BN TERDESAK ,RAMPAS HARAKAH ,SUARA KEADILAN & SEKAT CERAMAH
Barisan National (BN) dalam keadaan terdesak apabila tewas 5 Negeri dalam PRU 12 dan kecundang dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Semua orang tahu UMNO/BN sangup melakukan apa saja bagi menentukan survival politik mereka. Diantara ramai pemimpin BN Najiblah orang yang paling tertekan dengan kekalahan dalam 2 PRK kerana beliau telah diamanahkan menjadi “ketua panglima”di kedua “gelangang” tersebut tetapi tersukur ke bumi tewas di kedua-dua nya. Disamping itu dia sedang menunggun untuk dinobatkan sebgai Peresiden UMNO namun prestasi dan imejnya makin menurun.
Oleh itu apabila Taujul Rosli gagal dalam melaksanakan misi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak Najib yang mengambil alih Pengerusi Perhubungan BN Perak telah berhempas pulas untuk menaikkan imejnya.
Tindakan tidak beretika Najib dengan “muka tak malu” mengadap Tuanku Sultan walaupun dia tidak ada kena mengena dengan Negeri Perak kerana kuasa Eksekutif di peringkat Negeri Perak mengikut perlembagaan ialah MB sendiri ,iaitu DS Niazar bukannya TPM.
Sultan yang tidak memperkenankan Pembubran DUN atas permintaan DS Nizar telah “malu alah” dengan Najib ,entah mengapa kita pun tak faham sebab baginda sepatutnya lebih faham sebab bekas pengamal undang-undang di peringkat tertinggi.
Sepertimana kita lihat penulisan oleh pengamal-pengamal undang yang bebas semuanuya menyebut MB Perak dan Kerajaan PR yang ada sekarang masih sah sehingga berlaku 2 perkara samada “Undi Tidak Percaya” melalui siang dewan khas atau Pembubaran Dewan dan laksanakan Pilihan Raya.
Sekarang ini kita difahamkan Kerajaan Pak Lah dan Najib melakukan tindakan “pengecut’ dan “khianat’ dengan merampas Harakah dan Suara Keadilan. Kemudian menggunakan polis untuk menyekat ceramah politik di seluruh negeri Perak.
Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menyekat maklumat yang betul dan tepat daripada sampai kepada masyarakat.
Inilah tidakan penakut dan bacul kerana takut kepada bayang-banyang sendiri .
“Kita merangcang ,Allah juga merancang sesungguhnya Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik Perancangan.
0 comments:
Post a Comment