Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Thursday, February 5, 2009

BN AMAL POLOTIK JAHAT :NAJIB USAHA ROMPAK KERAJAAN PERAK


BN memang terkenal dengan mengamalkan polItik jahat sejak zaman berzaman, dulu kini dan selamanya. UMNO & BNlah yang mengotorkan politik sehingga fahaman tentang “politik kotor “ ini sukar untuk dibersihkan.

BN sangat cemburu dengan penguasaan perkembangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Politik Malaysia.
Kejayaan PR menguasai 5 negeri selepas PRU 12 dan kemenangan PR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sangat merunsingkan BN.

Kesetablian dan Kerjasama dalam PR berbeza dengan apa yang berlaku dalam BN sangat membimbangkan BN .Jika ini berterusan hingga ke PRU 13 pentanda BN akan berkubur.
Oleh itu BN dengan apa cara sekalipun serta kuasa di peringkat pusat yang ada ditangan mereka cuba menyekat kemaraan PR dalam Landscape baru politik Negara.

Apa yang berlaku di Perak jelas menunjukkana BN tidak "gentleman" dan mempergunakan SPR dan Instituisi Raja untuk merompak Kerajaan di bawah PR yang telah mendapat dan kepercayaan Rakyat.

Disamping kedurjanaan Najib dan BN itu kita lihat juga bagaimana tidak bermruahnya Dato Nasaruddin ,ADUN Bota yang kembali kepada UMNO/BN setelah hanya 10 hari menyertai PKR.
Dengan alasan kesetabilan politik. Apakah sepuluh hari sebelum itu dia tidak tahu tentang kesetabilan politk di Perak. Memang dasar “putar beit”, “lidah bercabang” ,tidak ada maruah lebih teruk daripada “katak”

Selain dari itu, harus juga diambil ikhtibar khusus saudara-saudara dan "adik-adik " dalam PKR fikirkanlah program tarbiyah khusus bagi ahli-ahli yang beragama Islam. Kekuatan dalam sangat penting. Lihatlah bagaimana Kerajaan Kelantan dulu dapat dipertahankan walaupun dalam keadan mejoriti 1 kerusi. InsyaAllah kerana Exco dan ADUN yang ditarbiyah.

Penulis yakin ramai pimpinan PKR yang boleh melaksanakan program tarbiyah terutamanya bekas-bekas aktivis ABIM dan JIM. Jika program ini tidak disegerakan kita bimbang hayat PKR tidak panjang .

Perjuangan yang hakiki berteras Aqidah yang Betul dan Niat yang Ikhlas mencari Keredhaan Ilahi.

1 comments:

Anonymous Monday, 06 April, 2009  

lompat ke pakatpakatan namanya bermaruah, lompat ke BN kononnya tak bermaruah, pengumuman matjenin 1 sept tu bermaruah sangat ke. kononnya lepas 2bukit 1batang ni ada pengumuman bermaruah lagi ke. maruah opah nya. jahanam la dia tu

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP