Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, November 14, 2011

PENGURUSAN KOMPREHENSIF DARI PERSPEKTIF ISLAM

MODUL 1: TAUHID SEBAGAI PAKSI KEPADA PENGURUSAN ISLAM

(Ringkasan bahagian pertama daripada Modul 1 yang telah disampaikan di Surau al-Mhajirin, Muadzam Shah,Pahang)


ASAS-ASAS PENGURUSAN ISLAM


Pengurusan adalah satu proses usaha menyusun aktiviti-aktiviti sesebuah organisasi menerusi manusia untuk mencapai matlamat yang telah dikenalpasti.


Islam menekankan kepentingan memiliki orang yang efektif dan berintegriti.


Sistem pengurusan Islam adalah berasaskan Tawhid yang menghasilkan orang yang bertanggungjawab dan memiliki integriti yang tinggi.

*konsep syahadah


Tawhid

Definisi

Kategori Tawhid

Kesan Tawhid pada kehidupan manusia


Definisi

Tawhid : Manifestasi yang benar dan betul dalam konsep monoteisme (monotheism) Islam yang mempercayai Tuhan hanya satu dan Kepercayaan Islam bahawa “Tiada Tuhan Selain Allah”

وإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ

ٱلرَّحِيمُ (2:163)


Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang maha Esa :tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Tauhid


Definisi: Ilmu tauhid ialah ilmu yang membicarakan tentang persoalan keesaan Allah SWT dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


l Natijah:meningkat semangat beramal dan berkerja menurut iktikad tersebut.

Nota: “Ilmu” bermaksud mendapatkan

sesuatu makna berbetulan dan bertepatan dengan hakikatnya yang sebenar.


Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid


i.Uluhiyyah & i.Rububiyyah:Mengenai ketuhanan.

ii.Nubuwwah: Mengenai kenabian

iii.Sam’iyyat: Mengenai perkara yang ghaib yang diberitakan oleh Allah SWT dan RasulNya,seperti nikmat syurga,azab neraka dan hari kiamat.

iv.Mumkinat:Mengenai alam dan manusia yang boleh menjadi dalil tentang kewujudan Allah SWT yang tidak bersamaan dengan yang baru.


TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAUHID

  1. Mengenal serta tunduk dan patuh kepada Allah SWT yang bersifat dengan sifat kesempurnaan,mempunyai nama-nama yang mulia serta suci daripada sifat kekurangan.
  2. Mengenal serta mengikut para rasul yang bersifat dengan sifat-sifat terpuji lagi maksum.
  3. Mendapat keselamatan,kebahagian,dan keredahaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  4. Menetapkan hati agar tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu daripada kayu,batu,kebendaan dan lian-lain lagi.

Rumusan : Hanya pengurus atau pemimpin yang mantap dari Aspek Aqidah sahaja yang mampu menjadi pengurus atau pemimpin yang berjaya kerana sentiasa ingat akan kekuasaan dan kekuatan Allah SWT.

Pengurus atau pemimpin hanya menjalakan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Integriti dalam erti kata yang sebenar hanya akan dapat dijelmakan dengan adanya Akidah yang mantap. Jika tidak ianya hanya akan menjadi satu slogan atau lambang yang kosong yang tidak bermakna,sekadar dipamir atau laungkan seperti tin kosong yang tidak berisi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP