Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, July 29, 2008

NOH JANJI TAMBANG BAS NAIK TAK TINGGI !!!


Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak pada 4 Jun 2008 yang lalu. Inilah hadiah dari BN yang terus mengekalkan pemerintahan di peringkat pusat .

Dato Shahrir semasa di tanya selepas mengumumkan kenaikan harga minyak menyatakan barang tak akan naik kerana sektor perniagaan mendapat subsidi diesel untuk pengangkutan.

Kenyataan ini telah menimbulkan tanda tanya ,apakah sebagai seorang menteri beliau tidak faham realiti perniagaan atau sengaja ”bercakap sedap” untuk mengelabui mata rakyat , menyedapkan hati rakyat atau nak memperbodohkan rakyat.

Apakah kos operasi perniagaan hanya melibatkan pengagkutan? Bagaiman dengan kos-kos lain.

Selepas pengumuman kenaikan harga minyak kita dapati harga barang melambung naik.

Mana janji Sharir yang kata harga barang tak naik.

Barang keperluan harian naik. Barang binaan naik melambung. Harga susu, roti , sayur-sayuran semuanya naik.Harga simen meningkat dari Rm 12.50 ke Rm 17.50 atau Rm 18.00 bergantung kepada tempat. Harga besi naik hampir sekali ganda.

Berita juga menyiar pusat peranginan dan chalet di Pulau Pangkor mengalami nasib malang apabila kerajaan memberhentikan penghantaran peserta-peserta kursus ke pulau tersebut.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan berita rayuan Persatuan Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) yang memohon untuk dipertimbangkan untuk mendapat kenaikan tambang 100 peratus.

Presiden PMBOA dalam satu kenyataan akhbar mengatakan pengusaha bas kini terhimpit berikutan kenaikan harga minyak.

Andai ianya diluluskan maka yang paling terbeban ialah rakyat yang berpendapat rendah. Ini adalah kerana mereka dari golongan ini yang banyak menggunakan pegangkutan awam seperti bas ekspress dan bas berhenti –berhenti.

Khabarnya kenaikan ini akan diluluskan sebelum Hari Raya Puasa tahun ini. FOMCA telah membantah cadangan ini. Sememangnya tindakan ini tidak wajar kerana akan membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi , Dato Noh Omar dalam kenyataan yang disiarkan dalam Nightline sebentar tadi (30.07.08) mengatakan permohonan kenaikan tambang 100 peraus adalah tinggi dan sudah pasti tidak akan diluluskan.

Kita minta Noh mesti setia dengan janjinya.

Kenaikan sebelum Hari Raya ini amatlah tidak wajar. Rakyat yang baru sahaja terbeban dengan kenaikan harga minyak janganlah ditambah lagi bebannya.

Mana bijaknya kerajaan UMNO/BN jika yang pandainya hanya menaikan harga minyak dan tidak mampu mengawal harga barang. Hasil dari kelemahan dalam merancang tidak bertindak pro-aktif.

Ibnu yasin

0030:27 Rejab 1429/30072008

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP