Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Thursday, December 31, 2009

HADIAH TAHUN BARU : HARGA GULA NAIK 20 SEN & ROTI PUTIH DIKELUARKAN DARI SENARAI BARANG KAWALAN


Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan "hadiah tahun baru" dari "Kerajaan Prihatin, Rakyat Didahulukan" iaitu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikan harga runcit baru gula di semenanjung Rm 1.65 sekilogram manakala di Sabah dan Serawak Rm 1.75 sekilogram.

Bukan itu sahaja ,seperti kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan ,Datuk Mohd.Zain Mohd.Dom yang disiarkan dalam akhbar-akhbar hari ini kerajaan menarik balik subsidi bagi roti putih dan mengeluarkannya daripada kawalan. (Berita Harian ,Jumaat 1 Januari 2010 m.s 6), The Star Friday 1 Jan 2010 , muka hadapan)

Setiap kali kenaikan barang berlaku pihak kerajaan akan membandingkan dengan harga barang di negra lain. Dengan ini diharapkan rakyat akan berpuas hati dengan hujah yang diberikan.

Di manakah letaknya strategi kerajaan bagi menentukan barang-barang keperluan utama ini dapat dikekalkan pada harga yang tidak membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Bagaimana dengan strategi pertanian setelah 50 tahun lebih merdeka masih gagal membekal bahan mentah yang utama tanpa bergantung kepada import.

Apa yang membimbangkan kita ialah kesan berangkai dari kenaikan harga gula akan menyebabkan semua produk yang menggunakan gula akan meningkat. Walaupun kementerian berkenaan berjanji akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan peniaga makanan dan pemilik restoran tidak menaikkan harga makanan sesuka hati , kita tidak begitu yakin ini boleh dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan pengalaman yang lalu.

Apa yang nyata "rakyat didahulukan" dalam menangung beban hasil dari tindakan kerajaan yang tidak bijak dalam merancang ekonomi, ketirisan , rasuah dan pelbagai lagi.

1 comments:

Anonymous Sunday, 03 January, 2010  

Hadiah tahun baru yang tidak disenangi oleh hampir-hampir semua warganegara terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Orang yang selalu menguruskan pembelian bahan-bahan mentah untuk dapor amat merasai dan kesal dengan keadaan ini. Contohnya semua jenis bawang dua kali ganda naik harga runcitnya. Beras, minyak masak, lada, ikan juga ikut naik. Orang yang tidak menguruskan dapor harus terleka dan kurang terasa dengan fenomena ini. Perbelanjaan sara hidup meningkat dan amat tidak setara dengan pertambahan pendapatan. Jika berterusan begini, nanti boleh 'crash' ekonomi keluarga.

Kita mengharapkan semua pemimpin kita lebih perihatin dan bertanggungtajab kepada semua rakyat khasnya. Bertindaklah dengan lebih bijak dan lebih berhemah. Tolong hayati dasar paling asas demokrasi, dari rakyat untuk rakyat.

Janganlah membuat tindakan-tindakan berbentuk fitnah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Wahai para pemimpin sekelian, anda semua memegang amanah. Nasib negara, rakyat ditangan anda semua. Merancanglah dengan bijak, jangan membazir, bendunglah rasuah dan lain-lain hanya kerana Allah.

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP