Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, April 19, 2011

KENANGAN DI TANJUNG DATU


PRU DUN Sarawak baru saja berakhir .

Keputusan telah pun diketahui pada 16 April malam yang lalu.

Kontingen PAS Pahang yang pada awalnya telah dirancang untuk bertugas di Sebuyau bersama PAS Kedah sebagai Negeri Peneraju telah diamanahkan ke Tanjung Datu sebagai Negeri Peneraju apabila PAS bertanding di Lima Kerusi dalam PRU kali ini.

Sepertimana yang diarahkan oleh PAS Pusat, Kontingen PAS Pahang telah turun pada 1 April dengan kekuatan Gelombang Pertama seramai

13 orang . Gelombang Kedua yang diterbangkan pada 8 April terdiri daripada 20 petugas.

Disamping itu juga ada kawasan-kawasan yang menghantarkan petugas atas perbelanjaan kawasan atau petugas itu sendiri. Pada hari pembuangan undi Putgas PAS Pahang adalah sekitar 30 orang. Inilah semangat jihad yang harus diteladani.

PAS Pahang turun kali ini di DUN yang tidak pernah ditandingi oleh PAS sebelumini.

Di sini tidak ada Cawangan atau jentera. PKR yang bertanding sebelum ini hanya mampu meraih 400 lebih undi dan hilang wang pertaruhan.

Objektif PAS bertanding disini adalah untuk meletakkan tapak dan dakwah.

Dengan segala kepayahan Petugas Pahang

bersama Negeri Pembantu Johor dan Melaka

tetap tabah berhadapan segala rintangan dan halangan .Sebahagiannya tidak pernah dialami semasa bertugas di mana-mana PRU atau PRK di Semenanjung.

Setelah berusaha sedaya-upaya dengan sumber yang terbatas selama dua minggu akhirnya segala penat dan lelah terubat juga apabila keputusan diistiharkan, calon PAS mendapat 1002 undi dan tidak hilang wang pertaruhan.

Tahniah kepada seluruh petugas PAS Pahang ,PAS Johor dan Melaka.Semo

ga segala amal yang dicurahkan dapat memberat timbangan di akhirat kelak, InsyaAllah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP