Pagi Sabtu ini penulis memulakan rutin lazim setiap hujung minggu khususnya dimusim cuti sekolah se awal 11.00 pg.
Kenduri menyambut menantu diadakan oleh Haji Ismail Mamat yang juga Ketua Desa Anggerik. Dikenali dengan panggilan “Mail Komputer” kerana pernah bertugas di Lembaga Kemajuan Pahang Teunggara (DARA) di Bahagain Komputer.
Turut hadir di majlis itu Ustaz Ismail Mat Tahar ,bekas calon PAS di DUN Ibam satu masa dulu (Belia juga merupakan biras kepada Mail Komputer), pimpinan masyarakat dan syahabat handai.
Setelah bermesra dengan hadirin yang berada dalam majlis itu penulis terpaksa meninggalkan majlis Kenduri Kahwin di Felda Selendang 1 yang jaraknya lebih kurang 95 kilometer dari Bandar Muadzam Shah.
Penulis bersama isteri sampai di rumah Saudara Sobri Abdul Halim yang mengadakan majlis Walimatul Urus anak perempuannya Noor Azura Sobri dengan Mohd.Halmee sekitar jam 1.45 tgh. Setelah sampai ke rumah pengantin,penulis difahamkan pengantin lelaki (Mohd.Halmee) rupanya bekas muridnya (dalam Karate-Do) dizaman pelajarnya.
Penulis mengendalikan kelas seni bela diri Karate-Do berasal dari Negara Matahari terbit itu sejak pertengahan tahun 90an hinggalah ke awal tahun 2000 di beberapa tempat di sekitar Bandar Muadazam Shah . Mohd.Helmee adalah diantra muridnya yang taat dan bedisplin.

Penulis tidak melepaskan peluang bermesra dengan hadirin diantaranya Abang Sofet Halim (Ketua PAS Cawangan Bandar Muadzam Shah yang pertama), Ustaz Anuar dan Sdr.Jaafar (Ketua dan Setiausaha PAS Selendang 1) ,Pimpinan Masyarakat dan orang ramai yang datang dari jauh dan dekat.
Semoga berbahagia ke anak cucu.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Langit dan Bumi serta segala diantata keduanya. Dialah Rabb yang Maha kuasa dan Maha Bekuasa atas apa jua yang dikehendakinya. Kemenangan PAS yang meletakkan Hj.Mohd.Abdul Wahid Endut sebagai calon dalam PRK yang lalu adalah hasil dari usaha gigih petugas-petugas tempatan, petugas-petugas dari DUN Pembantu dan juga Negeri-Negeri Pembantu dari seluruh pelusuh tanah air serta yang terpenting ialah atas kehendah Allah SWT. Penolakan terhadapa BN.
Dalam muhasabah yang ringkas ini saya tidak berhajat untuk menyentuh faktor negatif BN dan Parti-parti komponen BN serta perkara yang berkaitan dengannya yang menyebabkan mejorti rakyat tidak mempunyai keyakinan lagi kepda BN.Faktor Imej
Faktor calon, Imej Pemimpin tertinggi PAS seperti Tuan Guru Mursyidul Am , Tuan Guru Presiden , Sokongan yang padu dari Parti-parti komponen Pakatan Rakat dan juga Kelab-Kelab Penykong PAS juga merupakan faktor penyumbang kepada kemenangan yang besar kali ini. Peranan NGO samada secara lansung maupun tidak lansung tidak harus dilupakan.
Perancangan Gerak-kerjaSelain dari itu Perancangan Awal dan Kerja yang berstrategi dalam PRK lepas memberi kesan dalam melicinkan gerak-kerja pilihan raya. Kerja yang berperancangan , berstrategi dan berfokus memunkinkan kelancaran dan kebekesnan kerja yang terbukti membuahkan hasil dengan izin Allah .Bermunajat Kepada AllahProgram Munajat ,samada yang disusun di semua peringkat gerak kerja pilihan raya maupun yang dilaksanakan oleh anggota jamaah yang tidak dapat bersama dalam gerak-kerja secara lansung adalah agenda yang sangat penting bagi memohon pertolongan Allah. PenutupOleh yang demikian segala faktor yang menyumbang kepada kemenangan PRK kali ini (banyak lagi faktor yang tidak disebutkan) perlulah ditelti oleh semua perinkat kepimpinan dalam PAS. Janganlah hendaknya ada dikalangan pimpinan disemua peringkat hinggalah ke cawangan yang hanya seronok bercerita tentang kemenangan tetapi tidak bersedia berkerja kearah kemenangan. Telah banyak dibincangan dalam Usrah, Tamrin, Seminar dan semupamanya tentang syarat-syarat untuk mencapai kemenangan namun masih ramai yang hanya faham dalam bentuk teori tapi masih tidak menjelmakannya dalam bentuk praktikal.Masyrakat sekarang menaruh kepercayaan dan harapan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Oleh itu seluruh lapisan Warga PAS dan PR hendaklah mengembeling sepenuh tenaga bagi memastikan harapan yang diberikan oleh rakyat tidak dipersiakan. Tingkatkan Usaha, Tekatkan Azam terus bergerak ke hadapan menuju Mardhatillah.
Telah berapa kali Ketua Polis Malysia menyatakan hasratnya untuk memulihkan imej polis.Pelbagai tema dan slogan digunakan sejak dari Kes “Mata Lebam” angkara orang No.1 Polis Malaysia ,Rahim Noor.Pemakaian lencana “Saya Anti Rasuah” diikuti dengan lencana “INTEGERITI”Semuanya gagal memulihkan imej Polis Malaysia. Kes demi kes, penyelewengan demi penyelewengan, Rasuah Terus Berleluasa di Kalangan anggota polis di semua peringkat. Yang Yang berjawatan rendah makan sikit, yang “Besar” makan “BESAR”. Budaya Rasuah telah membarah di kalangan Pasukun Polis dan sukar diubati lagi.Tidak dinapikan ada polis yang baik tapi munkin hanya “1 dalam 1,000” .Ini tidak boleh diselindungi lagi. Penulis ramai ahli keluarga yang terlibat dengan pasukan polis dan ramai juga rakan-rakan yang berjawatan tinggi dalam polis. Mereka mengakui reality ini.
Terkini, isu Penderaan A.Kugan menunjukkan polis mengamalkan “budaya gangterism”.Macam mana ini boleh berlaku? Ianya bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku.Undang-undang Civil sendiri pun tidak membenarkan penderaan dalam masa penyiasatan. Tak taulah saya jika ada peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (CPC) yang megharuskan perkara ini.Bila berlaku saja ,pihak kerajaan termasuk menteri dan polis sendiri berjanji akan menjalankan penyiasatan yang telus dan adil. Inilah “standard” Kerajaan Malaysia dan Pasukan Polis Malaysia.Bagaimana dengan langkah pencegahan dan pemulihan yang lebih comprehensif dan efektif”?Apa jalan penyelesaian yang berkesan yang telah dirangcang secara serius?Percayalah, selagi kita tidak kembali kepada Islam, mengamalkan hukum Islam permasalahan ini tidak akan terungakai.“Adden (way of life) disisi Allah ialah Islam”
Setelah lima puluh tahun merdeka Kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) masih kelam-kabut dalam mencari penyelesaian terhadap masalah Keselamatan Jalan Raya.
Masalah kemalangan jalan raya tetap menjadi persoalan yang tidak berpenghujung. Memang tidak munkin untuk menyelesaikan permasalahan ini seratus peratus. Namun yang menghairankan, jalan penyelesaian yang diutarakan agak “kelakar”, tidak berasaskan fakta dan kaji selidik yang rapi.
Disamping itu juga undang-undang yang dikuat-kuasakan seringkali membebankan orang-orang yanug susah atau berpendapatan rendah. Sepatutnya pihak berkuasa mesti membuat penyelidikan apakah punca utama kepada kemalangan jalan raya.
Sebagai contoh faktor kemanusiaan seperti Memandu laju, kecuaian, salah-laku jalan raya, mabuk dan seumpamanya. Faktor mana berada di’ranking “ teratas .Kemudian carilah jalan penyelesian satu per satu.
Kedua ,faktor struktur Jalan Raya seperti permukaan jalan yang tidak rata ,berlubang, “super-elevation” yang tidak betul dan seumpamnya (pakar-pakar di Jabatan Kerja Raya lebih arif mengenainya) . Pandangan mereka perlu diambil kira.
Ketiga ,faktor penandaan jalan seperti tanda pada selekoh yang tidak cukup, tanda boleh memotong tidak diletakkan pada tempat yang betul juga boleh mengungang kepada kemalangan.
Keempat ,Tanda amaran bagi kerja-kerja pembinaan. Seringkali kita lihat tanda awas, orang sedang berkerja, separuh jalan ditutup dan lain-lain tidak diletakkan secukupnya mengikut “arahan teknik” . Tidak ada siapa yang peduli .Apatah lagi jika kontraktor itu baik dengan orang tertentu atau telah tumbuk rusuk pihak berkuasa seperti polis.
Mengenakan tindakan kepada penompang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar walaupun seorang ,tidak akan menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya. Yang pasti menyusahkan orang yang dah sedia susah.
Begitu juga dengan menguatkuasakan pemakaian topi keledar yang menetapi piawai dan tidak mengecualikan bagi orang Islam yang memakai sereban belum pasti menyelesaikan masalah kemalangan. Yang pasti orang yang susah ,terpaksa berbelanja untuk membeli topi keledar baru kerana yang sedia ada tidak menepati piawai. Yang pasti syarikat pengeluar topi keledar boleh menarik nafas lega walaupun dalam keadaan ekonomi meleset.
Menteri-menteri BN mana nak rasa kesusuhan rakyat jelata ini semua. Mereka punya kereta besar-besar , bukan sebuah berbuah-buah. Mereka mana naik motorsikal. Jika naik motorsikal pun superbike ,sekadar hobi.
Marilah sama-sama kita renungkan.
Dikesempatan yang ada dihujung minggu ini penulis sempat meluangkan masa menghadiri majlis kenduri di sekitar Kawasan Rompin.
Pada hari ini (Sabtu) hanya ada dua jemputan .Satu di Muadzam Shah dan satu lagi di Bukit Ibam.
Di Muadzam Shah Malik bin Awang Kecik (Imam Masjid Muadzam Shah - Kontrak) mengadakan kenduri sempena perkahwinan anak perempuannya Norita binti Hj.Abd.Malik dengan Wan Mohd.Fadzli bin Wan Kamaruddin di Rumahnya di Desa Mawar.
Walaupun Imam ini agak kontrovesi kerana terlibat dalam isu pengarahan memadamkan lampu masjid semasa Dato Sri Anwar Ibrahim singgah menunaikan sembahyang solat zuhur satu masa dulu ,penulis tetap pergi menunaikan jemputanya atas semangat kemasyrakatan.

Selepas itu penulis terus ke Bukit Ibam. Di sana Mohd.Yusof bin Mat Ali (Pak Itam Dolah) mengahwinakan anak keenamnya, Norazreen binti Mohd.Yusof dengan Jefri bin Rahim.
Pak Itam Dollah ialah Ketua Cawangan PAS Bukit Ibam. Dimajlis tersebut penulis sempat bermesra dengan rakan-rakan yang telah lama tidak bersua dan juga syahabat-syahabat seperjuangan.
Penulis tidak melepaskan peluang untung bermesra dengan bapa pengantin , Pak Itam Dollah dan juga Setiausaha PAS Cawagan Bukit Ibam, Saudara Khairul Azmi.
PRK P.036 Parlimen Kuala Terengganu telah berakhir .Keputusan telan
memihak kepada PAS dengan sokongan seluruh Parti Komponen Pakatan Rakyat (PR) bagi menjayakan kerja-kerja PRK yang penuh bersejarah.Dalam PAS sejak dulu lagi, jika menang kita bersyukur ,jika Kalah kita redha atas ketentuan Ilahi setelah berkerja keras dan meletakkan tawakal kepada yang maha berkuasa.Apabila Mohd.Abdul Wahid Endut calon yang mewakili PAS diistiharkan menang ucapan tahniah dari Rakan Pimpinan dan Syahabat-syahabat diiringi“peringatan agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah untuk Pastikan Keberkatan dalam setiap usaha .”Mursyidul Am PAS pula mengingatkan Ahli-ahli PR suapaya menerima kemenangan dengan penuh rasa rendah diri (humility).Disamping itu juga beliau mengingatkan anggota PR jangan mengeluarkan kat-kata yang boleh melukakan hati pihak yang kalah. “Inilah akhlak Islam”Disebaliknya kita lihat pimpinan BN bertelagah dan berbeza pendapat dalam melihat punca kekalahan mereka. Seolah-oleh tidak menerina hakikat yang telah ditentukan Allah.
“Kita merangacang dan Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik peracang”Kebanyakan pimpinan BN menyalahkan calon mereka. Ada juga yang menyalahkan pengundi luar tak balik dan bermacam lagi termasuklah menyalahkan cara PAS berkempen.
Apabila PAS lewat dalam mengistiharkan calon dahulu mererka kata PAS ketandusa

n calon.
Sebenarbya ,BNlah yang kritikal dalam memilih calon.BN juga sebenarnya telah ketandusan kepimpinan yang berwibawa.
Memanglah dalam PRK baru-baru ini BN tidak dapat menurunkan calon yang setanding.Namun bukan itu sahaja faktor kekalahan.
Kita yang berada disana dapat melihat bagaiman BN memaksimakan pengunaan jentera kerajaan. Jelas dan terang berkempen untuk calon BN.Kita juga difaham mereka yang balik mengundi untuk BN diberi imbuhan yang besar.Jika dengan ini BN tidak boleh menang lagi sudah barang pasti punca kekalan bukan hanya kerana calon.Hakikatnya rakyat sudah tidak yakin akan keupayaan BN dalam memerintah Negara. Pemimpin mereka yang rasuah , mementingkan perut sendiri,Isu Royalti yang belum selesai, kroni dan bermacam lagi .Masalah sosial dikalangan remaja makin membimbingkan , hiburan melampau ,dadah tidak dapat dikawal…dimana bijaknya BN memerintah.“Oran kampong semua dah tau”Politik yang berasaskan kaum yang dipelopori BN telah tidak releven lagi.Rakyat memerlukan pembelaan tanpa mengira bangsa dan kaum.Rakyat mahukan perubahan. Pilihan merekan ialah PAKATAN RAKYAT.