Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, March 7, 2011

PRK N 28 KERDAU: PAS BERJAYA MENAMBAH UNDI DI KAWASAN FELDA


Pilihan raya kecil (PRK) N 28 Kerdau telah memperlihatkan satu pertarungan yang agak sengit walaupun tidak di padang yang rata (level playing field). Sepertimana dalam PRK yang lain Barisan National (BN) tetap menggunakan kemudahan awam seperti balairaya ,dewan serbaguna ,bangunan sekolah dan seumpamanya. Disamping itu menteri dan timbalan menteri membantu BN dengan mengistiharkan buget untuk pelbagai projek “mi segera” dalam musim berkempen PRK ini.


BN mula nampak tercabar apabila kenyataan Dato Adnan Yakob,Menteri Besar ,Pahang PAS atau PR tidak ada isu di Kerdau disangkal de

ngan isu yang bertalu-talu dari pihak PAS. Daripada isu Kompleks Polis di Kerdau yang terb

engkalai ,Stesyen Kereta Api yang usang di Kerdau ,isu bekalan air sehinggalah kepada isu Teguran Audit ke atas pengurusan kewagangan Kerajaan Pahang yang lemah.



Adnan terpaksa menjawab isu tersebut satu persatu .Ini jelas menunjukkan memang ada isu .Yang lebih menarik ianya adalah isu tempatan yang memang menjadi perhatian masyarakat setempat.


BN yang agak

tercabar terpaksa menggunakan khidmat menteri dan timbalan menteri untuk berkam

pung di Kerdau. Dikhabarkan Pegawai Felda di tempatkan di setiap blok di semua Kawasan Felda..

PAS tetap menggunakan Dewan ,Markas dan preimis mereka sendiri bagi tujuan bilik Operasi dan lain-lian keperluan mereka.


PAS tidak membudayakan politik wang seperti BN. Petugas PAS bertugas dengan semangat JIHAD untuk mendapat keredhaan Allah.

PAS tidak meletakkan Pilihan Raya

sebagai suatu matlamat paling utama. Pilahan raya merupakan medan bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Oleh sebab itulah menang atau kalah bagi PAS satu perkara biasa.

Kita akan lihat jika kalah pun “lembu atau kerbau” tetap tumbang bagi meraikan petugas pilihan raya yang telah bertungkus lumus membantu dalam kerja-kerja pilihan raya.


Walaupun BN menggunakan dana yang begitu banyak, memperalatkan Agensi

Kerajaan Persekutuan dan Negeri BN hanya dapat menambah 925 undi dalam PRK Kerdau berbanding PRU 12.

Persoalannya , apakah BN berpuas hati dengan mejorii 2724 dalam suasana PRK yang mana mereka memaksimakan tenaga mereka, bantuan pihak kerjaan yang melimpah-ruah ," laluan" dari pihak SPR dan Keselamatan dan pelbagai lagi.

PAS yang berjuang dengan keringat mereka sendiri menurun hanya 184 undi.

Namum kali ini undi PAS bertambah di semua kawasan Felda. Satu peti undii di Kampung Traditional juga meningkat (Pulau Pasir Mandi) .Dibeberapa kawasan traditional lain undi BN dan PAS tidak banyak beza umpamanya di Kuala Kerdau dan Teluk Sentang .

Diharapkan ini merupakan satu momemtum untuk melonjakkan lagi undi PAS di Kawasan

Felda dan meningkatkan undi di beberapa kawasan traditional dalam PRU yang akan datang.


Yang nyata ,DUN Kerdau merupakan kawasan yang subur untuk perkembangan Politik PAS , InsyaAllah.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP