Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Sunday, August 29, 2010

JABATAN PILIHAN RAYA PAS PAHANG ADAKAN TAKLIMAT PRA PILIHAN RAYA KE 13 (PRU 13)


Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang telah mengadakan satu taklimat khusus untuk Pengarah dan Setiausaha Jentera Pilihan Raya Kawasan dan DUN bagai menghadapi PRU 13 yang besar kemunkinannya akan diadakan pada tahun hadapan.



Majlis taklimat yang diadakan pada 28 ogos lepas telah dihadiri

lebih kurang 50 orang peserta dari seluruh negeri Pahang.


Majlis telah dimulakan dengan Slot

motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Embong, Timbalan

Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.


Taklimat Gerak Kerja Pilihan Raya telah disampaikan oleh En.Abdul Majid Hassan, Pengarah JPN PAS Pahang.


Majlis diikuti dengan sesi perbincangan dan bertukar pandangan diantarta peserta

dan Jawatan Kuasa Harian JPN PAS Pahang.


Diakhir program peserta telah diberi peluang untuk membuat

penilian (muhasabah) secara lisan dan juga bertulis bagi membolehkan JPN me

laksanakan tindakan yang sesuai bagi mempertingkatkan gerak kerja bagi mendepani PRU 13
.

Sunday, August 22, 2010

JABATAN PILIHAN RAYA PAS PUSAT ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Jabatan Plihan Raya PAS Pusat (JPP) telah mengadakan Majlis Jamuan Berbuka Puasa di Brisdale Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas.


Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara Ahli Jawatan Kuasa JPP dan Pengarah-Pengarah dan Setiausaha-setiausha Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) dari seluruh negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut Yb Haji Salahuddin Ayub , Naib
Presiden PAS.

Sebelum daripada itu telah berlansung mesyuarat Jawatan Kuasa JPP dan Mesyuarat Majlis Setiausaha JPP di Pejabat Agung PAS.

Majlis yang serdahana dan santai tersebut amat menarik dan diharapkan dapat memberikan satu motavasi kepada semua yang
terlibat di semua peringkat.

Wednesday, August 18, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah ra.berkata:Telah bersabda Rasulaullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:

“Semua amalan anak Adam adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, ia adalah untukku dan akulah

yang memberikan ganjarannya.

Puasa itu adalah Perisai. Apabila seorang dari kamu berpuasa maka janganlah berkata kotor dan

janganlah menjerit-jerit tidak menentu.

Sekira seseorang mencelanya atau menyerangnya maka katakanlah “Sesungguhnya saya berpuasa”

Demi (Allah) yang nyawa Muhammad di dalam genggamannya bau busuk mulut orang yang berpuasa

itu adalah lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.

Bagi orang yang berpuasa itu adalah dua kegembiraan: Ketika berbuka puasa ia gembira dengan

hidangan berbukanya dan ketika bertemu Tuhannya ia akan gembira dengan puasanya.”

Antara perkara yang perlu diusahakan oleh seluruh umat Islam yang berpuasa terutamanya yang

mengabungkan diri dengan perjuangan Islam dalam Haraqah Islamiah :

i. Solat Tarawikh, witir dan Qiamullail hendaklah dilaksanakan setiap malam.

ii. Menamatkan bacaan Al-Quraan sekurang-kurangnya 30 juzuk sepanjang bulan Ramadhan.

iii. Menunggu lailatul Qadar .

iv. Memperbanyakkan sedekah.

v. Mengajak orang berbuka puasa.

vi. Memberi sumbangan kepada fakir miskin.

vii. Berusaha menjauhkan diri dari melakukan segala dosa termasuk dosa mata, dosa hati ,dan lain-lain bentuk dosa.

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah jika diizinkan besuk Rabu ,11 Ogos 2010 kita akan berada di hari pertama Bulan Ramadhan 1431 Hijriah. Umat Islam diseluruh dunia akan berada di hari pertama berpuasa Ramadhan tahun ini.


Seluruh umat Islam yang masih dipanjangkan umur harus bersyukur kerana dapat bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini.


Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari menyebut:

“ Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu langit (dalam riwayat yang lain “pintu Syurga”) ditutup pintu nearka dan dibelengu syaitan”

Imam al-Bahaiki pula telah meriwayatkan sebuah hadis dari Jabir katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Ramadhan telah datang kepada kamu. Ini adalah bulan yang Allah SWT memenuhkannya dengan keberkatan, menurunkan rahmat padanya, memadamkan kesalahan, memaqbulkan doa, menunggu mereka yang berlumba melakukan kebajikan dan malaikat Allah berbalah mengenai kebajikan kamu. Maka tunjukkanlah kepada Allah kebaikan, kerana orang yang celaka ialah mereka yang tidak mendapat rahmat Allah SWT dalam bulan tersebut.”



Seorang penyair berkata:

“Datanglah bulan Ramadhan sebagai tempat untuk bercucuk tanam seorang hamba bagi menyucikan hatinya dari kerosakan”

“Maka tunaikanlah haknya dan bawakanlah ia sebagai bekalan untuk akhirat”

“Sesiapa yang menanam bijian tetapi ia tidak menyiramnya akan menyesal ketika tiba musim menuai”


Oleh yang demikian, marilah syahabat-syahabat sekalian ,khususnya kita yang berada dalam Haraqah Islamiah ,berazam meningkatkan amal kita dalam bulan Ramadhan tahun ini , Ameen.

Tuesday, August 3, 2010

PROGRAM GERAK SEDIA JENTERA PILIHAN RAYA (GSJPr) & PROGRAM GERAKAN PENDAFTARAN PEMILIH (PGPP) KAWASAN PAYA BESAR & INDERA MAHKOTA BERJALAN LANCAR


Walaupun bertembung dengan beberapa program besar PAS Pahang Program GSJPr dan PGPP telah berjalan dengan lancar pada hari Ahad 1 Ogos yang lalu.

Program yang telah dirancang oleh PAS Pahang ini bertujuan mengerakkan Jentera Pilihan Raya di semua peringkat bagi menghadapi PRU 13 yang besar kemunkinannya akan diadakan pada pertengahan atau penghujung tahun hadapan.

Pada kali ini Kawasan Paya Besar telah mengerakkan program ini ke DUN Panching dan Sg.Lembing manakala Kawasan Indera Mahkota hanya menumpukan ke DUN Beserah. Pelbagai program diadakan termasuklah BBQ, Dikir Barat dan Tayangan VCD.

Kawasan pembantu dari hampir seluruh Negeri Pahang telah turun menjayakan program ini.

Kawasan Pekan, Bentong , Lipis,Raub dan Kuala Krau telah di tempatkan di Kawasan

Paya Besar manakala Kawasan Rompin, Bera, Temerloh dan Kuantan telah membantu di Kawasan Indera Mahkota.

Turut hadir bagi melihat dengan lebih dekat perjalanan program ini ialah Tuan Haji Nasir ,Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP