Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Thursday, December 31, 2009

HADIAH TAHUN BARU : HARGA GULA NAIK 20 SEN & ROTI PUTIH DIKELUARKAN DARI SENARAI BARANG KAWALAN


Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan "hadiah tahun baru" dari "Kerajaan Prihatin, Rakyat Didahulukan" iaitu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikan harga runcit baru gula di semenanjung Rm 1.65 sekilogram manakala di Sabah dan Serawak Rm 1.75 sekilogram.

Bukan itu sahaja ,seperti kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan ,Datuk Mohd.Zain Mohd.Dom yang disiarkan dalam akhbar-akhbar hari ini kerajaan menarik balik subsidi bagi roti putih dan mengeluarkannya daripada kawalan. (Berita Harian ,Jumaat 1 Januari 2010 m.s 6), The Star Friday 1 Jan 2010 , muka hadapan)

Setiap kali kenaikan barang berlaku pihak kerajaan akan membandingkan dengan harga barang di negra lain. Dengan ini diharapkan rakyat akan berpuas hati dengan hujah yang diberikan.

Di manakah letaknya strategi kerajaan bagi menentukan barang-barang keperluan utama ini dapat dikekalkan pada harga yang tidak membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Bagaimana dengan strategi pertanian setelah 50 tahun lebih merdeka masih gagal membekal bahan mentah yang utama tanpa bergantung kepada import.

Apa yang membimbangkan kita ialah kesan berangkai dari kenaikan harga gula akan menyebabkan semua produk yang menggunakan gula akan meningkat. Walaupun kementerian berkenaan berjanji akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan peniaga makanan dan pemilik restoran tidak menaikkan harga makanan sesuka hati , kita tidak begitu yakin ini boleh dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan pengalaman yang lalu.

Apa yang nyata "rakyat didahulukan" dalam menangung beban hasil dari tindakan kerajaan yang tidak bijak dalam merancang ekonomi, ketirisan , rasuah dan pelbagai lagi.

HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN STAF PEJABAT BADAN PERHUBUNGAN PAS PAHANG DIRAIKAN

Bersesuaian dengan tekad
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP)
yang ingin membudayakan Pengurusan Moden yang
Islamik dan contemporay antara aspek yang mesti dititikberatkan ialah penghargaan(appreciation).

Jasa dan kesangupan kakitangan tetap yang berkhidmat dengan PAS yang tidak mengenal penat dan lelah perlu dihargai.

Bagi memulakan budaya ini, Hari Ulang tahun Kelahiran salah seorang petugas tetap di Pejabat Badan Perhubungan, Cik Rodziah binti Ziz telah diraikan dalam majlis yang simple tetapi sangat bererti pada hari ini 31 Disember 2009
di bilik mesyuarat BPPNP.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh,Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Cikgu Abdul Majid Hassan.

Turut hadir dalam majlis tersebut , Setiausaha BPPPNP,Sdr.Roslan Zaianl al-Ahmadi,Bendahari BPPNP ,Sdr.Musanif Abd RAhman dan beberpa orang ahli Jawatan Kuasa Pemamdu Pelan Induk PAS Pahang.

Sunday, December 20, 2009

AHLI POLITIK BN PAHANG CEROBOH TANAH


Kenyataan Tan Mohd.Aminudin Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Ehwal Felda Pahang mengenai tindakan ahli-ahli Politik yang tamak menceroboh Tanah Kerajaan di Negeri Pahang (yang sudah pasti dari BN sebab Kerajaan BN berkuasa di Pahang.) tidak boleh dipandang remeh.

Beliau mendedahkan kepada Sinar Harian hari ini 21 Dec.,2009 seluas 5,500 hektar tanah di Pahang telah diceroboh. Sebenarnya ini bukan satu perkara baru.

Selain dari itu kita juga mendapat maklumat ada pihak yang berkepentingan yang bersekongkol dengan ahli-ahli Politik BN di Negeri Pahang telah menjual tanah Simpanan Melayu kepada pihak luar. Kita berharap pihak berwajib khususnya pemimpinan kerajaan Pahang perlu mendedahkan juga perkara ini.

Setiap penyelewengan yang berlaku kononnya tindakan akan diambil kepada pihak yang bersalah. Namun lazimnya hanya janji tinggal janji.

Kadang-kadang yang bercakap nak mengambil tindakan itulah "Naga' macam mana nak bercakap pasal "Buaya"

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP