Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Thursday, December 9, 2010

JABATAN ICT NEGERI GIAT BUAT TAKLIMAT

KUANTAN, 08 Disember: Jabatan ICT (JICT) PAS

Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang giat menyampaikan taklimat Aplikasi SISPRO dan Penggunaan My KAD Reader di seluruh Negeri Pahang. Hari ini (8 Disember) taklimat tersebut diadakan khusus untuk Kawasan Zon Timur di Markas Permatang Badak ,Kuantan.

Taklimat telah disampaikan oleh En.Shamsuri , Setiausha JICT PAS Pahang.

Sebelum ini takimat yang sama telah diadakan di Bera dan Kuala Lipis.

Sdr.Mazlan bin Mohamed Yasin, Setiausha JPN turut hadir dan menyampaikan ucapan aluan dalam majlis tersebut.


Majlis ringkas yang dihadiri petugas
pendaftaran pemilih dan petugas ICT dari kawasan-kawasan yang terlibat telah ditaklimatkan mengenai fungsi SISPRO khus
usnya bagi membantu melicikan proses mendaftarkan pemilih baru sebelum PRU 13 ini.


Monday, December 6, 2010

IJTIMA' PILIHAN RAYA PAS KAWASAN TEMERLOH MENDAPAT SAMBUTAN

Ijtima' Pilihan Raya PAS Kawasan Temerloh telah diadakan pada 5 Disember 2010 di Darul Ansar, Kg.Chempaka, Lanchang.

Ijtima' tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man , Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang.

Lebih seratus orang peserta telah menghadiri Ijtima' tersebut yang mewakili tiga DUN di bawah Kawasan Parlimen Temerloh.

Dua kertas kerja telah dibentangkan dalam Ijitma' yang dihadiri semua peringkat ahli.
Kertas kerja pertama yang bertajuk "PRU 13 Peluang dan Ancaman PAS" telah disampaikan oleh Tuan Haji Nasir Daud , Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPP).

Pada sebelah petang pula Kertas Kerja yang bertajuk "PRU 13 , Sudahkah Kita bersedia telah dibentangkan oleh Sdr.Mazlan bin Mohamed Yasin, Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang (JPN).

Kedua-dua pembentangan diakhiri dengan sesi dialog yang mendapat penglibatan yang sangat baik dari peserta Ijtima'

Ijtima' diakhiri dengan pembacaan Resolusi oleh Sdr.Hasanuddin Salim ,Setiausah PAS Kawasan Temerloh dan Doa Wehdah yang dipimpin oleh Ustaz Najmi Rahim Setiausha Dewan Ulama' PAS Pahang.

Monday, October 4, 2010

HARI TERBUKA PAS KAWASAN ROMPIN MERIAH

Hari terbuka sempena Idul Fitri 1431 H PAS Kawasan Rompin telah diadakan di perkarangan PASTI AT-Takwa,Sg.Putri ,Rompin pada 3 hb. Oktober lepas. Sambutan masyarakat setempat adalah diluar jangka.


Menurut Tuan Syed Hassan bin Syed Othman salah seorang Jawatan Kuasa Sambutan yang juga Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Rompin penduduk sekitar Bandar Rompin telah mula berkunjung seawal Jam 2.00 ptg. walaupun
jemputan bermula pada jam 2.30 ptg.

Turut hadir penyokong dari kaum Tiong Hua dan orang asal. Tidak ketingalan juga rakan-rakan dari MCA dan UMNO.

Majlis yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Najib yang diundang khas dimulakan dengan Ucapan
Aluan Sdr.Mohd.Fadzli Ramley Ketua Cawangan PAS Sg.Putri dikkuti dengan ucapan Tuan Syed Hassan mewakili penduduk setempat. Sdr.Mazlan Mohd.Yasin ,Tim.YDP PAS turut berucap mewakili PAS Kawasan.
Turut hadir di majlis tersebut Ustaz Sukri Hj.Ahmad YD
P PAS Kawasan Rompin dan ahli-ahli jawatan kuasa.

Majlis yang berakhir sekitar jam 4.30 petang dijangkakan telah dihadiri lebih 600 orang dari segenap lapisan masyarakat.

Sunday, September 19, 2010

MISI MENAWAN DUN SEBUYAU BERMULA

KUCHING, 20 September: Wakil-wakil dari Jabatan Pilihan Raya (JPN) negeri-negeri Pahang dan Johor bersama Pimpinan Jentera Pilihan Raya DUN Sebuyau dan Pimpian Pemuda Negeri Serawak telah turun padang pada hari semalam ke beberapa lokaliti di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sebuyau. Ini adalah merupakan uasaha awal bagi menghadapi Pilihan Raya DUN Serawak yang munkin akan diadakan bila-bila masa selepas bulan November tahun ini.


Negeri Pahang diiwakili oleh Sdr.Mazlan bin Mohamed Yasin ,
Setiausaha JPN PAS Pahang,
manakala negeri Johor diwakili oleh Sdr.Mustaffa Abd.Rahman , Bendahari Negeri dan Tuan Haji Nasir Ahmad Pengerusi Lajnah Ekonomi Negeri . Serawak diwakili oleh Sdr.Abang Addy, Ketua Pemuda Negeri ,Sdr.Hatta Pengarah JPr DUN dan beberpa orang pimpinan peringkat JPr DUN dan Pemduda Negeri.

Perjalanan dari Kuching ke Sebuyau memakan masa lebih-kur
ang 3 jam melalai jalan
darat yang melibatkan dua kali penyemberangan sungai menggunakan feri.

Pada hari semalam rombongan ini telah melawat ke Lokaliti Tungkah Melayu dan Telebu.

Pada sebelah malam telah diadakan pertemuan dengan wakil-wakil Jentera Pilihanraya
peringat peti undi.

Padan hari ini rombongan ini akan mengadakan aktiviti ziarak ke rumah panjang kaum
Iban , InsyaAllah

Saturday, September 18, 2010

PRESIDEN PAS MERASMIKAN PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA PAS SERAWAK

Kunching, 18 September: Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Serawak dan Taklimat Tertutup Gerak Kerja Pilihan Raya telah berlansung pagi tadi di Markas PAS Serawak yang terletak di Matang Jaya, Petrajaya tidak jauh dari sini.


Majlis telah dihadiri oleh Jentera Pilihan Raya dari semua peringkat Negeri Serawak , Pimpinan Jabatan
Pilihan Raya PAS Pusat dan wakil-wakil Jabatan Pilihan Raya dari negeri-negeri di seluruh Negara.

Di dalam ucapannya Tuan Guru Presiden antara lain telah mengajak para hadirin merasai tanggung-jawab kita untuk melaksanakan matlamat
penubuhan PAS iaitu "Amar Ma'a
ruf Nahi Munkar" .Manakala kemuncak kepada amar ma'aruf nahi munkar ialah pengli
batan da
lam politik bagi memperjuangkan kedaulatan Islam.

Turut berucap dalam majlis tersebut Tuan Haji Adam Ahid ,
Pesuruhjaya PAS Serawak
, Dato' Paduka Haji Halim Abdul Rahman,
Ketua Pengarah Jabatan
Pilihan Raya
PAS Pusat dan Yb Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden
merangkap
Pengarah Jawatan Kuasa Induk Jentera Pilihan Raya PAS Serawak
.Pelancaran terbuka akan diadakan pada malam ini.

Sunday, September 12, 2010

RUMAH TERBUKA DAN HIMPUNAN ANAK-ANAK PERANTAUAN ANJURAN DEWAN PEMUDA PAS PAHANG MERIAH

Jengka Pahang, 12 September: Hari terbuka dan Perhimpuanan Anak-anak Perantaun anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang dengan kerjasama Dewan Pemuda Kawasan Kuala Krau berlansung dengan suasana meriah di Jengka 15 tidak jauh dari sini.


Dianggarkan lebih 300 orang telah menghadiri majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Naib Presiden PAS Pusat merangkap Persuruhya PAS Ne
geri Pahang
. Turut hadir dimajlis tersebut Sdr.Roslan Zainal al-ahmadi , Setiausaha Badan
Perhubungan PAS Pahang (BPPNP), Sdr.Musanif Abd Rahman, Bendahari BPPN
P dan beberapa orang ahli BPPNP.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad , Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) dan Ustaz Shahril
Azman Al-hafiz Timbalan Ketua DPPNP merangkap Pengarah Program.

Majlis juga telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh
Sdr.Kamarul Raihan dari Chenor, Maran.

Majlis menjadi lebih ceria dengan pengendalian oleh Deejey Profesional yang didatangkan khas dari Negeri Selangor. Memeriahkan lagi majlis itu ialah penyampain duit raya kepada k
anak-kanak dan cabutan bertuah untuk semua hadirin.

Sunday, August 29, 2010

JABATAN PILIHAN RAYA PAS PAHANG ADAKAN TAKLIMAT PRA PILIHAN RAYA KE 13 (PRU 13)


Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang telah mengadakan satu taklimat khusus untuk Pengarah dan Setiausaha Jentera Pilihan Raya Kawasan dan DUN bagai menghadapi PRU 13 yang besar kemunkinannya akan diadakan pada tahun hadapan.



Majlis taklimat yang diadakan pada 28 ogos lepas telah dihadiri

lebih kurang 50 orang peserta dari seluruh negeri Pahang.


Majlis telah dimulakan dengan Slot

motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Embong, Timbalan

Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.


Taklimat Gerak Kerja Pilihan Raya telah disampaikan oleh En.Abdul Majid Hassan, Pengarah JPN PAS Pahang.


Majlis diikuti dengan sesi perbincangan dan bertukar pandangan diantarta peserta

dan Jawatan Kuasa Harian JPN PAS Pahang.


Diakhir program peserta telah diberi peluang untuk membuat

penilian (muhasabah) secara lisan dan juga bertulis bagi membolehkan JPN me

laksanakan tindakan yang sesuai bagi mempertingkatkan gerak kerja bagi mendepani PRU 13
.

Sunday, August 22, 2010

JABATAN PILIHAN RAYA PAS PUSAT ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Jabatan Plihan Raya PAS Pusat (JPP) telah mengadakan Majlis Jamuan Berbuka Puasa di Brisdale Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas.


Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara Ahli Jawatan Kuasa JPP dan Pengarah-Pengarah dan Setiausaha-setiausha Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) dari seluruh negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut Yb Haji Salahuddin Ayub , Naib
Presiden PAS.

Sebelum daripada itu telah berlansung mesyuarat Jawatan Kuasa JPP dan Mesyuarat Majlis Setiausaha JPP di Pejabat Agung PAS.

Majlis yang serdahana dan santai tersebut amat menarik dan diharapkan dapat memberikan satu motavasi kepada semua yang
terlibat di semua peringkat.

Wednesday, August 18, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah ra.berkata:Telah bersabda Rasulaullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:

“Semua amalan anak Adam adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, ia adalah untukku dan akulah

yang memberikan ganjarannya.

Puasa itu adalah Perisai. Apabila seorang dari kamu berpuasa maka janganlah berkata kotor dan

janganlah menjerit-jerit tidak menentu.

Sekira seseorang mencelanya atau menyerangnya maka katakanlah “Sesungguhnya saya berpuasa”

Demi (Allah) yang nyawa Muhammad di dalam genggamannya bau busuk mulut orang yang berpuasa

itu adalah lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.

Bagi orang yang berpuasa itu adalah dua kegembiraan: Ketika berbuka puasa ia gembira dengan

hidangan berbukanya dan ketika bertemu Tuhannya ia akan gembira dengan puasanya.”

Antara perkara yang perlu diusahakan oleh seluruh umat Islam yang berpuasa terutamanya yang

mengabungkan diri dengan perjuangan Islam dalam Haraqah Islamiah :

i. Solat Tarawikh, witir dan Qiamullail hendaklah dilaksanakan setiap malam.

ii. Menamatkan bacaan Al-Quraan sekurang-kurangnya 30 juzuk sepanjang bulan Ramadhan.

iii. Menunggu lailatul Qadar .

iv. Memperbanyakkan sedekah.

v. Mengajak orang berbuka puasa.

vi. Memberi sumbangan kepada fakir miskin.

vii. Berusaha menjauhkan diri dari melakukan segala dosa termasuk dosa mata, dosa hati ,dan lain-lain bentuk dosa.

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah jika diizinkan besuk Rabu ,11 Ogos 2010 kita akan berada di hari pertama Bulan Ramadhan 1431 Hijriah. Umat Islam diseluruh dunia akan berada di hari pertama berpuasa Ramadhan tahun ini.


Seluruh umat Islam yang masih dipanjangkan umur harus bersyukur kerana dapat bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini.


Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari menyebut:

“ Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu langit (dalam riwayat yang lain “pintu Syurga”) ditutup pintu nearka dan dibelengu syaitan”

Imam al-Bahaiki pula telah meriwayatkan sebuah hadis dari Jabir katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Ramadhan telah datang kepada kamu. Ini adalah bulan yang Allah SWT memenuhkannya dengan keberkatan, menurunkan rahmat padanya, memadamkan kesalahan, memaqbulkan doa, menunggu mereka yang berlumba melakukan kebajikan dan malaikat Allah berbalah mengenai kebajikan kamu. Maka tunjukkanlah kepada Allah kebaikan, kerana orang yang celaka ialah mereka yang tidak mendapat rahmat Allah SWT dalam bulan tersebut.”



Seorang penyair berkata:

“Datanglah bulan Ramadhan sebagai tempat untuk bercucuk tanam seorang hamba bagi menyucikan hatinya dari kerosakan”

“Maka tunaikanlah haknya dan bawakanlah ia sebagai bekalan untuk akhirat”

“Sesiapa yang menanam bijian tetapi ia tidak menyiramnya akan menyesal ketika tiba musim menuai”


Oleh yang demikian, marilah syahabat-syahabat sekalian ,khususnya kita yang berada dalam Haraqah Islamiah ,berazam meningkatkan amal kita dalam bulan Ramadhan tahun ini , Ameen.

Tuesday, August 3, 2010

PROGRAM GERAK SEDIA JENTERA PILIHAN RAYA (GSJPr) & PROGRAM GERAKAN PENDAFTARAN PEMILIH (PGPP) KAWASAN PAYA BESAR & INDERA MAHKOTA BERJALAN LANCAR


Walaupun bertembung dengan beberapa program besar PAS Pahang Program GSJPr dan PGPP telah berjalan dengan lancar pada hari Ahad 1 Ogos yang lalu.

Program yang telah dirancang oleh PAS Pahang ini bertujuan mengerakkan Jentera Pilihan Raya di semua peringkat bagi menghadapi PRU 13 yang besar kemunkinannya akan diadakan pada pertengahan atau penghujung tahun hadapan.

Pada kali ini Kawasan Paya Besar telah mengerakkan program ini ke DUN Panching dan Sg.Lembing manakala Kawasan Indera Mahkota hanya menumpukan ke DUN Beserah. Pelbagai program diadakan termasuklah BBQ, Dikir Barat dan Tayangan VCD.

Kawasan pembantu dari hampir seluruh Negeri Pahang telah turun menjayakan program ini.

Kawasan Pekan, Bentong , Lipis,Raub dan Kuala Krau telah di tempatkan di Kawasan

Paya Besar manakala Kawasan Rompin, Bera, Temerloh dan Kuantan telah membantu di Kawasan Indera Mahkota.

Turut hadir bagi melihat dengan lebih dekat perjalanan program ini ialah Tuan Haji Nasir ,Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Saturday, July 17, 2010

KURSUS MELATIH JURULATIH (TOT) ANJURAN ILPAS DI PERINGKAT NEGERI PAHANG BERJALAN LANCAR

Kursus yang dirangka khas bagi melahirkan Jurulatih Jentera Pilihan Raya di Peringkat Negeri Pahang berjalan dengan lancar di Dewan Dato Abu Samah, Pejabat Badan Perhubugan PAS Pahang ,Temerloh selama 2 hari 2 malam mulai semalam.


Kursus yang dianjurkan oleh Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS) dihadiri lebih kurang 50 orang peserta mewakli Dewan
Ulamak, Pemuda dan Muslimat di Peringkat Negeri
dan juga wakil kawasan-kawasan di seluruh Negeri Pahang.

Tenaga Penceramah /trainer bagi program ini diturunkan dari Pusat
mewakili pelbagai
kemahiran
termasuklah berkaitan
Aqidah Islam dan Perundangan
Pilihan Raya.

Diantara trainer yang terlibat termasuklah Dr.Hj.Abdul Rahman Abdul Latif, Pengrah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Syed Zakaria Syed Zainal Abidin ,seorang pengamal undang-undang dan Ustaz Mohd.Asri Mat Daud AJK Lajnah Tarbiyah PAS Pusat.

Dalam ucapan penutup program ini Cikgu Abdul Majid Hassan, Pengarah JPN Pahang mengharapkan semua perserta kursus dapat berperanan dalam menyampaikan ilmu dan maklumat yang diperolehi ke semua
peringkat Jentera Parti bagi meghadapi Pilihan Raya Umum yang dijangka akan diadakan seawal April tahun hadapan.




Thursday, July 1, 2010

Jentera Pilihan Raya PAS DUN Muadzam Shah Giatkan Program Ziarah

Jentera Pilihan Raya (JPr) PAS DUN

Muadzam mengaktifkan program
ziarah dalam mendekati pengundi
setempat.

Pada hari Selasa baru-baru ini program tersebut telah diadakan dengan kerjasama PAS Cawangan Bandar Muadzam Shah.

Program tersebut yang diketui oleh Sdr.Ramli Awang Ahmad selaku
Pengarah JPr DUN telah disertai lebih-kurang sepuluh orang AJK Jentera PR peringkat DUN dan juga AJK Cawangan Muadzam Shah.


Pada malam tersebut enam buah rumah sempat kunjungi. Rumah-rumah yang diziarahi telah dikenalpasti terlebih dahulu mempunyai ahli keluarga yang sakit dan sebahagaian telah tidak bangun berbulan-bulan.

Walaupun dengan hanya berbekalkan hamper yang tidak seberapa ,kunjungan yang telah diadakan sangat bererti bagi mereka.

Sunday, June 27, 2010

PAS PAHANG LAKSANA PROGRAM GERAK SEDIA JENTERA PILIHAN RAYA PRU 13

Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang telah diamanahkan oleh Badan

Perhubungan bagi melaksanakan Program Gerak Sedia Jentera

Pilihan Raya dan Program Gerakan Pendaftaran Pemilih bagi

menghadapi PRU 13 yang boleh diadakan bila-bila masa selepas 8

Mac 2011.

Pada 26 & 27 Jun telah berlansung program tersebut bagi Fasa Ketiga.

Program yang melibatkan seluruh ahli perhubungan,anggota JPN petugas -petugas dari kawasan-kawasan telah diadakan di Kawasan Parlimen Pekan dan Kuantan .

Petugas -petugas yang dijangakan melebihi seribu orang termasuk petugas tempatan telah turun ke medan sejak petang hari Sabtu lagi

Pelbagai program diadakan termsuklah meziarahi ahli-ahli, kuliah

,ceramah dan Qiammulail, tahlil dan majlis ramah-mesra .

Kawasan Pekan melibatkan empat DUN iaitu Peramu Jaya, Chini,

Bebar dan Pulau Manis.

Kuantan pula mengadakan program di DUN Tanjung Lumpur

dan Inderapura.

Wednesday, June 2, 2010

KEKEJAMAN YAHUDI ,ISRAIL :APA SUMBANGAN KITA?


Sifat tidak berperikemanusiaan Yahudi jelas terbukti dengan serangan yang dilakukan oleh Komando Israil ke atas Pasukan aktivis misi kemanusiaan di atas Kapal Mavi Marvara tempuh hari.

Serangan ke atas aktivis yang tidak bersenjata dengan 19 buat bot, 4 kapal perang ,3 kapal selam dan tiga helikopter adalah tindakan kejam , gila dan tak berhati perut.

Namun kita jangan lupa di Malaysia pun berlaku perkara yang jika tak sama pun hampir sama. Serangan terhadap Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan syahabat-syahabatnya dengan Kereta Perisai dan senjata automatik satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.
Aggota polis yang diarahkan menyerang dikatakan ditipu dengan maklumat katanya ada "pondok penganas" . Arahan siapa ini?

Begitu juga peristiwa yang terkini anggota polis menembak mati pelajar yang lari dari sekatan jalan raya. Dikatakan pelajar tersebut ada parang di dalam kereta. Jika betul pun ada parang bolehkah polis menembak jika parang itu sekadar disimpan dan tidak dihalakan kepada polis atas tujuan mengancam keselamatan.

Yahudi, Israil ternyata zalim dan ganas. Tapi sejauh mana peranan yang telah kita laksanakan?

Dulu kita adakan kempen "Boikot Barangan atau Produk Yahudi" .Tapi lazimnya terhenti sekerat jalan. Marilah kita gerakkan semula.

Kerajaan Malaysia mesti buat lebih dari itu . Jangan sekadar berpura-pura. Negara-negara Islam mesti bersatu. Jangan takut pada kepada kuasa-kuasa barat . Jika Negara-negara Islam dan negara-negara Umat Islam bersatu kita pasti lebih kuat. Allahhu Akbar



Saturday, May 8, 2010

MAJLIS KENDURI DI RUMAH TYDP KAWASAN KUALA KRAU MERIAH

BANDAR PUSAT JENGKA: 8 MEI . Tuan Sheikh Nazri Husain ,
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran bersempena dengan perkahwinan anak perempuan beliau disini pada hari ini.

Alhamdulillah , penulis bersama
Saudara Roslan Zainal Al-Ahmadi ,
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang telah
berkesempatan hadir di majlis tersebut.

Ketika sampai ke majlis itu pada
lebih kurang
jam 12.45 tengahari rombongan
pengantin lelaki sampai
disambut dengan bacaan doa
selamat oleh Pak Sheikh Nazri.

Kehadiran tetamu dari pelbagai lapisan
masyarakat telah memeriahkan
majlis tersebut.

Monday, April 26, 2010

PRK P 094 HULU SELANGOR : BN MENANG CARA “TIDAK ANAK JANTAN”

Penulis baru saja pulang dari PRK P094 Hulu Selangor awal pagi tadi.
Alhamdulillah, berkesempatan bersama Kontigen PAS Pahang ,selaku “Negeri Pembantu” dalam PRK kali ini di Felda Soeharto sejak 12 April lagi walaupun terpaksa berulang-alik ke Rompin dan beberapa lokasi kerana tugas yang tidak dapat dielakkan. Namun penulis dapat merasakan PRK kali ini sangat berbeza dengan beberapa PRK sebelum ini disebabkan banuyak faktor yang tidak dapat disebut disini.

Semasa di sana sangat sukar untuk posting kerana “line celcom” di Felda Soeharto tidak bagus. Yang bagus ialah MAXIS kerana ada pencawang dalam kawasan Felda tersebut.

Bagi penulis kalah menang dalam PRK atau PRU adalah perkara biasa yang harus diterima.
Walaubagaimanapun dalam PRK kali ini Nampak sangat ketara tektik kotor dan “tidak Jantan”nya BN dalam berkempen.

Pengunaan jentera kerajaan memang menjadi kebiasaan dan tidak terkecuali dalam mana-mana PRU atau PRK. Di Felda Soeharto tempat PAS Pahang bertugas didapati petugas BN berkempen dan menipu dengan mengatakan yang bertanding dalam PRK kali ini ialah Dato Najib bukannya orang India.

Dilaporkan pempinan BN menyebarkan tohmah dan fitah yang keterlauan terhadap Calon PKR dan juga Dato Sri Anwar. Maklumat yang boleh diercayai mengatakan Khir Toyo sanggup mengtohmah Anwar dalam versi “lucah dan jijik” walupun dihadapan peyokong wanita. Kandungan ceritanya tak sanggup saya ceritakan sini.

Bagi BN buat apa saja asalakan boleh menang . Namun begitu kemenangan dengn mejoriti 1725 undi dengan tahap kerja yang BN lakukan, penipuan , penggunaan jentera kerajaan , pengunaan wang yang berlebihan menunjukkan BN tidak kuat. Dengan undi pos berjumlah lebih 700 undi bermakna BN tidaklah segagah dulu lagi. Bagaiman jika dalam PRU? Apabila BN tidak dapat menurnkan bala tentera seperti dalam PRK?

InsyaAllah ,masa depan PR adalah cerah.

Saturday, April 17, 2010

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KALI KE 26 BERLANSUNG DI MARKAS SEPAKAT, KUALA ROMPIN


ROMPIN 17 April 2010: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Rompin kali ke 26 telah dirasmikan oleh En.Roslan bin Zainal al-Ahmadi ,Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.

Mesyuarat telah dihadiri lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati dari tiga DUN dari seluruh Kawasan Rompin , iaitu DUN Tioman, DUN Muadzam Shah dan DUN Ibam.

Dalam ucapannya antara lain Roslan telah mengingatkan tentang perlunya pimpinan dan ahli disemua peringkat mendokong Pelan Induk PAS Pahang (PIPP) bagi memenangi PRU 13 dan menawan Negeri Pahang.

Disamping itu juga pemimpin di peringkat kawasan perlulah menjadi murabbi kepada pimpinan dan ahli diperingkat cawangan. Murabbi bermaksud mampu berperanan sebagai fasilitator , moderator dan executor .

Mesyuarat yang telah berakhir pada jam 3.00 petang telah meluluskan tiga usul untuk diangkat ke Muktamar PAS Pusat yang akan berlansung pada Jun,2010 di Kota Bharu.

Thursday, April 1, 2010

JABATAN PILIHAN RAYA NEGERI ,PAS PAHANG (JPN) TURUN PADANG



TEMERLOH :1 April

Rombongan Jabatan Pilihan Raya Negeri PAS Pahang (JPN) yang diketui Cikgu Majid Hassan, Pengarah JPN telah turun ke Kawasan Kuala Krau bagi memantau persediaan kawasan kearah mengerakkan jentera pilihan raya bagi menghadpi PRU 13.

Majlis telah dihadiri lebih 30 orang pimpinan dan petugas pilihan raya dari seluruh kawasan di Markas Jabatan Pilihan Raya DUN Kerdau lebih kurang 17 kilometer dari sini.

Taklimat mengenai perancangan gerak kerja telah disampaikan oleh Sheikh Nazri Husain, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kuala Krau. Peserta taklimat menunjukkan minat yang tinggi dan mengambil bahagian secara aktif dalam sesi perbincangan pada malam tersebut.

Cikgu Abdul Majid Hassan dalam ulasannya setelah mendengar taklimat dan sesi perbincangan telah mengucapkan syabas kepada PAS Kawasan Kuala Krau yang telah merancang gerak kerja yang biak tapi masih perlu diperhalusi dalam semua aspek.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP