Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, June 22, 2009

PERISTIWA BERSEJARAH DI BUKIT KEPONG

14, Jun yang lalu saya bersama keluarga menghadiri majlis kenduri meraikan pernikahan anak saudara isteri saya di Kg.Renchong, Pagoh.


Dalam perjalanan balik, kami tid
ak melepaskan peluang untuk singgah melihat Tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong.

Disinilah tempat terkorbannya 23 orang anggota polis mempertahankan kedudukan mereka di Balai berkenaan walaupun akhirnya bangunan balai itu dibakar oleh kominis.

Itulah diantara beberapa contoh pengorbanan anggota polis di zaman itu.


Teringat juga cerita arwah mertua saya Sub-Inspektor Ghazali Hj.Rais (3713) pernah mohon tukar bertugas ke Pasukan Polis Hutan (Field Force) kerana takut terlibat dengan rasuah jika bertugas dengan polis tugas am (general duty) kerana katanya di dalam polis tugas am "rasuah dah jadi budaya".

Nak terima mudah, tak nak terima susah ...malahan ada rasuah bentuk bulanan.

Dalam Pasukan Polis sekarang budayanya macam manas????
Katannya profesional , masalah "PATI" lari dari kem tahanan tak selesai !!!!!

Sebuk nak pantau "ceramah"!!!
Apa masalahnya !!!!!

Wednesday, June 17, 2009

KEMBALINYA SEORANG SYAHABAT

Haji Abu Hassan bin Mohamed al-Rawa (gambar semasa allahyarham menghadiri Bengkel Pengurusan Strategik Pas Kaw Lipis,pada15 Feb., 2009) ,Setiausaha PAS Kawasan Lipis telah pulang ke rahmatullah malam tadi di Hospital , Kuala Lipis.

Saya telah menerima berita kematiannya melalui "sms" daripada SU BPPNP Sdr. Roslan Zainal pada jam 10.04 minit malam ,17 Jun,2009.

Permergiannya merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS Kawasan Lipis malahan tidak keterlaluan jika saya katakan satu kehilangan kepada PAS Pahang.

Allahyarham yang semasa hayatnya bertugas di RTM Pahang sebagai Juruteknik banyak menyumbang kepada PAS Pahang dalam bidang “ICT”.

Sebelum bergiat dengan PAS beliau aktif dalam ABIM di Kuantan.

Allahyarham juga telah dilantik sebgai Penyelaras Akademi Latihan PAS Pahang (ALiPP) bagi Zon Barat.

Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah semasa Program Perasmian Bangunan PAS Pahang di Temerloh pada 09.06.2009 yang lalu. Sebelum itu pernah bersama dengan beliau semasa bertugas di PRK Bukit Gantang. Bersama dengannya melakar Pelan Lokaliti “Jalan Kg.Dew” .

Senyumannya masih terbayang dalam ingatan. Seorang yang bersedahana dalam banyak hal ,mudah mesra, tekun dan penyabar. Itulah memori yang tersimpan sejak berkenalan dan terus menjalin persyahabatan.

Semoga roh allahyaram di tempat bersama para pejuang dan syuhada, Ameen

Tuesday, June 9, 2009

SEDUTAN UCAPAN YAB TUAN GURU DATO NIK AZIZ BIN NIK MAT ,MURSYIDUL AM PAS MERANGKAP MENTERI BESAR KELANTAN

Berikut adalah sudutan ucapan Yab di Tapak Kompleks Tarbiyah Pas Pahang di Kerdau, Temerloh pada 9 Jun 2009, yang sempat saya catit . Semoga memberi manfaat kepada kita semua , InsyaAllah

Mukadimah

Ceramah yang kita adakan pada malam ini sama jugalah seperti khubah pada setiap hari jumaat Cuma tempatnya sahaja berbeza. Oleh itu dalam ceramah penekanannya juga hendahlah meramkumi 5 perkara;
1. Ucapan Alhamdulillah , syukur kepada Allah
2. Selawat kepada Nabi
3. Mengingatkan kepada bertakqwa kepada Allah
4. Memetik /membaca Ayat Al-Quran sebagai peringatan dan pengajaran
5. Doa kepada kaum muslimin dan muslimat samada yang telah hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Keutamaan Pembangunan Rohaniah
• Di dalam Islam kita lebih mengutamakan pembangunan Rohaniah
• Allah mengajar manusia dengan memulakan dengan wahyu yang pertama kepada Nabi
Muhammad dengan menurunkan Ayat Iqra’. Ilmu yang benar mesti berlandaskan ajaran
yang diwahyukan melalui Nabi @ RasulNya

Amar Maaruf Nahi Munkar
• Untuk menjaga agama dua perkara yang perlu ditekankan ialah ;
i. Suruh
ii. Larang

Inilah yang perlu ditekankan samada oleh seorang ibu kepda anak-anaknya ataupun oleh pemerintah kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Jika ini tidak dilaksanakan dengan betul maka rosaklah sesebuah masyarakat.

Islam telah berkembang di Negeri Cina lebih-kurang 1,200 tahun yang lalu. Cina telah menerima suntikan Roh Islam jauh lebih awal daripada kita di Malaysia.

Oleh itu tidak ada sebab kenapa kita takut untuk menyampaikan Islam kepada bukan Islam di Malaysia. Masalahnya bila kita nak laksanakan hukum Islam di Malaysia seperti perlaksanaan hudud yang sebuk menentang bukannya orang cina atau orang India tetapi orang Melayu yang mengaku Islam.

• Islam dan Melayu adalah dua perkara yang berbeza. Islam boleh dimiliki oleh semua orang bukan sahaja orang Melayu. Di masa akan datang kita nak tenguk Pas dipimpin oleh Cina Islam . Dewan Ulamak ada Ulamak dari kalangan orang Cina.

Tingkatan Kejadian Makhuk

Makhluk yang dijadikan Allah dibahagian kepada tingkatan kejadian;

i. Batu-batan: kaku dan tidak bergerak
ii. Tumbuhan: Hidup dan tidak bergerak
iii. Haiwan: Hidup, bergerak, bernafsu tetapi tidak berakal
iv. Manusia: Hidup , bergerak , bernafsu
v.
Makanan Jasad dan Roh

• Jasad memerlukan makanan seperti nasi ,air dan lain-lain .Doktor adalah pakar yang boleh menasihatkan menusia untuk kebaikan jasad.
• Seperti juga jasad, Roh memerlukan makanan
• Makanan Roh ialah Zikrullah
• Roh perlu dibajai dan jaga dengan batas halal dan haram
• Nabi diturunkan untuk memberi panduan dalam hal berkaitan dengan Roh
• Maklumat melalui akal tidak mestinya betul kerana akalnya terbatas

Ikhlas dalam semua aspek

• Kita perlu ikhlas dalam semua perkara
• Jika kita ikhlas balasannya adalah pahala
• Ikhlas adalah dari ajaran Islam
• Orang yang tidak faham dan mendalami ajaran Islam tidak munkin dapat melaksanakan
konsep Ikhlas kerana tidak mendapat panduan dan jalan yang betul.
Contoh ;nak bina masjid guna duit hasil loteri kebajikan ,mana boleh

Mati bukan kesudahan

• Ingatlah mati bukan kesudahan
• Orang yang telah mati akan dibangkitkan semula dan dipersoalkan segala amalnya didunia
• Inilah “kertas-kerja”Allah. Allah mampu melaksanakan segala-galanya

Tindakan untuk berdakwah

• Tindakan kita ialah mesti berdakwah kepada semua orang dengan 3 pendekatan

i. Berdakwah ke jalan Tuhan
ii. Berdakwah dengan hikmah
iii. Jika berlaku perbezaan pendapat, berbahaslah dengan cara yang paling baik

Catatan: Tuan Guru sebelum itu pada petangnya telah merasmikan Bangunan Pas Pahang di Bandar Temerloh yang taelah dibeli dengan harag Rm 500,000.

Ceramah beliau di Tapak Kompleks Tarbiyah PAS Pahang telah dihadir oleh lautan manusia yang padat memenuhi tapak kompleks.

Turut menyerikan majilis pada malam itu ialah penyampain cek kepada waris-waris pencarum skim Dana Takwa Etka Takaful .

Pada malam itu juga beberapa orang penderma telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos pembelian bangnan Pas Pahang yang dibeli tanpa meminjam dari mana-mana instituisi kewangan.








Sunday, June 7, 2009

“AMANAT “ PRESIDEN SEMASA PENGGULUNGAN PERBAHASAN UCAPAN DASAR



Kesempatan penulis mengikuti Muktamar Tahunan ke 55 Parti Islam Se Malaysia (PAS) adalah dirasakan satu yang sangat berharga.
Pada keseluruhannya penulis merasakan perjalanan muktamar kali ini sangat baik dan sememangnya dapat diperlihatkan banyak peningkatan khususnya dari sudut pengurusan dan pengacaraan majlis.

Walaubagimana sedikit kelemahan yang ketara ialah dari sudut “pembesar suara” ,dimana tidak dapat didengar dengan jelas oleh pemerhati yang berada di bahagian atas sebelah kiri dan kanan dewan.

Munkin disebabkan ini juga sebahagian kecil pemerhati muslimin mengintai tempat yang lebih sesuai di bahagian belakang dewan /atas yang sepatutnya hanya ditempat untuk pemerhati muslimat.

Pihak keselamatan yang bertugas nampaknya tidak mampu mengawal keadaan ini kerana “pemerhati muslimin yang degil” duduk di kawasan muslimat kerana mereka juga punya alasan iaitu nak cari tempat yang yang sesuai (dapat dengar dengan jelas). Mudahan ini dapat diambil kira dan diperbaiki di masa akan datang.

Izinkan saya berkongsi ringkasan ucapan pengulungan Dato Sri Presiden yang sempat dicatat . Mudahan mendapat manfaat bersama.

Pada hemat penulis ucapan pengulungan Yb Dato’ Presiden boleh diangap satu amanat yang perlu diteliti dan seterusnya diimpelentasikan oleh pimpinan, ahl,i malahan penyokong PAS.

Sedutan Ucapan penggulungan Yb Tuan Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang


Mukadimah

• Islam adalah deen yang sempurna selain dari Islam tidak sempurna.
• Islam adalah nikmat yang cukup. Selain dari adalah tidak cukup dan kekurangan.
• Matlamat kita adalah untuk mendapat kerdhaan Allah SWT
• Kita berada dilandasan yang kukuh berlandaskan Islam yang telah berjaya membina tamadun manusia.

Krisis Global

Berlakunya krisis ekonomi sekarang ini yang didahului pelbagai krisis sebelumnya termasuklah krisis moral, krisis nilai, krisis keluarga dan belbagai lagi adalah berpunca daripada kegagalan sistem yang berpaksikan sikularsima.

Panduan bagi menjayakan gagasan yang kukuh

• Kita mempunyai panduan yang kukuh berlandaskan;

• Wahyu dan hikmah ; hikmah termasuklah Sunah Rasulullah, professional dan petani yang berpengalaman.

Kekuatan kita yang berjuang atas nama Islam ialah kerana kita punya perkiraan dosa dan pahala.

Modus Operandi

Dalam gerak-kerja kita perlulah menitikberatkan beberpa perkara ;

• Kita juga perlu menyelamatkan orang lain
• Kita mesti mengajak atau berdakwah kepada orang lain

. Kita juga mesti ingat kita sentiasa ada musuh. Disamping kita mesti mampu mengenalpasti musuh yang sebenar dan musuh direka dan dicipta

Uslub

Dalam usaha kita meneruskan perjuangan ,kita menggunakan pelbagai kaedah yang dibenarkan. Oleh sebab itulah kita mengambil pendekatan;

• Mewujudkan kelab penyokong Pas yang terdiri dari rakan-rakan non-muslim
• Tahaluf Siasi : Kita bergabung dengan rakan dalam Pakatan Rakyat dan akan
diperkokohkan.
• Muzakarah
• Debat : termasuklah menghantar wakil ke dewan parlimen
• Mawajahah silmiah: meneruskan pendekatan dengan melibatkan dalamproses demokrasi yang dibenarkan.

Pegangan Kita

• Takwa
• Ketaatan dan Wala’ (dalam semua hal selagi tidak ada kemasiatan)
• Strategi ( termsuk aspek keterbukaan dan kerahsiaan)
• Biah ( Biah ahli dan juga kepimpinan)

Akkhirnya beliau mengingatkan bawaha perjuagan adalah berlandaskan wawasan dunia dan akhirat dan perjuangan ummah.

Wednesday, June 3, 2009

PEMBINAAN PASUKAN YANG MANTAP



Pembinaan Pasukan Kerja yang mantap sangat penting untuk semua bentuk organisasi.
Syarikat-syariakat korporat sangat mementingkan kursus sedemikian. Mereka memastikan semua staff mereka disemua peringkat mengikuti kursus teambuilding.

Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset ini pengendalian kursus tidak diabaikan.

Sewajarnya organisasi politik, ngo maupun jabatan kerajaan mengambil berat soal latihan untuk kemantapan organisasi mereka.

Pasukan kerja yang sefahaman dan mantap serta bekerja menuju ke arah satu visi dan misi akan memunkin kelicinan gerak kerja dalam memacu kejayaan, InsyaAllah

Pada minggu lepas penulis telah mengendalikan satu kursus pembinaan pasukan untuk se buah syarikat yang terkemuka di Malaysia.

Monday, June 1, 2009

80 Peratus Projek Pembinaan dibawah pengawasan JKR gagal di siapkan: Salah Siapa?

Buletin Utama TV 3 Jam 8.00 malam sebentar tadi menyiarkan tentang kegagalan projek di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya disiapkan sepanjang tahun ini sebanyak 80 peratus.

Manakala 9 Projek Bangunan Sekolah Rendah dan 54 Banguan Sekolah Menengah diseluruh Malaysia terbengkalai.

Masalah projek tidak dapat disiapkan dalam masa ditetapkan bukan perkara baru di Negara Malaysia ini. Begitu juga dengan masalah projek gagal disiapkan dengan sempurna dan tidak mengikut spesifikasi .Akiatnya ada yang , runtuh dan sebagainya .

Persoalanya semuanya ini berpunca dari mana? (What are the root causes?)

Siapakah punca utama kepada masalah ini?

Menteri yang berkenaan dalam Buletin Utama mengingatkan pegawai-pegawai JKR walaupun masalah ini datang dari mana sekalipun termasuk pihak berkuasa tempatan , JBA dan sebagainya orang tetap nampak JKR yang salah.

Beliau bersungguh-sungguh benar mengingatkan kepada pegawai-pegawai kanan JKR supaya menjaga imej JKR.

Penulis berpendapat antara faktor lain yang menyebabkan kegagalan projek ini yang tidak disentuh oleh menteri berkenaan ialah ;

i. Pemilihan pemborong yang melibatkan campur tangan orang politik

ii. Projek yang diberi secara runding terus kepada pemborong-pemborong dari kalangan kroni

iii. Orang politik yang "mengali-babakan" projek

iv. Campurtangan orang tertentu dalam penyeliaan projek. Menyebabkan penyelia tapak projek tidak boleh buat apa-apa kepada kontraktor yang “kebal”

v. Projek yang dimiliki oleh orang politik yang disubkontrakan hingga beberapa tahap .Akhairnya sub-kontrak yang melaksanakan projek tidak mampu melaksanakannya kerana harga yang terlalu rendah

Selain dari mengingatkan pegawai-pegawai kanan JKR Menteri berkenaan mestilah mengingatkan semua pihak terlibat secara lansung atau tidak lansung dengan beberapa perkara di atas.

Amalkanlah prinsip Kepimpinan Melalui Teladan , jangan jadi ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP