Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, April 26, 2010

PRK P 094 HULU SELANGOR : BN MENANG CARA “TIDAK ANAK JANTAN”

Penulis baru saja pulang dari PRK P094 Hulu Selangor awal pagi tadi.
Alhamdulillah, berkesempatan bersama Kontigen PAS Pahang ,selaku “Negeri Pembantu” dalam PRK kali ini di Felda Soeharto sejak 12 April lagi walaupun terpaksa berulang-alik ke Rompin dan beberapa lokasi kerana tugas yang tidak dapat dielakkan. Namun penulis dapat merasakan PRK kali ini sangat berbeza dengan beberapa PRK sebelum ini disebabkan banuyak faktor yang tidak dapat disebut disini.

Semasa di sana sangat sukar untuk posting kerana “line celcom” di Felda Soeharto tidak bagus. Yang bagus ialah MAXIS kerana ada pencawang dalam kawasan Felda tersebut.

Bagi penulis kalah menang dalam PRK atau PRU adalah perkara biasa yang harus diterima.
Walaubagaimanapun dalam PRK kali ini Nampak sangat ketara tektik kotor dan “tidak Jantan”nya BN dalam berkempen.

Pengunaan jentera kerajaan memang menjadi kebiasaan dan tidak terkecuali dalam mana-mana PRU atau PRK. Di Felda Soeharto tempat PAS Pahang bertugas didapati petugas BN berkempen dan menipu dengan mengatakan yang bertanding dalam PRK kali ini ialah Dato Najib bukannya orang India.

Dilaporkan pempinan BN menyebarkan tohmah dan fitah yang keterlauan terhadap Calon PKR dan juga Dato Sri Anwar. Maklumat yang boleh diercayai mengatakan Khir Toyo sanggup mengtohmah Anwar dalam versi “lucah dan jijik” walupun dihadapan peyokong wanita. Kandungan ceritanya tak sanggup saya ceritakan sini.

Bagi BN buat apa saja asalakan boleh menang . Namun begitu kemenangan dengn mejoriti 1725 undi dengan tahap kerja yang BN lakukan, penipuan , penggunaan jentera kerajaan , pengunaan wang yang berlebihan menunjukkan BN tidak kuat. Dengan undi pos berjumlah lebih 700 undi bermakna BN tidaklah segagah dulu lagi. Bagaiman jika dalam PRU? Apabila BN tidak dapat menurnkan bala tentera seperti dalam PRK?

InsyaAllah ,masa depan PR adalah cerah.

3 comments:

garamlada Monday, 26 April, 2010  

En. Lan,

Sebenarnya dari dulu lagi UMNO ni berlawan cara pondan atau cara bukan anak jantan tu. Dia 'berperang' dengan musuh dia tapi bukan dia yang menyerang musuh dia, dia guna semua pencacai, barua, dan segala paria yang dia ada!

En. Lan mengenai yang en lan minta pandangan saya hri tu, saya rasa yang ini lebih sesuai : Master of Arts in body/mind integrative studies.

mazlanyasin Monday, 26 April, 2010  

Maksudnya "Natural Health and Healing " under University of Natural Healing ke,tq

accudo Tuesday, 27 April, 2010  

En. Lan,

Master of natural healing tu ana tengok banyak tentang nutrition and konsep homopaty - ianya lebih ke arah rawatan alternatif. Yang ini kalau mahu menjadi pengamal rawatan alternatif ok !

Kalau Master of arts in body/mind integrative studies tu pada ana lebih kepada motivasi dan kaunseling atau seumpamanya. Yang ini pada ana lebih memantapkan kemahiran yang en lan kuasai sekarang.

Wallahu aklam !

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP