Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Saturday, August 30, 2008

Bajet 2009 : Bajet Pemulihan

Selepas Solat Jumaat semalam saya fikir sebahagian besar rakyat Malaysia menghabiskan masa di hadapan talevisyen mendengar pembentangan bajet 2009. Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap buget yang telah dibentangkan oleh Pak Lah itu.


Saya berpendapat tidak ada yang terlalu istimewa dalam bajet yang dibentangkan semalam.Pada saya ianya adalah satu ”bajet pemulihan” hasil daripada Sistem Pentadbiran Kerajaan yang tidak pro-aktif tetapi seringkali bertindak re-aktif dalam banyak hal.


Antara fokus utama bajet semalam ialah meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, bonus kakitangan kerajaan,membasi kemiskinan tegar, menaikkan kadar pencen minima pesara , mengecualikan bayaran bil letrik bagi isi rumah yang menggunakan bil letrik Rm 20 ke bawah.


Jika kerajaan BN prihatin terhadap nasib rakyat, dari dahulu lagi tindakan ini boleh diambil .Sejak Pak Lah jadi PM takkan dia tak mendapat laporan mengenai status pengangkutan awam. Kenapa beberapa hari sebelum hari pembuangan undi Pilihan raya kecil Permatang Pauh baru naik LRT meninjau keadaan perkhidmatan pengangkutan awam.


Pada tahun 2006 apabila minyak dinaikkan Rm 0.30 kerajaan telah melaksanakan penjimatan 4.3 billion untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam. Walaubagaimanapun kerajaan hanya membelanjakan Rm 834.75 juta sahaja, kenapa ini berlaku.

Pak Lah tak tau ke ini semua? Mustahil!!!!


Dato Sharir Samad pun pernah meninjau perkara yang sama selepas isu kenaikan minyak Jun lalu.

Apakah Pak Lah sengaja nak meraih simpati sehingga sanggup menjadi ”pelakun murahan ”

Apa juga tindakan yang di ambil untuk memulihkan suasana tidak akan dapat mengimbangi peningkatan kos sara hidup hasil dari kenaikan harga minyak yang mendadak yang memberi kesan yang sangat besar terhadap ekonomi negara.


Bonus kakitangan awam Rm 1,000 pada saya adalah suatu imbuhan yang telah lama dinantikan oleh mereka. Tidak ada apa yang terlalu istemewa . Diharapkan kakitangan kerajaan janganlah pula terasa ”termakan budi” yang amat sangat sehingga selepas itu apa yang kerajaan BN buat semuanya betul belaka. Penyelewangan yang berlaku dah tak berani nak tegur macam semasa mula-mula aku janji dulu. Bonus hanya diberi setahun sekali. Ada syarikat yang memberikan bonus kepada pekerjanya sampai setahun gaji.


TPM kata nak menghapuskan kemiskinan tegar pada tahun 2010. Ini satu lagi uasha pemulihan yang ”re-aktif” . Esok genap 51 tahun merdeka, miskin tegar masih belum selesai. Dimana bijak nya kerajaan BN .Apa mereka buat untuk membasmi kemiskinan selama ini. Belum lagi kita bincang soal kemiskinan relatif dan jurang kemiskinan.


Dalam bajet kali ini kerajaan memberi fokus kepada Sabah dan Serawak. Ini tidak lain tidak bukan dari untuk memulihkan imej BN dan meraik simpati rakyat Sabah dan Serawak .

Buget kali ini juga menyaksikan peruntukan untuk belanja mengurus yang terlalu tinggi iaitu RM 154.2 bil.berbanding belanja pembangunan hanya Rm 53.7 bil. Bagaimana pengurusan yang cekap terpaksa memperuntukkan bajet pengurusan yang terlalu tinggi. Adalah dibimbangi peruntukan yang begitu besar jika tidak dikawal dengan penuh amanah akan digunakan secara mewah , berlaku ketirisan dan seumpamanya.

Saya merasakan tiba masanya kerajaan bertindak lebih profesional dalam semua hal termasuk mengurus kewangan negara yang diamanahkan oleh rakyat.


Kemenangan Dato Sri Anwar di Peratang Pauh adalah satu isyarat dari rakyat yang menolak BN. Kerajaan yang ada jangan memandang sinis terhadap ”amaran dari rakyat ini” .

”Yang Benar akan Terserlah Juga Akhirnya, InsyaAllah”

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP