Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Saturday, January 17, 2009

PEMBUANGAN UNDI DI SEK KEB.TENGKU BARIAH BERMULA DENGAN BACAAN DOA

Peutguas-petugas PAS Pahang bergerak seawal jam 7.30 pg.
17 January 18, 2009 ke tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Sebelum pengundian di buka petugas-petugas telah mengameenkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Yusuf Embong, Timbalan Persuruhjaya
PAS Pahang.
Peti Undi Pasir Panjang adalah satu daripada dua peti undi yang telah diamanahkan kepada Kontigen Pahang mempunyai 3,000 lebih pengundi , manakala Peti undi Bukit Bayas mempunyai 1,500 pengundi.

Sejak dari pagi PAS dan PR menguasai suasana di Peti undi ini samada dari segi jumlah petugas maupun penyokong. Susana terkawal di semua peti undi walaupun sesekali berlaku juga ketegangan.

Berlaku juga pertikaian diantara pimpinan Kontigen Pahang dengan Pihak Polis yang bertindak berat sebelah dalam melaksanakan tugas.

Dikatakan berlaku juga ketegangan di beberapa pusat mengundi seperti di Cabang Tiga dan Gong Kapas.
Alhamdulillah segala kepenatan perugas- petugas terubat apabila
keputusan rasmi diumumkan pada jam 9.30 mlm.
Mohd Abdul Wahid Endut diistiharkan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

PAS menang besar dengan mejoroti 2631 undi.

Kekalahan BN dalam Pilihan Raya kecil ini menunjukkan rakyat tidak yakin lagi kepada BN.

Rakyat telah berubah .Pilihan Mereka ialah PAS DAN PAKATAN RAKYAT , InsyaAllah. Tahniah kepada semua yang bersungguh dalam kerja Pilihan Raya kali ini khususn
ya Petugas Kontingen Pahang yang tidak mengenal penat lelah. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan Allah., Allah hu Akbar!!!

Friday, January 16, 2009

SEHARI SEBELUM PEMBUANGAN UNDI PRK P.036 KUALA TERENGGANU:PETUGAS KONTIGEN PAHANG SEBUK MEMBUAT PERSIAPAN TERAKHIR

Sehari sebelum pembuangan undi di Kuala Terenganu Petugas yang turun dari seluruh Negeri Pahang mencecah angka 200 orang (semasa).
Pelbagai persiapan terakhir dibuat bagi menentukan perjalanan gerak kerja di hari mengundi berjalan lancar.

Taklimat terakhir bagi Unit Peti Undi (UPU) Pasir Panjang yang mempunyai lebih 3000 pengundi telah dibuat pada jam 9.00 malam di Markaz KontigenPahang

Tuesday, January 13, 2009

PILIHAN RAYA KECIL P.036 KUALA TERENGGANU: KONTIGEN PAS PAHANG BUKA SATU LAGI PENEMPATAN UNTUK PETUGAS


Dalam ketenagan suasana pilihan raya di K.Terengganu petugas dari Nergeri Pahang datang silih berganti. Hingga kini Kontigen Pas Pahang menempatkan petugasnya di lima penempatan apabila sebuah lagi rumah digunakan dua hari lepas.

Aktiviti kempen berjalan dengan suasana tenang walaupun tarikh pengundian tinggal tiga hari saja lagi.

Maklumat dari penduduk setempat mengatakan suasana agak sunyi ini munkin berpunca dari perpecahan di kalangan UMNO. Putri UMNO tidak begtu kelihatan seperti piahanraya lain. Ada yang mengatakan ini disebabkan rasa tidak puas hati mereka kerana wakil mereka ke dewan Negara dari kawasan ini telah tidak dilantik lagi untuk penggal ini.

Yang paling ketaranya ialah polis diturunkan lebih ramai dari pilihan raya yang lepas-lepas.
Didalam ceramah-ceramah polis hadir begitu ramai, adakalanya lebih ramai dari orang awam.
Di kedai-kedai makan dipenuhi polis samada yang beruniform atau tidak.

BN yang telah “tewas” di pusingan pertama selepas penamaan calun telah dapat dikesan menggunakan tektik kotor untuk memenagi hati pengundi. Dikatakan ada yang menyamar seperti Muslimat PAS dan bergerak dari rumah ke rumah memburukkan calon kita.

Sehari dua ini petugas dari kontigen Pahang menumpukan kerja-kerja ziarah , pengedaran Harakah dan pelbgai risalah. Program memasak bubur asyura berjalan setiap hari.
Pada waktu malam kuliah maghrib berjalan makin rancak. Pemimpinan tertinggi PR turun bercermah setiap malam.

Pondok-pondok tempat semakan pengundi mula dibuka dengan mengunakan tenaga pemuda yang berkemahiran. Sambutan masyarkat sangatlah mengalakan.





Sunday, January 11, 2009

PRK P.036 KUALA TERENGGANU: PETUGAS KONTIGEN PAHANG TURUN KE TENGAH MASYARAKAT

Lima hari lagi penggundi di Kuala Terengganu akan menentukan siapakah yang akan mengisi kekosongan di kerusi parlimen yang telah kosong disebabkan kematian wakil rakyat yang lalu.

Suasana di tempat Kontigen PAS Pahang di tugaskan agak “biasa” sahaja.
Kelihatan petagas-petugas BN banyak berkumpul di bilik-bilik gerakan mereka. Pergerakan wanita dan putri mereka tidaklah nampak begitu rancak. Pemasangan poster BN banyak dilaksanakan di waktu malam. Sesekali kelihatan pemuda BN membawa bend era dengan menggunakan motorsikal .

Petugas PAS dari kontingen Pahang telah begerak ke rumah-rumah pengundi di seluruh lokaliti yang dipertanggung-jawabkan. Diantara aktiviti yang dilakukan ialah menziarahi pesakit-pesakit yang telah dikenalpasti. Turut bersama Dr.Harison AJK Dewan Muslimat PAS Pahang.

Aktiviti seperti pertandingan memancing ,BBQ dan sukan mendapat sambutan remaja di seluruh kawasan unit peti Pasir Panjang.

Friday, January 9, 2009

PILIHAN RAYA P.036 KUALA TERENGGANU MULA RANCAK


Selepas 3 hari penamaan calon bagi Pilihan Raya P.036 suasana nampak mulai rancak.

BN telah membuka banyak bilik-bilik gerakan.
Kelihatan juga petugas-petugas Wanita UMNO bergerak ke rumah-rumah.

PAS yang telah mula membuka bilik gerakan lebih awal memberi fokus kepada meamasang poster di mulakan di pesimpangan-persimpangan jalan.

Kuliah-kuliah maghrib berjalan macam biasa.
Pengkuliah-pengkuliah dari PAS kebanyakkan menyentuh aspek kesyumulan Islam.
Islam sebagai agama pemberi rahmat kepada suluruh umat tidak kira mengira bangsa, agama dan batas sempadan. Kuliah-kuliah yang disampai oleh ustaz-ustaz dan tokoh-tokoh PAS dari seluruh negara di adakan disurau-surau dan juga markas.

Ceremah-ceramah umum oleh Pimpinan PR dari setiap peringkat telah berjalan rancak setiap malam.

BN mula guna jentera kerjaaan
Pada pagi ini Jumaat 9.01.09 mula kelihatan “Jentera BN dari Jabatan Kebajika Masyarakat” turun padang.
Di Unit Peti Undi (UPU) Pasir Panjang kelihatan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat di turunkan dengan menggunakan sebuat bas dan sebuah pacuan empat roda.
Kelihatan petugas perempuan pergi ke rumah-rumah dan membuat catitikan dengan bersungguh di dalam bas berhawa dingin.

Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan oleh BN,iaiutu menggunakan seluruh jabatan yang sepatutnya berkecuali dalam kempen pilihan raya.
Dilaporkan juga Sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Pertanian (M.O.A) teah digunakan untuk berkempen di UPU Bukit Bayas.

Jika BN benar-benar “gentleman” ,jangan gunakan jentera kerajaan ,gunakan jentera parti sahaja.

Wednesday, January 7, 2009

PERSURUHJAYA PAS PAHANG RASMI PROGRAM JOM TURUN KE PADANG

Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man,Persuruhjaya PAS Pahang ,telah diberi penghormatan merasmikan Program Turun Padang yang diadakan di Padang Sek.Men.Tengku Bariah di DUN Ladang pada 07.01.2009.

Program bermula pada jam 6.00 petang ,dimana Dato Tuan telah menyerahkan bola untuk memulakan perlawanan pertama dalam program “Jom Turun ke Padang.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP