara kita lebih lama merdeka tetapi otak pemimpin BN masih Tak Merdeka.

Sesungguhnya kemerdekaan sebenar ialah ”Membebaskan diri daripada menjadi hamba kepada manusia kepada Menghambakan Diri Hanya kepada Pencipta( iaitu Allah).

Wednesday, August 13, 2008

PELAJAR UiTM BERDEMO MEMANG IKHLAS DAN PRIHATIN ATAU “DIPERALAT PIHAK TERTENTU”


12 Ogos, 08 , satu tarikh yng agak memeranjatkan bila satu bilangan besar pelajar UiTM berhimpun di hadapan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Ada yang mengatakan jmlahnya 5,000 orang .

Seorang Orang kanan UiTM dalam satu kenyataan dalam Buletin Utama pada 12 Ogos mengatakan jumlahnya 10,000 orang .Dia juga menyebut dia tidak mengarahkan pelajar turun berdemo.Kemudian beliau “mengistiharkan” beliau ada puluhan ribu lagi pelajar, puluhan ribu alumni dan berpuluh ribu “parents” kepada pelajar-pelajar. Apakah maksud ucapan itu?



Persoalannya kenapakah pelajar-pelajar UiTM yang jarang didengar keluar berdemo bersungguh-sungguh menentang pandangan MB Selangor itu. Sedangkan Pak Lah sendiri menyebut dia (Tan Sri Khalid ) tiada kuasa. Munkin hanya sebab yang memberi pandangan ini Tan Sri Khalid , MB Selangor dari Pakatan Rakyat.

Selain dari itu ,isu ini bukanlah perkara baru kerana satu masa dulu ini telah dicadangkan pada zaman Tun Mahadir. Malahan mengikut kenyataan Prof.Koo Khye Kim dalan Buletin Utama pada 13 Ogos ini telah dilaksanakan satu masa dulu cuma pada masa itu pelajar-pelajar cina tidak mahu mengambil peluang.

Kita berharap pelajar-pelajar UiTM jangan hanya peka dengan isu ini saja jika mereka benar-benar ikhlas untuk memperjuangakan nasib orang melayu. Dalam soal lain yang membabitkan nasib orang melayu jangan pula “menikus”.

Bagaimana dengan nasib orang melayu yang susah di kampung-kampung disebabkan kenaikan harga minyak.

Pergilah melawat ke kampung-kampung yang masih belum ada bekalan air paip walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka.

Bagaimana pula dengan nasib peniaga-peniga kecil melayu yang tertekan disebabkan kemasukan Supermarket ke bandar-banar dan pekan-pekan kecil.

Bagaiaman pula dengan isu ramainya peniaga-peniaga kecil melayu yang terpaksa berharap kepada “along” sebab susah mendapat pinjaman daripada instituisi-institusi kewangan kerajaan.

Bermacam persoalan lagi menanti di hadapan dan menuntut pembelaan. Diharapkan banyak lagi perhimpunan aman bagi memperjuangkan nasib orang melayu dianjurkan oleh pelajar UiTM dimasa akan datang walaupun terpaksa menyanggah kerajaan BN sendiri.
“Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit”

Tuesday, July 29, 2008

NOH JANJI TAMBANG BAS NAIK TAK TINGGI !!!


Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak pada 4 Jun 2008 yang lalu. Inilah hadiah dari BN yang terus mengekalkan pemerintahan di peringkat pusat .

Dato Shahrir semasa di tanya selepas mengumumkan kenaikan harga minyak menyatakan barang tak akan naik kerana sektor perniagaan mendapat subsidi diesel untuk pengangkutan.

Kenyataan ini telah menimbulkan tanda tanya ,apakah sebagai seorang menteri beliau tidak faham realiti perniagaan atau sengaja ”bercakap sedap” untuk mengelabui mata rakyat , menyedapkan hati rakyat atau nak memperbodohkan rakyat.

Apakah kos operasi perniagaan hanya melibatkan pengagkutan? Bagaiman dengan kos-kos lain.

Selepas pengumuman kenaikan harga minyak kita dapati harga barang melambung naik.

Mana janji Sharir yang kata harga barang tak naik.

Barang keperluan harian naik. Barang binaan naik melambung. Harga susu, roti , sayur-sayuran semuanya naik.Harga simen meningkat dari Rm 12.50 ke Rm 17.50 atau Rm 18.00 bergantung kepada tempat. Harga besi naik hampir sekali ganda.

Berita juga menyiar pusat peranginan dan chalet di Pulau Pangkor mengalami nasib malang apabila kerajaan memberhentikan penghantaran peserta-peserta kursus ke pulau tersebut.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan berita rayuan Persatuan Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) yang memohon untuk dipertimbangkan untuk mendapat kenaikan tambang 100 peratus.

Presiden PMBOA dalam satu kenyataan akhbar mengatakan pengusaha bas kini terhimpit berikutan kenaikan harga minyak.

Andai ianya diluluskan maka yang paling terbeban ialah rakyat yang berpendapat rendah. Ini adalah kerana mereka dari golongan ini yang banyak menggunakan pegangkutan awam seperti bas ekspress dan bas berhenti –berhenti.

Khabarnya kenaikan ini akan diluluskan sebelum Hari Raya Puasa tahun ini. FOMCA telah membantah cadangan ini. Sememangnya tindakan ini tidak wajar kerana akan membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi , Dato Noh Omar dalam kenyataan yang disiarkan dalam Nightline sebentar tadi (30.07.08) mengatakan permohonan kenaikan tambang 100 peraus adalah tinggi dan sudah pasti tidak akan diluluskan.

Kita minta Noh mesti setia dengan janjinya.

Kenaikan sebelum Hari Raya ini amatlah tidak wajar. Rakyat yang baru sahaja terbeban dengan kenaikan harga minyak janganlah ditambah lagi bebannya.

Mana bijaknya kerajaan UMNO/BN jika yang pandainya hanya menaikan harga minyak dan tidak mampu mengawal harga barang. Hasil dari kelemahan dalam merancang tidak bertindak pro-aktif.

Ibnu yasin

0030:27 Rejab 1429/30072008

Thursday, July 17, 2008

DEBAT HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN ESOK TURUN HARGA MINYAK : Datuk Ahmad Shabery Cheek Tidak Mampu Berhujah


Dedat terbuka agak baru dalam politik di Malaysia. Terkini rakyat Malaysia yang peka dengan isu semasa telah menyaksikan debat yang bertajuk”Hari ini Memerintah Esok Turun Harga Minyak diantara bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ,Datuk Seri Anuar Ibrahim. Manakala Kerajaan Malaysia diwakili Menteri Peneragan ,Datuk Ahmad Shabery Cheek. Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Johan Jaaffar menjadi moderator kepada debat tersebut.

Setelah sedekat tidak muncul di kaca TV (kecuali pemaparan peristiwa penahan beliau) ternyata DSAI masih mampu berhujah dengan dengan penuh yakin, tenang,tidak emotional, releven, mantap, berfakta beserta cadangan penyelesain yang logik dan praktikal.

Anuar menekankan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak menyebabkan rakyat khusus daripada golongan buruh, petani dan nelayan tertekan. Tidak terkecuali juga kakitangan kerajaan diperingkat bawah.

Beliau menjelaskan dengan fakta bagaimana penyelesaian terhadap kenaikan harga minyak boleh diatasi dengan dana yang besar yang diperolehi oleh kerajaan.
Pengurusan khazanah negara secara berhemah. Mengelakkan dari ketirisan dan pembasmian rasuah.

Penyelesaiannya bukan dengan mengorek keuntungan PETRONAS seperti digembar-gemburkan oleh BN, yang tidak faham-faham atau saja buat tak faham.

DSAI juga mengingatkan kepada audien, diveden lebihan yang diberikan oleh PETRONAS kepada kerajaan sejumlah RM 6 billion.

Beliau juga menyedarkan khalayak dan rakyat kenapa subsidi dilihat begitu negatif dan jijik. Kerana ianya untuk membantu golongan yang susah dan miskin? Walhal subsidi juga diberikan kepada pelabur asing seperti dalam bentuk pembinaan pelabuhan sebagai contoh. Tetapi dipanggil insentif.

Disamping itu kerajaan juga membelanjakan berbilion ringgit untuk menyelamatkan syarikat-syarikat crony (kuncu )tetapi dipanggil bill out.

Datuk Ahmad Shabery Cheek nyata gagal berdebat dengan kenyataan bersifat negatif dan tidak motivated.

Menyorot kembali sejarah kenaikan minyak dizaman lampau untuk lari dari kenyataan (escapism) .

Mengimbas kembali sejarah penubuhan PETRONAS di zaman Tun Razak. Kemudian menghentam Anuar kerana mengadakan demontrasi jalanan dalam Isu Baling.

Apa kena mengenanya dengan tajuk perbahasan. Anuar sendiri tidak menentang penubuhan PETRONAS sebaliknya Anuar turut memberi kredit kepada PETRONAS kerana pengurusan yang cemerlang. Ianya termasuklah usaha PETRONAS memperbanyakkan cari-gali di luar Malaysia.

Shabery memperlihatkan kelemahannya yang paling ketara apabila gagal menjawab soalan wakil Anuar, Zulkefli Sulong.

“Pada tahun 2006 apabila minyak dinaikkan Rm 0.30 kerajaan telah melaksnakan penjimatan 4.3 billion untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam. Walaubagaimanapun kerajaan hanya membelanjakan Rm 834.75 juta sahaja, kenapa ini berlaku.”

Shabery lansung tidak menjawab soalan ini. Gagal menjawab soalan beliau disebaliknya menceritakan inflasi di Venazula dan kejayaan kerajaan menurunkan harga beras.

Kegagalan beliau menguasai fakta walaupun berada dalam kerajaan membuktikan kelemahanya sebagai menteri penerangan.

Tidak mengusai medan perdebatan, hujah yang longar , tidak relevan, menyerang peribadi, keluar tajuk , mengelak dari kenyataan dan tidak konsisten dalam hujah , nyata menunjukkan beliau bukan saingan Anuar.

Perdana Menteri Malaysia , Pak Lah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang tidak berani berhadapan dengan Anuar telah melepaskan ”ayam sabung” yang nyata tidak mampu ke gelangang terbuka.

Apabila wakil mereka gagal dalam menyampaikan hujah mewakili kerajaan sepatunya PM kenalah mengarahkan Shabery meninggalkan kerusinya kerana itulah janji dan cabaan Shabery.

Jika Shabery memang ikhlas dan gentleman walaunpun PM tidak mengarahkan beliau turun , pandai-pandailah turun sendiri kerana beliau gagal dalam debat HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN ESOK TURUN HARGA MINYAK.

Selagi BN memerintah harga minyak tidak akan turun Shabery sila turun!!!

ibnu yasin

15 Rejab 1429

Wednesday, July 16, 2008

KECEMERLANGAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) JANGAN DICEMARI



Kehebatan, kecemerlangan , keterampilan dan keungulan Angkatan Tentetra Malaysia (ATM) tidak didapat dipertikai dari dahulu hinggi kini..Malahan (ATM) turut terbilang di persada dunia dengan penglibatan diperingkat antarabangsa.. Sejarah kecemerlangan ATM telah tersemat dilipatan sejarah sejak dari penglibatan ATM dengan misi pengaman di Congo lagi. Sejak saya dibangku sekolah Allahyarham ayahanda saya seringkali menceritakan kehebatan bebeberpa orang bekas tentera di kampung saya yang terlibat dengan misI pengaman di Congo.

Ini dikuti dengan misi-misi pengaman di bawah panji-panji bangsa-bangsa bersatu yang
mutakhir seperti “Malbatt” di Bosnia, misi di Somalia dan juga di Timur Leste.Syabas kepada ATM yang telah mengharumkan nama Malaysia.

Berbeza pula dengan rekod Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang dahulunya banyak kita dengar tentang kecemerlang tapi akhir-akhir ini telah banyak tercemar.

Dulu kita dengar juga tentang kehebatan semangat anggota polis dalam peritiwa Bukit Kepong umpamanya. Keterampilan Tan Sri Hanif Omar yang merupakan pegawai kanan PDRM yang terawal memliliki Ijazah Undang-Undang. Di zaman beliau juga PDRM meneribkan buku agama bertajuk Manusia dan Islam yang ditulis oleh Dato Dr.Harun Din.

Imej Pasukan Polis mula tercemar secara nyata selepas peristiwa ‘Mata lebam” Datuk Sri Anwar Ibrahim angkara Tan Sri Rahim Noor bekas KPN.. Kemudian daripada itu Anggota elit PDRM didakwa terlibat dalam kes pembunun Aatanthuya. dengan cara yang luarbiasa.

Hingga kini Imej Pasukan Polis Tidak dapat dipulihkan .Walaupun semua anggota polis diarahkan memakai lencana “anti rasuah” mulai beberapa tahun lepas ,masih rampai anggota polis ditankap kerana rasuah.. Baru-baru ini pegawai polis dituduh merogol. Sekarang anggota polis memakai lencana “Integeriti” walapun saya yakin masih ramai yang kurang faham secara mendalam maksud integeriti itu sendiri.

Kita dapat lihat Polis juga dipergunakan oleh Pimpinan Barisan National untuk mengukuhkan kuasa politik mereka. Polis digunakan untuk menyuraikan pehimpunan aman, menangkap penceramah yang berceramah agama dan berceramah politik walaupun di tempat yang dibenarkan disisi undang-undang. Polis yang menguatkuasakan undang-undang dan seapatutnya faham tentang undang –undang bertindak diluar batas undng-undang disebabkan akur kepada arahan orang politik

Baru-baru ini latihan bersamaa ATM dan PDRM diadakan selama 5 hari. Semasa membuat kenyataan dalam Buletin Utama pada 2 julai,08 Ketua Polis Negara, antara lain menyebut tujuan latihan bersama itu ialah untuk menghadapi sebarang ancaman yang makin mencabar akhir-akhr ini seperti demontrasi dan perhimpunan haram. Manakala Panglima ATM pula antara lain menyebut tujuan latihan itu ialah untuk menguji kemampuan berkerjasama antara kedua pasukan .

Persoalannya apakah PDRM telah tidak mampu untuk menyelesaikan kemelut yang ada hasil dari kelamahan kerajaan Barisan Nasional tanpa bantuan ATM..

Ataupun apakah Kerajaan BN telah menganggap keadaan Negara ini telah tidak terkawal dan terpaksa mengarahkan pihak ATM supaya membantu Polis untuk menentukan keadaan Negara terkawal, Walhal sepatunya Tentera hanya digunakan dalam keadaan yang darurat.

Apabila Ahli Parlimen Kubang Kerian YB Salahudin Ayub daripada PAS meminta supaya Isu Latihan Bersama PDRM dan ATM dibahas di Parlimen, ianya ditolak. Apakah latihan bersama ini mendapat kelulusan Kementerian.?.

Saya rasa ramai yang sependapat dengan saya khususnya bekas-bekas tentera yang mengharapkan ATM yang masih berwibawa, dihormati dan masih unggul tidak diperalatkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membantu dalam mengukuhkan kuasa politik mereka.
.
Jika dahulu ATM (khususnya pasukan Jurutera ) banyak terlibat dengan projek ”Jiwa Murni” , rumah orang miskin di kampong-kampung , membina jambatan gantung membina , surau dan sebagainya. Kenapa ini tidak diperbanyak dan dipererhebatkan..
.
Masih ramai orang-orang kampung yang daif perlu dibantu.. Banyak lagi kampung-kampung yang tidak mempunyai bekalan air paip Mereka menanti-menanti kehadiran sesiapa jua untuk membantu. Keaajaan hanya perlu menyedikan bahan binaan untuk membolehkan Pasukan Tentera melaksanakan projek ini.. Mereka telah mempunyai peralatan yang lengkap dan anggota yang mahir. Bukan setakat membina rumah
membina jambatan dan membuat jalan raya pun boleh. Amat sesuai dilaksanakan masa kini. Apatahlagi dimasa harga bahan binaan melambung tinggi.

Jika semua orang kampung dah ada rumah yang elok, boleh teruskan dengan projek pembinaan sekolah , dewan orang ramai ,surau di kampung-kampung dan sebagainya. Boleh mejimatkan banyak wang kerajaan, Takkanlah Menteri Pertahanan dah tak boleh nak fikir ini semua. Soal menjaga ketenteraman awam padanlah PDRM yang ada. Macam macam unit yang ada, FRU, PGA, UTK. , CID,dll. Katanya terlatih , terhebat di dunia dan macam-macam hebat lagi,tak perlulah minta bantu ATM.

Janganlah hendaknya ATM diheret bersama untuk memastikan kekuasaan politik parti yang memerintah dapat dikekalkan. Kreadibiliti dan integeriti ATM hendaklah dipertahankan. ATM mesti dan “wajib” dibebaskan dari terseret dalam kancah pertaurngan politik yang makin sengit.. BN yang telah hilang punca dalam pertarungan akan menggunakan apa saja yang terfikir dikepala pemimpin mereka walaupun dengan apa cara sekalipun.

Setiap instituisi dalam kerajaan diwujudkan dengan visi dan misi yang tersendiri . Biarlah penghkususan yang telah ditetapkan mempermudahkan perlaksanaan tugas masing-masing . “Profesionalisma teras kejayaan.”

Mazlan bin Mohamed Yasin

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP