Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Wednesday, June 8, 2011

MERENUNG UCAPAN PENGULUNGAN PRESIDEN DI MUKTAMAR PAS KALI KE 57

Yb Tuan Guru Presiden telah memulakan

ucapan pengulungan dengan membaca beberapa ayat awal dari surah Ash-Shaff.
Walaupun surah ini sering dibacakan dalam solat khususnya oleh anggota Jamaah Islam dan juga dipetik oleh penceramah-penceramah hiraki
dalam ucapan mereka,namum Tuan Guru Presiden tetap memilih ayat-ayat dari surah Ash-Saff bagi memunkaddimahkan ucapannya di akhir muktamar yang bersejarah itu.

“ Bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi;dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(1)


Hai orang-orang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?(2)


Amat Besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan. (3)


Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh. (4)” Surah Ash-Shaff


Sudah barang pasti Tuan Guru Presiden mempunyai rational yang amat jelas bagi beliau mengulangi beberapa ayat dari Surah Ash-Shaff yang sering menjadi “wirid” setiap pendukung Jamaah yang seharusnya mendasari tasawur perjuangan Islam dan Jamaah Islamiah.


Tazkirah Tuan Guru di hadapan kurang lebih 1000 perwakilan itu sudah barang pasti

mengharapkan setiap muktamirin medalam muhasabah semoga menghindari banyak

berteori dari merialisasikan gerak-kerja yang berencana dan berstrategi dalam semua sudut tugasan di dalam Jamaah.


Terlalu banyak tugasan yang perlu disempurnakan menjelang PRU 13 ini yang dijangka akan

berlansung pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan. Gerak-kerja berkonsepkan ’amal-

jama’iyy perlu dilaksanakan di dalam semua Lajnah dan Jentera Parti tanpa kecuali.


Ingatan Tuan Guru supaya semua pendokong Jamaah memahami Feqh Siasah ,khususnya

Tahaluf-Siasi dalam mendepani PRU 13 adalah sangat penting. Dalam kontek ini setiap anggota

parti terutamanya pimpinan di semua peringkat perlu membuat anjakan paradigm (paradigm

shift) dalam melihat keharusan berkerjama dengan bukan Islam (non-muslim) .


Memahami Tahaluf-Siasi memunkinkan kelancaran gerak-kerja terutamanya yang melibatkan

kerjasama dengan rakan bukan Islam. Persefahaman dengan rakan bukan Islam yang tidak

mengugat kita dari mengekalkan Jati Diri Islam.


Hendaknya ingatan beliau akan kepincangan demokerasi di Malaysia dan media arus perdana

yang dikongkong disambut dengan persediaan petugas parti yang penuh strategik bagi

menghadapi “pertandingan di padang yang tidak sama rata” dalam PRU ke 13yang akan datang.


Tiga perkara yang jelas mesti menjadi focus utama bagi

mendepani PRU 13 ialah;

1.Mengemaskini dan memantapkan Jentera Pilihan Raya


2.Mengemaskini dan memantapkan Organisasi Parti


3.Menyemak dan mendaftar pemilih setiap masa


Mudah-mudahan renugan yang sedikit ini dapat menyumbang ke arah pencetusan idea yang

lebih bermakana dan bererti dalam melayari lautan perjuangan yang sangat mencabar.

“Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.”


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP