Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRI

Alhamdulillah marilah kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadzrat Allah Subha nahu wata’ala Rabb yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi serta di antara keduanya kerana kita dipanjangkan umur serta dapat terus bernafas di tahun baru 1430 hijri yang jatuh pada 29 hb. December, 08

Ingatlah, apa juga yang ada di syurga dan di bumi kepunyaanNya. Dia mengetahui semua apa yang kamu fikirkan dan tindakan. Pada hari itu (pembalasan) apabila kamu dikembalikan kepadaNya,Dia akan mendedahkan apa yang telah lakukan. Allah mengetahui segala-galanya.”

Oleh itu segala perancangan yang kita susun bagi mengisi tahun baru, munkin dengan cita-cita dan semangat yang baru ini hendaklah berteraskan ketaqwaan kita kepada Allah yang maha esa lagi maha kuasa. Segala kerja buat kita tidak akan bermakna jika tidak mendapat keredhaan Allah Ar- Rahman , Ar-Rahim.

Kata selaku umat Islam seharusnyalah menjadikan pahala yang dijanjikan Allah kepada hambanya sebagai motivasi yang tertinggi untuk kita. Amaran dosa dan balasan neraka akan menjadi penghalang bagi kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Inilah rahsia kekuatan Umat Islam yang tidak ada pada agama-agama lain. Marilah kita sama-sama menghayati Addin al-Islam yang menjanjikan kesejahteraan ummah.

Di kesempatan ini juga suka saya berkongsi antara titah ucapan Kebawah duli YMM, Tim. Yang Dipertuan Agung semasa merasmikan Sambutan Maal Hijrah di peringkat Kebangsaan yan mengingatkan rakyat supaya berpegang dengan Ajaran Islam yang menjanjikan ”Rahmatan lil ’Alamin ”. Baginda juga mengingatkan supaya umat Islam menhurmati Ulamak.

Cotoh yang ditunjukkan oleh Datuk Sri Dr.Harrusani Zakaria yang telah dipilih menjadi Tokoh Maal Hijrah bagi tahun ini juga harus diikuti. Beliau seorang yang kelihatan lemah lembut tetapi tegas dan berprinsip.

”Kebenaran itu kadang-kala pahit. Namun saya tidak akan mengatakan disebaliknya kerana yang hak itu tetap hak dan yang salah itu tetapa salah” katanya dalam satu temuramah , Ayuh... bersempaena tahun baru ini marilah kita bertekad menyumbangkan semaksima mungkin harta-benda dan tenaga untuk Addin al-Islam, InsyaAllah. Allah hu Akbar !!!

1 comments:

Anonymous Wednesday, 31 December, 2008  

Sempena maal hijrah, wajah blog ini semakin canggih, tahniah dan salam Maal Hijrah buat tuan dan seluruh kepimpinan kawasan.

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP