Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, January 19, 2009

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL (PRK) P.036 PARLIMEN KUALA TERENGGANU: PAS & (PAKATAN RAKYAT) BERSYUKUR ATAS KEMENANGAN, BN TAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN



PRK P.036 Parlimen Kuala Terengganu telah berakhir .Keputusan telan memihak kepada PAS dengan sokongan seluruh Parti Komponen Pakatan Rakyat (PR) bagi menjayakan kerja-kerja PRK yang penuh bersejarah.
Dalam PAS sejak dulu lagi, jika menang kita bersyukur ,jika Kalah kita redha atas ketentuan Ilahi setelah berkerja keras dan meletakkan tawakal kepada yang maha berkuasa.
Apabila Mohd.Abdul Wahid Endut calon yang mewakili PAS diistiharkan menang ucapan tahniah dari Rakan Pimpinan dan Syahabat-syahabat diiringi
“peringatan agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah untuk Pastikan Keberkatan dalam setiap usaha .”
Mursyidul Am PAS pula mengingatkan Ahli-ahli PR suapaya menerima kemenangan dengan penuh rasa rendah diri (humility).Disamping itu juga beliau mengingatkan anggota PR jangan mengeluarkan kat-kata yang boleh melukakan hati pihak yang kalah. “Inilah akhlak Islam”

Disebaliknya kita lihat pimpinan BN bertelagah dan berbeza pendapat dalam melihat punca kekalahan mereka. Seolah-oleh tidak menerina hakikat yang telah ditentukan Allah.
“Kita merangacang dan Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik peracang”
Kebanyakan pimpinan BN menyalahkan calon mereka. Ada juga yang menyalahkan pengundi luar tak balik dan bermacam lagi termasuklah menyalahkan cara PAS berkempen.
Apabila PAS lewat dalam mengistiharkan calon dahulu mererka kata PAS ketandusan calon.
Sebenarbya ,BNlah yang kritikal dalam memilih calon.BN juga sebenarnya telah ketandusan kepimpinan yang berwibawa.
Memanglah dalam PRK baru-baru ini BN tidak dapat menurunkan calon yang setanding.Namun bukan itu sahaja faktor kekalahan.

Kita yang berada disana dapat melihat bagaiman BN memaksimakan pengunaan jentera kerajaan. Jelas dan terang berkempen untuk calon BN.
Kita juga difaham mereka yang balik mengundi untuk BN diberi imbuhan yang besar.
Jika dengan ini BN tidak boleh menang lagi sudah barang pasti punca kekalan bukan hanya kerana calon.
Hakikatnya rakyat sudah tidak yakin akan keupayaan BN dalam memerintah Negara. Pemimpin mereka yang rasuah , mementingkan perut sendiri,Isu Royalti yang belum selesai, kroni dan bermacam lagi .

Masalah sosial dikalangan remaja makin membimbingkan , hiburan melampau ,dadah tidak dapat dikawal…dimana bijaknya BN memerintah.
“Oran kampong semua dah tau”
Politik yang berasaskan kaum yang dipelopori BN telah tidak releven lagi.
Rakyat memerlukan pembelaan tanpa mengira bangsa dan kaum.
Rakyat mahukan perubahan. Pilihan merekan ialah PAKATAN RAKYAT.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP