Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Thursday, January 29, 2009

KEMENANGAN PAS DALAM PILIHAN RAYA KECIL (PRK) P.036 KUALA TERENGGANU:SATU MUHASABAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Langit dan Bumi serta segala diantata keduanya. Dialah Rabb yang Maha kuasa dan Maha Bekuasa atas apa jua yang dikehendakinya. Kemenangan PAS yang meletakkan Hj.Mohd.Abdul Wahid Endut sebagai calon dalam PRK yang lalu adalah hasil dari usaha gigih petugas-petugas tempatan, petugas-petugas dari DUN Pembantu dan juga Negeri-Negeri Pembantu dari seluruh pelusuh tanah air serta yang terpenting ialah atas kehendah Allah SWT. Penolakan terhadapa BN.

Dalam muhasabah yang ringkas ini saya tidak berhajat untuk menyentuh faktor negatif BN dan Parti-parti komponen BN serta perkara yang berkaitan dengannya yang menyebabkan mejorti rakyat tidak mempunyai keyakinan lagi kepda BN.

Faktor Imej

Faktor calon, Imej Pemimpin tertinggi PAS seperti Tuan Guru Mursyidul Am , Tuan Guru Presiden , Sokongan yang padu dari Parti-parti komponen Pakatan Rakat dan juga Kelab-Kelab Penykong PAS juga merupakan faktor penyumbang kepada kemenangan yang besar kali ini. Peranan NGO samada secara lansung maupun tidak lansung tidak harus dilupakan.





Perancangan
Gerak-kerja

Selain dari itu Perancangan Awal dan Kerja yang berstrategi dalam PRK lepas memberi kesan dalam melicinkan gerak-kerja pilihan raya. Kerja yang berperancangan , berstrategi dan berfokus memunkinkan kelancaran dan kebekesnan kerja yang terbukti membuahkan hasil dengan izin Allah .

Bermunajat Kepada Allah

Program Munajat ,samada yang disusun di semua peringkat gerak kerja pilihan raya maupun yang dilaksanakan oleh anggota jamaah yang tidak dapat bersama dalam gerak-kerja secara lansung adalah agenda yang sangat penting bagi memohon pertolongan Allah.

Penutup


Oleh yang demikian segala faktor yang menyumbang kepada kemenangan PRK kali ini (banyak lagi faktor yang tidak disebutkan) perlulah ditelti oleh semua perinkat kepimpinan dalam PAS. Janganlah hendaknya ada dikalangan pimpinan disemua peringkat hinggalah ke cawangan yang hanya seronok bercerita tentang kemenangan tetapi tidak bersedia berkerja kearah kemenangan.

Telah banyak dibincangan dalam Usrah, Tamrin, Seminar dan semupamanya tentang syarat-syarat untuk mencapai kemenangan namun masih ramai yang hanya faham dalam bentuk teori tapi masih tidak menjelmakannya dalam bentuk praktikal.

Masyrakat sekarang menaruh kepercayaan dan harapan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Oleh itu seluruh lapisan Warga PAS dan PR hendaklah mengembeling sepenuh tenaga bagi memastikan harapan yang diberikan oleh rakyat tidak dipersiakan.

Tingkatkan Usaha, Tekatkan Azam terus bergerak ke hadapan menuju Mardhatillah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP