Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Thursday, December 31, 2009

HADIAH TAHUN BARU : HARGA GULA NAIK 20 SEN & ROTI PUTIH DIKELUARKAN DARI SENARAI BARANG KAWALAN


Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan "hadiah tahun baru" dari "Kerajaan Prihatin, Rakyat Didahulukan" iaitu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikan harga runcit baru gula di semenanjung Rm 1.65 sekilogram manakala di Sabah dan Serawak Rm 1.75 sekilogram.

Bukan itu sahaja ,seperti kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan ,Datuk Mohd.Zain Mohd.Dom yang disiarkan dalam akhbar-akhbar hari ini kerajaan menarik balik subsidi bagi roti putih dan mengeluarkannya daripada kawalan. (Berita Harian ,Jumaat 1 Januari 2010 m.s 6), The Star Friday 1 Jan 2010 , muka hadapan)

Setiap kali kenaikan barang berlaku pihak kerajaan akan membandingkan dengan harga barang di negra lain. Dengan ini diharapkan rakyat akan berpuas hati dengan hujah yang diberikan.

Di manakah letaknya strategi kerajaan bagi menentukan barang-barang keperluan utama ini dapat dikekalkan pada harga yang tidak membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Bagaimana dengan strategi pertanian setelah 50 tahun lebih merdeka masih gagal membekal bahan mentah yang utama tanpa bergantung kepada import.

Apa yang membimbangkan kita ialah kesan berangkai dari kenaikan harga gula akan menyebabkan semua produk yang menggunakan gula akan meningkat. Walaupun kementerian berkenaan berjanji akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan peniaga makanan dan pemilik restoran tidak menaikkan harga makanan sesuka hati , kita tidak begitu yakin ini boleh dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan pengalaman yang lalu.

Apa yang nyata "rakyat didahulukan" dalam menangung beban hasil dari tindakan kerajaan yang tidak bijak dalam merancang ekonomi, ketirisan , rasuah dan pelbagai lagi.

HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN STAF PEJABAT BADAN PERHUBUNGAN PAS PAHANG DIRAIKAN

Bersesuaian dengan tekad
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP)
yang ingin membudayakan Pengurusan Moden yang
Islamik dan contemporay antara aspek yang mesti dititikberatkan ialah penghargaan(appreciation).

Jasa dan kesangupan kakitangan tetap yang berkhidmat dengan PAS yang tidak mengenal penat dan lelah perlu dihargai.

Bagi memulakan budaya ini, Hari Ulang tahun Kelahiran salah seorang petugas tetap di Pejabat Badan Perhubungan, Cik Rodziah binti Ziz telah diraikan dalam majlis yang simple tetapi sangat bererti pada hari ini 31 Disember 2009
di bilik mesyuarat BPPNP.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh,Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Cikgu Abdul Majid Hassan.

Turut hadir dalam majlis tersebut , Setiausaha BPPPNP,Sdr.Roslan Zaianl al-Ahmadi,Bendahari BPPNP ,Sdr.Musanif Abd RAhman dan beberpa orang ahli Jawatan Kuasa Pemamdu Pelan Induk PAS Pahang.

Sunday, December 20, 2009

AHLI POLITIK BN PAHANG CEROBOH TANAH


Kenyataan Tan Mohd.Aminudin Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Ehwal Felda Pahang mengenai tindakan ahli-ahli Politik yang tamak menceroboh Tanah Kerajaan di Negeri Pahang (yang sudah pasti dari BN sebab Kerajaan BN berkuasa di Pahang.) tidak boleh dipandang remeh.

Beliau mendedahkan kepada Sinar Harian hari ini 21 Dec.,2009 seluas 5,500 hektar tanah di Pahang telah diceroboh. Sebenarnya ini bukan satu perkara baru.

Selain dari itu kita juga mendapat maklumat ada pihak yang berkepentingan yang bersekongkol dengan ahli-ahli Politik BN di Negeri Pahang telah menjual tanah Simpanan Melayu kepada pihak luar. Kita berharap pihak berwajib khususnya pemimpinan kerajaan Pahang perlu mendedahkan juga perkara ini.

Setiap penyelewengan yang berlaku kononnya tindakan akan diambil kepada pihak yang bersalah. Namun lazimnya hanya janji tinggal janji.

Kadang-kadang yang bercakap nak mengambil tindakan itulah "Naga' macam mana nak bercakap pasal "Buaya"

Thursday, November 26, 2009

KEPENTINGAN MEMBINA PASUKAN YANG MANTAP


Membina pasukan yang mantap sangat penting bagi sesebuah organisasi.

Pasukan yang mantap dapat menyumbang kepada produktiviti sesebuah organisasi samada sebuah syarikat perniagaan, badan bukan kerajaan, badan politik dan sebagainya.

Konsep pembinaan pasukan yang diamalkan oleh syarikat korporat , syarikat antara bangsa berkait rapat dengan konsep "amal jama'iyy" dalam gerakan Islam.

Penulis telah mengendalikan satu kursus pembinaan pasukan (team building) untuk se buah syarikat antara bangsa yang terkemuka dari Negara India di Pulau Langkawi baru-baru ini.

29 orang peserta dari pelbagai peringkat telah didedahkan dengan falsafah pembinaan pasukan dan pelbgai aktiviti bagi membolehkan peserta memahami kepentingan kerja berpasukan dengan pendekatan pembelajaran melalui pengalaman ( experiential learnaing).

Tuesday, October 13, 2009

POLIS JADI "ALAT BN" DI PRK N31 BAGAN PINANG

PRK N31 yang penuh dengan insiden yang tidak diingini berpunca dari penampilan BN macam dalam tahun 1960an. Bukan bertanding dengan mengemukan hujah secara intelektual tetapi menggunakan fizikal dan tindakan melampau dan "tidak siuman"


Dilapurkan penggundi bukan sahaja disogok malahan diugut.

Paling menyedihkan Pasukan Polis nyata telah menjadi alat yang utama bagi membantu ke arah kemenangan BN.

Dalam banyak insiden pergaduhan yang berpunca dari "gangster" BN, polis tidak bertindak .
Bendera PAS dibakar di tempat Polis Trafik bertugas 24 jam.

Pada malam sebelum Pilihanraya Penulis melihat sendiri pegawai-pegawai polis digunakan untuk menakut-nakutkan petugas PAS.

Pada pagi hari menggundi difahamkan Ketua Polis Negeri sendiri turun padang .Beliau mengarahkan khemah tempat berteduh petugas PAS Pahang dibuka . Malahan lebih teruk dari itu beberapa orang ahli kelab penyokong PAS diarahkan supaya
"membuka baju" yang terdapat lambang PAS.

Walabgaimanapun setelah perbincangan dibuat diantara Peguam PAS dengan seorang pegawai kanan polis khemah dibenar dikekalkan. (Liaht gambar :Sdr Abdullah Karim ,Peguam PAS
sedang berhujah & diperhatikan oleh Dr.Mahfuz)



Paling menyedihkan Pentugas BN dibenarkan berada dalam kawasan larangan /garisan kuning SPR) Menumpang disebelah Land Rover Polis (lihat gambar /kanan).

Keadilan apa ini....Satu Malysia apa....!!!

Saturday, October 10, 2009

PRK N 31 : BN TERDESAK




Walaupun BN menggunakan pelabgai balatentera dalam PRK kali ini tindiakan mereka menunjukkan mereka sangat tersedak.

Pelagai tindakan "tidak siuman " dilalukan. Serang , bakar bendera dan bermacam lagi.

Malam tadi adalah fahamkan beratus "gangster BN " menyerang kawasan jagaan Terengganu dan Kelantan.

Percubaan juga telah dibuat untuk mengangu kawasan jagaan PAS Pahang di Sua Betong.a

Nota: Kerja Siapa? Poster Besar Calon Pas di Bakar di simpang jalan ke Bandar Sengala. Di Kawasan ini terdapat beberapa orang polis trafik yang bertugas sepanjang masa.

Friday, October 9, 2009

PROGRAM SANTAI ROTI CANAI TEH TARIK DAPAT PERHATIAN













Program Santai , "Roti Canai Teh Tarik " yang diadakan di Ladang Sua Betoang dan Ladang Sg.Ujung oleh Petugas PAS Kontigen PAS pada hari Semalam dan Kelmarin.



Selain dari itu "Jualan 90 sen setiap barang " yang diadakan di lokasi yang sama telah menjadi buah mulut masyarakat setempat.


Barang yang dijual adalah Gula,Sekampit Tepung Muruku, Susu dan Sardin.


Dalam PRK N31 Dun Baagan Pinang Pas Pahang dia tugas di kawasan ladang yang rata-rata penduduknya mendapat pendapatan di antara Rm300 ke Rm 450 sebulan.

Tuesday, September 15, 2009

SELSEMA BABI H1NI: BALA ‘ YANG DITAKUTI ,NAMUM KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK KEMBALI KEPADA ALLAH, TUHAN YANG BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU


Manusia diseluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya gempar dengan wabak H1N1 yang sebenarnaya satu bala’ yang diturunkan oleh Tuhan atas keingkaran hambanya yang melampau di akhir zaman ini. Namun ramai yang tidak mahu mengiktifarnya sebagai satu bala’.

Manusia kurang mengadu kepada Allah

Bila ini berlaku manusia tidak juga insaf dan mengadu kepada Allah melainkan segelintir dari sekian ramai manusia. Pemimpin-pemimpin Negara juga tidak kedengaran menganjurkan solat hajat dan sebagainya. Yang kita dengar yang ada melaksanakan secara agak besar-besaran hanyalah di Kelantan.

Benarkah Selsema Babi H1N1 ini sangat berbahaya atau satu strategi buat duit?

Jika dilihat peratus jumlah kematian disebabkan Selsema Babi H1NI tidaklah begitu besar .Lagipun yang mati selalunya dikaitkan dengan sakit kronik yang sedia ada seperti sakit paru-paru, sakit jantung dan lain-lain lagi.
Yang mati betul-betul kerana selsema babi yang tidak berkait dengan sakit lain saya kira sangat kecil peratusnya.
Kementerian Kesihatan tidak pulak mengeluarkan bilangan yang betul-betul mati disebabkan selsema babi semata-mata. Berapa peratus?

Apakah memakai topeng benar-benar berkesan?

Penulis yang tidak pakar dalam perubatan ini merasakan virus yang sangat halus itu tidak munkin tidak dapat menembusi topeng yang tidak seratus-peratus kejap , wallah hu’alam. Namun yang pasti topeng makin laku dan harga tetap melambung.

Vaksin akan diimport dari luar Negara pasti akan menelan belanja yang besar. Selain itu kesan sampingan daripada vaksin munkin akan memudharatkan . Apa ini telah dikaji terlebih dahulu.
Tidak mustahil juga ada pihak yang berpeluang “ menyauk di udara yang tercemar” mendapat komisyen yang tertentu hasil dari mengimport vaksin berkenaan, Wallah hu’alam.

Tuesday, September 1, 2009

PERUTUSAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52 PM: UCAPAN YANG HIPOKRIT

Dalam ucapan tersebut PM antara lainnya menyeru rakyat supaya meruntuhkan tembuk pemisah antara kaum.

Katanya jambatan yang dibina oleh pejuang dahulu telah digoyah oleh golongan tertentu yang menangguk di air keruh.

Bagi penulis inilah ucapan mengelirukan, berunsur putar-belit dan tidak beretanggung-jawab.

Kita nak tanya siapakah yang menwujudkan tembuk pemisah antara kaum di Malaysia selama ini.

Parti politik mana yang diasaskan atas nama bangsa, memperjuangakan hak bangsa jika bukan parti-parti komponen BN.

Apabila PR makin mantap dan mula diterima oleh rakyat ,pimpinan BN kelihatan telah hilang punca .

Ahkirnya diwujudkan slogan satu Malaysia. Apakah slogan ini satu yang ikhlas atau sekadar untuk mendapat “political millage”.

Jika sunggguh PM ikhlas , keadilan mestilah ditunjukkan di dalam menerajui kerajaan pusat. Segala hak yang sepatutnya diperol ehi oleh semua kerajaan-kerajaan negeri seperti gratuity, subsisi dan sebagainya handaklah diagihkan secara saksama.

Wednesday, August 19, 2009



MUNAQASAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PERINGKAT NEGERI PAHANG: BEBERAPA RUMUSAN

Kesempatan bersama di Munaqasah tersebut mengizinkan penulis mencatat beberapa rumusan yang telah dibuat oleh Saudara Hasanuddin Salim Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pahang merangkap Pengarah Program.

Munaqasah yang diadakan di Kompleks Imam as-Shafie (KIAS) Jerantut pada 16 Ogos, 2009 yang dihadiri oleh pimpinan PAS di semua peringkat dari seluruh Negeri Pahang telah dirasmikan oleh Yh Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ustaz Idirs Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat telah membentangkan Kertas Munaqasah Ucapan Dasar Presiden yang bertajuk Islam Memimpin Perubahan .

Diantara rumusan yang dapat dicatat ialah;
· Perlunya memperkasakan Parti dalam semua aspkek termasuk mengaktif dan
meningkatkan kualiti ahli
· Menwujudkan komunikasi dengan media termasuk mengadakan “P.R.O” dan
melibatkan tokoh dari pelbagai bidang
· Meningkatkan hubungan dan kerjasama dalam PR
· Mesra media termasuklah media-media “luar” yang boleh memberikan
kerjasama dengan kita
· Mengerakkan Gerak Kerja semasa secara bersepadu dan “solid”
· Memperkasakan dewan-dewan
· Meningkatkan kerja di semua peringkat Parti

Thursday, August 13, 2009

PELAJAR TASKI AL-HIRA’ MELAWAT BALAI BOMBA

Walaupun terpaksa membuat keputusan yang agak sukar ,pihak pengurusan dan guru-guru Taski Al-Hira’ Muadzam Shah telah meneruskan lawatan ke Kuantan pada 8 Ogos yang lalu.

Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga telah diambil ,maklumlah di musim “H1N1” ini.


Semua pelajar yang pergi dipastikan sihat dan tidak demam. Pelajar telah diberikan Vitamin C sehari sebelum pergi dan juga di hari perjalanan. Yang termampu bagi kita ialah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.


19 orang pelajar berserta 8 orang guru dan warga Taski telah menyertai rombongan tersebut dengan menaiki bas sewa khas, Mara Liner yang diketuai oleh Puan Norsilah Ghazali selaku Guru Kanan. (Gambar kanan)Pelajar telah dibawa melawat ke Taman Bandar, Kuantan dan Taman Pertanian , Indera Mahkota.


Tempat yang paling menarik bagi pelajar ialah Balai Bomba, Kuantan. Di sana kami telah diberi layanan yang baik dan mesra oleh pegawai- pegawai bomba yang bertugas. Pelajar-pelajar dan guru-guru telah didedahkan dengan kaedah dan tindakan yang perlu diambil di masa kecemasan yang melibatkan api.

Monday, August 10, 2009

TERIMA KASIH KEPADA AJK SURAU AL-IKHLAS

Beberapa Minggu lepas penulis mengendalikan satu kursus kepimpinan untuk kakitangan sebuah syarikat swasta di Batang Kali, Selangor.

Oleh kerana tidak menjagka tidak ada “budget hotel” di kawasan tersebut penulis yang sampai lewat pada malam sebelum kursus itu telah pergi ke masjid untuk bermalam. Malangnya semua tandas di masjid besar dan canik yang tersergam indah di atas bukit itu ditutup.
Walaupun ruang beranda masid tersebut tidak ditutup kemudahan tandas dan bilik air adalah penting untuk mereka yang bermusafir.

Penulis bernasib baik kerana dapat mengesan sebuah surau di taman yang berhampiran susuai untuk bermalam sekadar melepaskan penat.

Tahniah kepada Ahli Jawatan Kuasa suratu al-Ikhlas yang menyediakan ruang beranda yang selesa (lihat gambar di atas) untuk mereka yang bermusafir untuk melepaskan penat. Tandas dan bilik air juga tidak ditutup.

Semoga usaha yang ikhlas Surau al-Ikhlas mendapatkan ganjaran dari Allah SWT

Monday, June 22, 2009

PERISTIWA BERSEJARAH DI BUKIT KEPONG

14, Jun yang lalu saya bersama keluarga menghadiri majlis kenduri meraikan pernikahan anak saudara isteri saya di Kg.Renchong, Pagoh.


Dalam perjalanan balik, kami tid
ak melepaskan peluang untuk singgah melihat Tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong.

Disinilah tempat terkorbannya 23 orang anggota polis mempertahankan kedudukan mereka di Balai berkenaan walaupun akhirnya bangunan balai itu dibakar oleh kominis.

Itulah diantara beberapa contoh pengorbanan anggota polis di zaman itu.


Teringat juga cerita arwah mertua saya Sub-Inspektor Ghazali Hj.Rais (3713) pernah mohon tukar bertugas ke Pasukan Polis Hutan (Field Force) kerana takut terlibat dengan rasuah jika bertugas dengan polis tugas am (general duty) kerana katanya di dalam polis tugas am "rasuah dah jadi budaya".

Nak terima mudah, tak nak terima susah ...malahan ada rasuah bentuk bulanan.

Dalam Pasukan Polis sekarang budayanya macam manas????
Katannya profesional , masalah "PATI" lari dari kem tahanan tak selesai !!!!!

Sebuk nak pantau "ceramah"!!!
Apa masalahnya !!!!!

Wednesday, June 17, 2009

KEMBALINYA SEORANG SYAHABAT

Haji Abu Hassan bin Mohamed al-Rawa (gambar semasa allahyarham menghadiri Bengkel Pengurusan Strategik Pas Kaw Lipis,pada15 Feb., 2009) ,Setiausaha PAS Kawasan Lipis telah pulang ke rahmatullah malam tadi di Hospital , Kuala Lipis.

Saya telah menerima berita kematiannya melalui "sms" daripada SU BPPNP Sdr. Roslan Zainal pada jam 10.04 minit malam ,17 Jun,2009.

Permergiannya merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS Kawasan Lipis malahan tidak keterlaluan jika saya katakan satu kehilangan kepada PAS Pahang.

Allahyarham yang semasa hayatnya bertugas di RTM Pahang sebagai Juruteknik banyak menyumbang kepada PAS Pahang dalam bidang “ICT”.

Sebelum bergiat dengan PAS beliau aktif dalam ABIM di Kuantan.

Allahyarham juga telah dilantik sebgai Penyelaras Akademi Latihan PAS Pahang (ALiPP) bagi Zon Barat.

Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah semasa Program Perasmian Bangunan PAS Pahang di Temerloh pada 09.06.2009 yang lalu. Sebelum itu pernah bersama dengan beliau semasa bertugas di PRK Bukit Gantang. Bersama dengannya melakar Pelan Lokaliti “Jalan Kg.Dew” .

Senyumannya masih terbayang dalam ingatan. Seorang yang bersedahana dalam banyak hal ,mudah mesra, tekun dan penyabar. Itulah memori yang tersimpan sejak berkenalan dan terus menjalin persyahabatan.

Semoga roh allahyaram di tempat bersama para pejuang dan syuhada, Ameen

Tuesday, June 9, 2009

SEDUTAN UCAPAN YAB TUAN GURU DATO NIK AZIZ BIN NIK MAT ,MURSYIDUL AM PAS MERANGKAP MENTERI BESAR KELANTAN

Berikut adalah sudutan ucapan Yab di Tapak Kompleks Tarbiyah Pas Pahang di Kerdau, Temerloh pada 9 Jun 2009, yang sempat saya catit . Semoga memberi manfaat kepada kita semua , InsyaAllah

Mukadimah

Ceramah yang kita adakan pada malam ini sama jugalah seperti khubah pada setiap hari jumaat Cuma tempatnya sahaja berbeza. Oleh itu dalam ceramah penekanannya juga hendahlah meramkumi 5 perkara;
1. Ucapan Alhamdulillah , syukur kepada Allah
2. Selawat kepada Nabi
3. Mengingatkan kepada bertakqwa kepada Allah
4. Memetik /membaca Ayat Al-Quran sebagai peringatan dan pengajaran
5. Doa kepada kaum muslimin dan muslimat samada yang telah hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Keutamaan Pembangunan Rohaniah
• Di dalam Islam kita lebih mengutamakan pembangunan Rohaniah
• Allah mengajar manusia dengan memulakan dengan wahyu yang pertama kepada Nabi
Muhammad dengan menurunkan Ayat Iqra’. Ilmu yang benar mesti berlandaskan ajaran
yang diwahyukan melalui Nabi @ RasulNya

Amar Maaruf Nahi Munkar
• Untuk menjaga agama dua perkara yang perlu ditekankan ialah ;
i. Suruh
ii. Larang

Inilah yang perlu ditekankan samada oleh seorang ibu kepda anak-anaknya ataupun oleh pemerintah kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Jika ini tidak dilaksanakan dengan betul maka rosaklah sesebuah masyarakat.

Islam telah berkembang di Negeri Cina lebih-kurang 1,200 tahun yang lalu. Cina telah menerima suntikan Roh Islam jauh lebih awal daripada kita di Malaysia.

Oleh itu tidak ada sebab kenapa kita takut untuk menyampaikan Islam kepada bukan Islam di Malaysia. Masalahnya bila kita nak laksanakan hukum Islam di Malaysia seperti perlaksanaan hudud yang sebuk menentang bukannya orang cina atau orang India tetapi orang Melayu yang mengaku Islam.

• Islam dan Melayu adalah dua perkara yang berbeza. Islam boleh dimiliki oleh semua orang bukan sahaja orang Melayu. Di masa akan datang kita nak tenguk Pas dipimpin oleh Cina Islam . Dewan Ulamak ada Ulamak dari kalangan orang Cina.

Tingkatan Kejadian Makhuk

Makhluk yang dijadikan Allah dibahagian kepada tingkatan kejadian;

i. Batu-batan: kaku dan tidak bergerak
ii. Tumbuhan: Hidup dan tidak bergerak
iii. Haiwan: Hidup, bergerak, bernafsu tetapi tidak berakal
iv. Manusia: Hidup , bergerak , bernafsu
v.
Makanan Jasad dan Roh

• Jasad memerlukan makanan seperti nasi ,air dan lain-lain .Doktor adalah pakar yang boleh menasihatkan menusia untuk kebaikan jasad.
• Seperti juga jasad, Roh memerlukan makanan
• Makanan Roh ialah Zikrullah
• Roh perlu dibajai dan jaga dengan batas halal dan haram
• Nabi diturunkan untuk memberi panduan dalam hal berkaitan dengan Roh
• Maklumat melalui akal tidak mestinya betul kerana akalnya terbatas

Ikhlas dalam semua aspek

• Kita perlu ikhlas dalam semua perkara
• Jika kita ikhlas balasannya adalah pahala
• Ikhlas adalah dari ajaran Islam
• Orang yang tidak faham dan mendalami ajaran Islam tidak munkin dapat melaksanakan
konsep Ikhlas kerana tidak mendapat panduan dan jalan yang betul.
Contoh ;nak bina masjid guna duit hasil loteri kebajikan ,mana boleh

Mati bukan kesudahan

• Ingatlah mati bukan kesudahan
• Orang yang telah mati akan dibangkitkan semula dan dipersoalkan segala amalnya didunia
• Inilah “kertas-kerja”Allah. Allah mampu melaksanakan segala-galanya

Tindakan untuk berdakwah

• Tindakan kita ialah mesti berdakwah kepada semua orang dengan 3 pendekatan

i. Berdakwah ke jalan Tuhan
ii. Berdakwah dengan hikmah
iii. Jika berlaku perbezaan pendapat, berbahaslah dengan cara yang paling baik

Catatan: Tuan Guru sebelum itu pada petangnya telah merasmikan Bangunan Pas Pahang di Bandar Temerloh yang taelah dibeli dengan harag Rm 500,000.

Ceramah beliau di Tapak Kompleks Tarbiyah PAS Pahang telah dihadir oleh lautan manusia yang padat memenuhi tapak kompleks.

Turut menyerikan majilis pada malam itu ialah penyampain cek kepada waris-waris pencarum skim Dana Takwa Etka Takaful .

Pada malam itu juga beberapa orang penderma telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos pembelian bangnan Pas Pahang yang dibeli tanpa meminjam dari mana-mana instituisi kewangan.








Sunday, June 7, 2009

“AMANAT “ PRESIDEN SEMASA PENGGULUNGAN PERBAHASAN UCAPAN DASAR



Kesempatan penulis mengikuti Muktamar Tahunan ke 55 Parti Islam Se Malaysia (PAS) adalah dirasakan satu yang sangat berharga.
Pada keseluruhannya penulis merasakan perjalanan muktamar kali ini sangat baik dan sememangnya dapat diperlihatkan banyak peningkatan khususnya dari sudut pengurusan dan pengacaraan majlis.

Walaubagimana sedikit kelemahan yang ketara ialah dari sudut “pembesar suara” ,dimana tidak dapat didengar dengan jelas oleh pemerhati yang berada di bahagian atas sebelah kiri dan kanan dewan.

Munkin disebabkan ini juga sebahagian kecil pemerhati muslimin mengintai tempat yang lebih sesuai di bahagian belakang dewan /atas yang sepatutnya hanya ditempat untuk pemerhati muslimat.

Pihak keselamatan yang bertugas nampaknya tidak mampu mengawal keadaan ini kerana “pemerhati muslimin yang degil” duduk di kawasan muslimat kerana mereka juga punya alasan iaitu nak cari tempat yang yang sesuai (dapat dengar dengan jelas). Mudahan ini dapat diambil kira dan diperbaiki di masa akan datang.

Izinkan saya berkongsi ringkasan ucapan pengulungan Dato Sri Presiden yang sempat dicatat . Mudahan mendapat manfaat bersama.

Pada hemat penulis ucapan pengulungan Yb Dato’ Presiden boleh diangap satu amanat yang perlu diteliti dan seterusnya diimpelentasikan oleh pimpinan, ahl,i malahan penyokong PAS.

Sedutan Ucapan penggulungan Yb Tuan Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang


Mukadimah

• Islam adalah deen yang sempurna selain dari Islam tidak sempurna.
• Islam adalah nikmat yang cukup. Selain dari adalah tidak cukup dan kekurangan.
• Matlamat kita adalah untuk mendapat kerdhaan Allah SWT
• Kita berada dilandasan yang kukuh berlandaskan Islam yang telah berjaya membina tamadun manusia.

Krisis Global

Berlakunya krisis ekonomi sekarang ini yang didahului pelbagai krisis sebelumnya termasuklah krisis moral, krisis nilai, krisis keluarga dan belbagai lagi adalah berpunca daripada kegagalan sistem yang berpaksikan sikularsima.

Panduan bagi menjayakan gagasan yang kukuh

• Kita mempunyai panduan yang kukuh berlandaskan;

• Wahyu dan hikmah ; hikmah termasuklah Sunah Rasulullah, professional dan petani yang berpengalaman.

Kekuatan kita yang berjuang atas nama Islam ialah kerana kita punya perkiraan dosa dan pahala.

Modus Operandi

Dalam gerak-kerja kita perlulah menitikberatkan beberpa perkara ;

• Kita juga perlu menyelamatkan orang lain
• Kita mesti mengajak atau berdakwah kepada orang lain

. Kita juga mesti ingat kita sentiasa ada musuh. Disamping kita mesti mampu mengenalpasti musuh yang sebenar dan musuh direka dan dicipta

Uslub

Dalam usaha kita meneruskan perjuangan ,kita menggunakan pelbagai kaedah yang dibenarkan. Oleh sebab itulah kita mengambil pendekatan;

• Mewujudkan kelab penyokong Pas yang terdiri dari rakan-rakan non-muslim
• Tahaluf Siasi : Kita bergabung dengan rakan dalam Pakatan Rakyat dan akan
diperkokohkan.
• Muzakarah
• Debat : termasuklah menghantar wakil ke dewan parlimen
• Mawajahah silmiah: meneruskan pendekatan dengan melibatkan dalamproses demokrasi yang dibenarkan.

Pegangan Kita

• Takwa
• Ketaatan dan Wala’ (dalam semua hal selagi tidak ada kemasiatan)
• Strategi ( termsuk aspek keterbukaan dan kerahsiaan)
• Biah ( Biah ahli dan juga kepimpinan)

Akkhirnya beliau mengingatkan bawaha perjuagan adalah berlandaskan wawasan dunia dan akhirat dan perjuangan ummah.

Wednesday, June 3, 2009

PEMBINAAN PASUKAN YANG MANTAP



Pembinaan Pasukan Kerja yang mantap sangat penting untuk semua bentuk organisasi.
Syarikat-syariakat korporat sangat mementingkan kursus sedemikian. Mereka memastikan semua staff mereka disemua peringkat mengikuti kursus teambuilding.

Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset ini pengendalian kursus tidak diabaikan.

Sewajarnya organisasi politik, ngo maupun jabatan kerajaan mengambil berat soal latihan untuk kemantapan organisasi mereka.

Pasukan kerja yang sefahaman dan mantap serta bekerja menuju ke arah satu visi dan misi akan memunkin kelicinan gerak kerja dalam memacu kejayaan, InsyaAllah

Pada minggu lepas penulis telah mengendalikan satu kursus pembinaan pasukan untuk se buah syarikat yang terkemuka di Malaysia.

Monday, June 1, 2009

80 Peratus Projek Pembinaan dibawah pengawasan JKR gagal di siapkan: Salah Siapa?

Buletin Utama TV 3 Jam 8.00 malam sebentar tadi menyiarkan tentang kegagalan projek di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya disiapkan sepanjang tahun ini sebanyak 80 peratus.

Manakala 9 Projek Bangunan Sekolah Rendah dan 54 Banguan Sekolah Menengah diseluruh Malaysia terbengkalai.

Masalah projek tidak dapat disiapkan dalam masa ditetapkan bukan perkara baru di Negara Malaysia ini. Begitu juga dengan masalah projek gagal disiapkan dengan sempurna dan tidak mengikut spesifikasi .Akiatnya ada yang , runtuh dan sebagainya .

Persoalanya semuanya ini berpunca dari mana? (What are the root causes?)

Siapakah punca utama kepada masalah ini?

Menteri yang berkenaan dalam Buletin Utama mengingatkan pegawai-pegawai JKR walaupun masalah ini datang dari mana sekalipun termasuk pihak berkuasa tempatan , JBA dan sebagainya orang tetap nampak JKR yang salah.

Beliau bersungguh-sungguh benar mengingatkan kepada pegawai-pegawai kanan JKR supaya menjaga imej JKR.

Penulis berpendapat antara faktor lain yang menyebabkan kegagalan projek ini yang tidak disentuh oleh menteri berkenaan ialah ;

i. Pemilihan pemborong yang melibatkan campur tangan orang politik

ii. Projek yang diberi secara runding terus kepada pemborong-pemborong dari kalangan kroni

iii. Orang politik yang "mengali-babakan" projek

iv. Campurtangan orang tertentu dalam penyeliaan projek. Menyebabkan penyelia tapak projek tidak boleh buat apa-apa kepada kontraktor yang “kebal”

v. Projek yang dimiliki oleh orang politik yang disubkontrakan hingga beberapa tahap .Akhairnya sub-kontrak yang melaksanakan projek tidak mampu melaksanakannya kerana harga yang terlalu rendah

Selain dari mengingatkan pegawai-pegawai kanan JKR Menteri berkenaan mestilah mengingatkan semua pihak terlibat secara lansung atau tidak lansung dengan beberapa perkara di atas.

Amalkanlah prinsip Kepimpinan Melalui Teladan , jangan jadi ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul.

Friday, May 22, 2009

PONDOK PESANTEREN LANGITAN DI JAWA TIMUR BERUSIA 157 TAHUN

Alhamdulillah pada 29 April yang lalu saya telah mendaftarkan anak bungsu saya Muhammad Ikram untuk menyambung pengajian di Pondok Pesanteren tersebut.

Bersama beliau turut didaftrarkan Adik Omar daripada Keratong 1 dan Adik Saiful dari Melaka.
Ketiga-tiga mereka telah mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Darul Fikri ,Sri Damai Kuantan sebelum ini.

Pondok ini berasal dari sebuah surau kecil yang didirikan pada tahun 1852 oleh KH Muhammad Nur kini telah telah tersergam indah sebagai Pondok Pesanteren yang disegani dan terkenal.

Pondok ini mampu menampung 4,000 pelajar pada masa ini. Lebih kurang 2,000 pelajar lelaki dan begitu juga perempuan yang dipisahkan diantara satu dengan lain.
KH Abudullah Faqih yang memimpin Pondok ini adalah merupakan jenerasi ke lima sejak dari pondok ini ditubuhkan.

Menurut Ustaz Murtaji Alhamidi Rois Am ,Pondok ini mengekalkan system lama yang baik dan mengambil norma-norma baru yang lebih baik. Walaupun pihak kerajaan Indonesia ada mempelawa untuk menaik-tarafkan kepada level university mereka menolak. Namum standard ilmu yang diajar adalah setara atau lebih baik, InsyaAllah

Pondok ini mensyaratkan Wali pelajar menyerahkan anak mereka sebelum diterima untuk belajar di sini.

Semasa bertemu dengan Kiai Hj Abdullah Faqih orang no 1 di P.Pesentaran ini, rombongan kami tidak melepaskan peluang meminta beliau untuk memberikan kata-kata nasihat kepada kami .

Antara kata-kata nasihat beliau bermaksud “kita jangan berpuas dengan hasil padi yang boleh dituai dibendang tetapi ingat tanah bendang yang lebih penting untuk masa akan datang”
Apa yang kita perjuangankan adalah untuk dikecapi oleh jenerasi di masa akan datang , InsyaAllah.

Thursday, May 21, 2009

KENANGAN SYAHDU DI SURABAYA
Rombongan kami ke Surabaya yang diketui Ustaz Rosli Abdul Jabar ,Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Fikri (MTDF) telah berlepas dengan pesawai Air Asia pada 27 April yang lalu sehari lebih awal daripada jadual asal disebabkan sedikit masalah teknikal.

Turut serta dalam rombongan ini ialah tiga orang pelajar MTDF dan bapa-bapa mereka yang akan menyambung pelajaran di Pondok Pasentren Langitan di Tuban, Surabaya.

Disebabkan kami pergi awal dari jadual awal asal ,masa yang teruang dimanfaatkan untuk melawat beberapa buah makam pejuang agama di tanah Surubaya diantaranya makam Sunan Giri ,Sunan Ampel dan Sunan Giri Gersik.

Diakhir hari kedua kami di Surabaya rasa penat bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang jauh terubat apabila kami bejaya sampai ke Perkuburan dua orang mujahid adik beradik Ali Ghofran dan Amrozi.

Kampungnya agak jauh dari Bandar atau pekan. Kami telah dibawa oleh Pak Supir (Pemandu) Van yang kami sewa melalui jalan-jalan kecil dicecah-celah kawasan perumahan yang padat.

Namun kami dapat merasakan kampung in agak berbeza dari kampung-kampung yang lain di sekitar dari sudut suasananya. Penduduk-penduduknya nampak lebih Islamik.

Kami bertemu dengan ibu Amrozi yang telah agak lanjut usianya tapi kelihatan masih sihat dan bertenaga. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang dilalui oleh kedua anaknya dengan penuh tenang dan tabah. Namun anggota rombongan kami terasa begitu syahdu dan tersentuh.

Kami juga sempat menemui abang nya dan seorang anak saudaranya yang menguruskan sebuah pondok pasentren tidak jauh dari rumah ibu Allahyarham kedua mujahid yang telah pulang menumui Allah.

Thursday, April 9, 2009

PRK P.059 BUKIT GANTANG MEMPERLIHATKAN KEMATANGAN RAKYAT

Lebik dua minggu penulis bersama petugas PAS Pahang berkampung di Bukit Gantang bagi memberikan sedikit sumbangan dalam menentukan kemenangan Calon PAS.
Segalanya telah berlalu. Manusia merancang Allah menentukan segala-galanya.

Lebih 500 orang petugas dari Pahang telah turun di sepanjang musim PRK kali ini.

Sepanjang musim PR penulis bersama dan rakan-rakan petugas hampir tidak berpeluang mendengar perkembangan melalui T.V , Radio atau akhbar arus perdana ,cuma sesekali mendapat pangilan telefon dari keluarga dan syahabat yang berada di luar kawasan PR. . Nyata sekali seluruh media milik kerajaan berat sebalah dalam menyamapikan maklumat. Mereka seolah-olah menjadi agen kempen untuk BN.

Walaubagaimanpun bagi kami yang berada di “medan” dapat melihat “mood’ rakyat yang jelas lebih memihak kepada PR.

Bukan sahaja PR mendahului dari sudut ceramah , EXPO PAS juga mendapat sambutan yang lebih berbandng EXPO BN yang sering kali kelihatan sepi. Program kemsyarakatan yang dianjurkan oleh PR khusunya PAS lebih mendapat sambutan.

Di hari mengundi ternyata penyokong PR lebih ramai di pusat-pusat pembuangan undi . Bukan itu saja ,Penyokong PAS mempunyai kaedah tersendiri yang lebih menarik ,dengan laungan selawat, nasyid , zikir dan diselangi takbir yang bergema.

Penyokong BN yang ketandusan modal seringkali bertindak ikut emosi yang menyebabkan suasana menjadi tegang.

Alahamdulillah ,rakyat dapat menilai, mana kaca ,mana Intan. Walaupun Najib yang baru menjadi Presiden UMNO dan PM dikhabarkan mengarahkan jenteranya buat apa saja bagi menentukan kemenangan PRK Bukit Gantang ,keputusan telah membuktikan rakyat menolak Calon BN.Bukan sekadar itu saja , PRK P.059 memberi amaran kepada BN zaman perjuangan sempit berasaskan kaum telah berakhir.

Masyarakat telah faham perjuangan berasaskan kaum tidak mampu menjadi penyelesai masalah ummah.
Oleh itu penyelesaiannya mesti berteraskan Islam.

Tuesday, March 31, 2009

MARKAS BN BANYAK YANG MASIH BELUM BERPENGHUNI


Pilihan raya kecil (PRK) P.059 Bkt .Gantang tinggal enam hari lagi.

Sangkaan saya yang PRK di sini lebih sengit daripada PRK K.T masih belum menampakkan kebenarannya walaupun semasa saya datang pada 12.03.09 yang lalu nampak banyak bendera BN di merata tempat walaupun tarikh PRK masih jauh lagi.

Kita menjangka selepas perhimpunan agung UMNO bala tentera mereka akan membanjiri kawasan PRK di sini. Namun yang yang dapat dilihat di sini tidak begitu.

Masih banyak bilik gerakan BN yang belum berpenghuni termasuklah Bilik Gerakan UMNO Melaka. Panglimanya yang terkenal dengan samsengnya masih belum kelihatan selepas kecewa kerana tidak dapat bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Bendera-bendera pun tidak banyak bertambah. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan semua petugas memasang bendera mereka adalah diupah. Munkinlah mereka menunggu buget. Pimpinan UMNO yang bertanding dah banyak membelanjakan duit untuk bersaing merebut jawatan. Cuma sebahagian sahaja tertangkap dan sebahgian “selamat’.

Tinjaun kami juga mendapati terdapat banyak rumah-rumah yang dipasangkan bendera BN kerana mendapat imbuhan. Di sebuah taman ada yang memaklumkan kepada kami setiap rumah yang membenarkan bendera dipasang akan mendapat bayaran Rm 300.00. Maka terdapatlah juga didalam rumah yang berkibar bendera biru BN lamabang PAS dan gambar Tok Guru.

Walau dalam apa keadaan sekalipun PAS dan PR jangan merasa selesa kerana BN akan mengunakan apa tektik sekalipun untuk meraih sokongan rakyat.

Kita mensyaki terlalu ramai SB yang menjadi hamba BN berkeliaran di seluruh kawasan PRK. Menyamar pelabagai “rupa” untuk masuk ke Markas-markas PAS.
Polis menimbulkan ketakutan di lokasi penyangan ceramah menggunakan LCD. Selepas ini munkin banyak lagi.

Monday, March 30, 2009

JENTERA PAS PAHANG BERGERAK AKTIF DISEMUA LOKALITI YANG DIPERTANGGUNG-JAWABKAN

Selepas penamaan calon semalam Jentera PAS Pahang diaktifkan ke semua lokaliti di dalam 3 Unit Peti Undi yang dipertanggung-jawabkan .

Diantara aktiviti yang dilansungkan ialah penyemakan daftar pemilih berpusat, penyemakan daftar pemilih terperincini terus menerus 24 jam,dan tanyangan LCD isu semasa setiap malam.
Sambuntan masyarakat terhadap aktiviti tersebut adalah mengalakkan.

Petugas Pahang juga dilibatkan dengan program-program ceramah umum.
Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man telah diberi penghormtan menjadi panel dalam satu forum semalam. Manakala Majer (B) Hj.Abdul Aziz Yaakob dan Sdr.Mazlan Mohd.Yasin telah menyampaikan ceramah bersama Yb Khalid Samad di se buah rumah ahli berhadapan dengan Bilik Gerakan BN di Kg Air Putih. Turut menyampaikan ucapan dalam program tersebut, Dato Yoep Azlan bekas duta Malaysia ke Mexico dan Sepanyol. Beliau jaga anak kepada Allahyarham Bekas Setiusaha UMNO di zaman Tuaku Abdul Rahman.
“Ayah saya keluar dari UMNO kerana telah merasakan pemimpin UMNO tidak memperjuankan nasib rakyat tetapi lebih kepada mencari kekayaan individu”

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP