Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Saturday, January 24, 2009

TOPI KELEDAR, SEREBAN DAN TALI PINGGANG KELEDAR

Setelah lima puluh tahun merdeka Kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) masih kelam-kabut dalam mencari penyelesaian terhadap masalah Keselamatan Jalan Raya.

Masalah kemalangan jalan raya tetap menjadi persoalan yang tidak berpenghujung. Memang tidak munkin untuk menyelesaikan permasalahan ini seratus peratus. Namun yang menghairankan, jalan penyelesaian yang diutarakan agak “kelakar”, tidak berasaskan fakta dan kaji selidik yang rapi.

Disamping itu juga undang-undang yang dikuat-kuasakan seringkali membebankan orang-orang yanug susah atau berpendapatan rendah. Sepatutnya pihak berkuasa mesti membuat penyelidikan apakah punca utama kepada kemalangan jalan raya.

Sebagai contoh faktor kemanusiaan seperti Memandu laju, kecuaian, salah-laku jalan raya, mabuk dan seumpamanya. Faktor mana berada di’ranking “ teratas .Kemudian carilah jalan penyelesian satu per satu.

Kedua ,faktor struktur Jalan Raya seperti permukaan jalan yang tidak rata ,berlubang, “super-elevation” yang tidak betul dan seumpamnya (pakar-pakar di Jabatan Kerja Raya lebih arif mengenainya) . Pandangan mereka perlu diambil kira.

Ketiga ,faktor penandaan jalan seperti tanda pada selekoh yang tidak cukup, tanda boleh memotong tidak diletakkan pada tempat yang betul juga boleh mengungang kepada kemalangan.

Keempat ,Tanda amaran bagi kerja-kerja pembinaan. Seringkali kita lihat tanda awas, orang sedang berkerja, separuh jalan ditutup dan lain-lain tidak diletakkan secukupnya mengikut “arahan teknik” . Tidak ada siapa yang peduli .Apatah lagi jika kontraktor itu baik dengan orang tertentu atau telah tumbuk rusuk pihak berkuasa seperti polis.

Mengenakan tindakan kepada penompang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar walaupun seorang ,tidak akan menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya. Yang pasti menyusahkan orang yang dah sedia susah.


Begitu juga dengan menguatkuasakan pemakaian topi keledar yang menetapi piawai dan tidak mengecualikan bagi orang Islam yang memakai sereban belum pasti menyelesaikan masalah kemalangan. Yang pasti orang yang susah ,terpaksa berbelanja untuk membeli topi keledar baru kerana yang sedia ada tidak menepati piawai. Yang pasti syarikat pengeluar topi keledar boleh menarik nafas lega walaupun dalam keadaan ekonomi meleset.

Menteri-menteri BN mana nak rasa kesusuhan rakyat jelata ini semua. Mereka punya kereta besar-besar , bukan sebuah berbuah-buah. Mereka mana naik motorsikal. Jika naik motorsikal pun superbike ,sekadar hobi.

Marilah sama-sama kita renungkan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP