Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, November 29, 2011

CERAMAH UMUM DI KERATONG 3, ROMPIN


Beberapa perkara yang disentuh dalam ucapan ceramah Yb Teo Kok Seong,ADUN Bahau

Yb Teo Kok Seong telah mendedahkan tentang kelemahan wakil-wakil rakyat Barisan National (BN) yang tidak prihatin dengan masalah rakyat. Tan Sri Isa Samad sendiri tidak berucap atau bertanya soalan dalam Dewan Undang Negeri sejak dia menang dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Beliau juga mendedahkan ada wakil rakyat BN bertanya tentang jumlah ular sawa yang terdapat dalam se buah taman ular di Negeri Sembilan. Dalam soalan tambahannya pula beliau bertanyakan berapa jenis spesis ular tersebut.

“Apakah tugas wakil rakyat untuk bertanya soal ular atau menyuarakan nasib dan memperjuangan nasib rakyat” soal beliau.

Beliau juga menyebut wakil-wakil dari UMNO menakut-nakutkan pengundi melayu jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, orang melayu tidak ada tempat. MCA pula akan menakutkan orang Cina jika PR memerintah orang cina tidak ada tempat. Manakala MIC pula menakutkan orang India jika PR menang orang India tidak ada tempat.

“Jika begitu siapa yang ada tempat “ Tanya beliau .Sebenarnya jika PR menang BN lah yang tidak ada tempat.

Beberapa perkara yang telah disentuh oleh Haji Mohd. Bin Sabu,Timbalan Presiden PAS

PAS jika berjuang bersendirian paling kuat boleh memerintah 2 negeri sahaja dalam Malaysia.

Jika tidak bergabung diantara parti-parti pembangkang ,hanya mampu menjadi pembangkang sahaja.

Dalam PRU 12 apabila parti-parti pembangkang bergabung dalam pakatan rakyat (PR) lima negeri telah dapat ditawan.

Dalam Pilihan Raya pada tahun 2008 itu PR mendapat 52 peratus undi popular di Semenanjung Malaysia. BN hanya mendapat 46 peratus undi popular.

Kejayaan kerajaan Kelantan membuat beberapa perubahan di Kelantan termasuk memberi cuti bersalin 60 hari dan bekerja 5 hari seminggu telah ditiru oleh Kerajaan Pusat (BN).

Yb Lim Guan Eng telah melaksanakan strategi “Lawan Rasuah & Tutup Ketirisan” untuk meningkatkan ekonomi negeri Pulau Pinang. Ini membolehkan Pulau Pinang menyelesaikan hutang daripada 630 Juta tinggal 30 juta.

Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid telah dapat meningkatkan prestasi pemerintahan yang sangat baik. Lebihan pendapatan melebihi 100 Juta.

Audit Negara telah memberi pengakuan 4 Negeri PR telah menunjukkan prestasi pentadbiran yang terbaik.

PR jika berjaya mengambil-alih pemerintahan akan melaksanakan janji-janji yang telah ditawarkan di dalam Buku Jingga.

1 comments:

tukang gunting Sunday, 05 February, 2012  

MARKAZ PAS DESA TERATAI, BANDAR MUADZAM SHAH PAHANG JAM 9 MALAM ISNIN 06/02/2012 CERAMAH OLEH AHLI PARLIMEN KUANTAN PAHANG ( PARTI KEADILAN RAKYAT ) YB.FUZIAH SALLEH .....HADIR BERAMAI RAMAI DAN SEBAR.....!!!.....KAN.

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP