Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Sunday, March 8, 2009

PEMIMPIN BN HANYA FAHAM BAHASA “DEMONSTRASI ”




Pemimpin kerajaan dan polis marah bila rakyat buat perhimpunan ataupun mengadakan demontrasi.
Sebenarnya semua orang jika boleh nak menyesaikan apa-apa isu termasuk PPSMI di meja rundingan .
Walaubagaimana dalam apa isu pun termasuklah isu PPSMI Kerajaan BN buat tak tau saja jika kita bercakap dalam bahasa yang lunak dengan penuh hurmat . Sebagai contoh dalam isu PPSMI dah berapa ramai tokoh bahasa menyampaikan pandangan dan hujah mereka bahawa PPSMI tidak releven termasuklah Profesor Bahasa yang terkenal namun Kerajaan buat tak faham saja.

Ketua Polis Negara kata dalam Star “ They are not fighting for democracy but are demo carzy”
Wahai Musa, fikirlah dengan otak yang waras tidak ada manusia yang waras gila nak berdemontrasi di jalan raya tapi bila pemimpin BN hanya faham BAHASA DEMO “kami” dan “sesiapa” jua yang berjuang untuk masa depan agama, bangsa dan Negara tidak ada pilihan lain selain dari turun ke jalan raya walaupun terpaksa berhadapan dengan polis yang “crazy”.

Jika tidak kerana perjuangan siapa yang nak mandi air “water canon” dan “bernafas dengan asap gas pemedih mata “ yang dilepas oleh polis yang “gila” dan tak berperi kemanusiaan itu.

Siapa yang boleh mengatakan polis khususnya FRU dan SB “ada otak ‘ jika peserta demontrasi yang dah masuk ke dalam kawasan masjid pun di tembak dengan gas pemedih mata. Alasannya kita nak berkubu dalam masjid. Kenapalah sampai gelap hati begitu sekali . Orang balik ke masjid kerana perhimpunan talah ditamatkan dan akan menunaikan solat asar.

Bila dah ada perhimpunan besar-besaran macam ini barulah Pak Lah minta isu ini di selesaikan segera.
Namun Hishamudin masih nampak nak tunjuk keras kepala. Mahyudin pula kata UMNO pejuang bahasa. Itu munkinlah UMNO dulu .Sekarang UMNO baru, dalam era baru yang banyak berjuang untuk kumpul harta.

Pak Lah sebagai PM perlu bertegas jika memang iklas jangan sekadar menyedapkan telinga mendengar sahaja demi masa depan Bangsa Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu yang tercinta.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP