Dalam ketenagan suasana pilihan raya di K.Terengganu petugas dari Nergeri Pahang datang silih berganti. Hingga kini Kontigen Pas Pahang menempatkan petugasnya di lima penempatan apabila sebuah lagi rumah digunakan dua hari lepas. Aktiviti kempen berjalan dengan suasana tenang walaupun tarikh
pengundian tinggal tiga hari saja lagi.Maklumat dari penduduk setempat mengatakan suasana agak sunyi ini munkin berpunca dari perpecahan di kalangan UMNO. Putri UMNO tidak begtu kelihatan seperti piahanraya lain. Ada yang mengatakan ini disebabkan rasa tidak puas hati mereka kerana wakil mereka ke dewan Negara dari kawasan ini telah tidak dilantik lagi untuk penggal ini. Yang paling ketaranya ialah polis diturunkan lebih ramai dari pilihan raya yang lepas-lepas.
Didalam ceramah-ceramah polis hadir begitu ramai, adakalanya lebih ramai dari orang awam.
Di kedai-kedai makan dipenuhi polis samada yang beruniform atau tidak.
BN yang telah “tewas” di pusingan pertama selepas penamaan calun telah dapat dikesan menggunakan tektik kotor untuk memenagi hati pengundi. Dikatakan ada yang menyamar seperti Muslimat PAS dan bergerak dari rumah ke rumah memburukkan calon kita.S
ehari dua ini petugas dari kontigen Pahang menumpukan kerja-kerja ziarah , pengedaran Harakah dan pelbgai risalah. Program memasak bubur asyura berjalan setiap hari.Pada waktu malam kuliah maghrib berjalan makin rancak. Pemimpinan tertinggi PR turun bercermah setiap malam. Pondok-pondok tempat semakan pengundi mula dibuka dengan mengunakan tenaga pemuda yang berkemahiran. Sambutan masyarkat sangatlah mengalakan.
Lima hari lagi penggundi di Kuala Terengganu akan menentukan siapakah yang akan mengisi kekosongan di kerusi parlimen yang telah kosong disebabkan kematian wakil rakyat yang lalu.
Suasana di tempat Kontigen PAS Pahang di tugaskan agak “biasa” sahaja.
Kelihatan petagas-petugas BN banyak berkumpul di bilik-bilik gerakan mereka. Pergerakan wanita dan putri mereka tidaklah nampak begitu rancak. Pemasangan poster BN banyak dilaksanakan di waktu malam. Sesekali kelihatan pemuda BN membawa bend era dengan menggunakan motorsikal .
Petugas PAS dari kontingen Pahang telah begerak ke rumah-rumah pengundi di seluruh lokaliti yang dipertanggung-jawabkan. Diantara aktiviti yang dilakukan ialah menziarahi pesakit-pesakit yang telah dikenalpasti. Turut bersama Dr.Harison AJK Dewan Muslimat PAS Pahang.

Aktiviti seperti pertandingan memancing ,BBQ dan sukan mendapat sambutan remaja di seluruh kawasan unit peti Pasir Panjang.

Selepas 3 hari penamaan calon bagi Pilihan Raya P.036 suasana nampak mulai rancak.
BN telah membuka banyak bilik-bilik gerakan.
Kelihatan juga petugas-petugas Wanita UMNO bergerak ke rumah-rumah.
PAS yang telah mula membuka bilik gerakan lebih awal memberi fokus kepada meamasang poster di mulakan di pesimpangan-persimpangan jalan.
Kuliah-kuliah maghrib berjalan macam biasa.
Pengkuliah-pengkuliah dari PAS kebanyakkan menyentuh aspek kesyumulan Islam.
Islam sebagai agama pemberi rahmat kepada suluruh umat tidak kira mengira bangsa, agama dan batas sempadan. Kuliah-kuliah yang disampai oleh ustaz-ustaz dan tokoh-tokoh PAS dari seluruh negara di adakan disurau-surau dan juga markas.
Ceremah-ceramah umum oleh Pimpinan PR dari setiap peringkat telah berjalan rancak setiap malam.
BN mula guna jentera kerjaaan
Pada pagi ini Jumaat 9.01.09 mula kelihatan “Jentera BN dari Jabatan Kebajika Masyarakat” turun padang.
Di Unit Peti Undi (UPU) Pasir Panjang kelihatan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat di turunkan dengan menggunakan sebuat bas dan sebuah pacuan empat roda.
Kelihatan petugas perempuan pergi ke rumah-rumah dan membuat catitikan dengan bersungguh di dalam bas berhawa dingin.
Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan oleh BN,iaiutu menggunakan seluruh jabatan yang sepatutnya berkecuali dalam kempen pilihan raya.
Dilaporkan juga Sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Pertanian (M.O.A) teah digunakan untuk berkempen di UPU Bukit Bayas.
Jika BN benar-benar “gentleman” ,jangan gunakan jentera kerajaan ,gunakan jentera parti sahaja.
Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man,Persuruhjaya PAS Pahang ,telah diberi penghormatan merasmikan Program Turun Padang yang diadakan di Padang Sek.Men.Tengku Bariah di DUN Ladang pada 07.01.2009.
Program bermula pada jam 6.00 petang ,dimana Dato Tuan telah menyerahkan bola untuk memulakan perlawanan pertama dalam program “Jom Turun ke Padang.

Majlis pelancaran yang dibuat dalam penuh keserdahanaan tetapi meriah telah di adakan di Surau Flat Gelong Bilal selepas waktu ‘Isya, 4 Jan 2009. Majlis yang dihadiri lebih kurang 1,300 orang pimpinan dan ahli PAS dari semua UPU dalam MTD Ladang dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis Ustaz Rashid yang juga Ketua UPU Pasir Panjang.Kemdian diikuti oleh Dr.Hj.Sulaiman bin Abdullah ,Pengarah MTD Dun Ladang.
Turut berucap pada malam itu Saudara Mazlan bin Mohamed Yasin Tim.Pengarah 2 Jabatan Pilihanraya (JPN) PAS Pahang yang mewakili Persuruhjaya PAS Pahang yang tidak dapat hadir di saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Dalam ucapan ringkasnya beliau menyeru seluruh Jentera Pilihan Raya memberikan komitmen yang tinggi dan berkerja berencana dan berfokus. Disamping niat yang penuh ikhlas serta minda yang berketerampilan dengan meletakkan matlamat diawal perancangan (Begin with end in mind).
Pengarah JPN Negeri Sembilan telah berucap menggantikan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang tidak dapat hadir kerana ada majlis bersama Presiden Pas di Sri Mennanti.NS Wakil Selangor yang merupakan sebuah lagi negeri pembantu di peringkat Dun Ladang bagi pilihan raya tidak dapat hadir.
Majlis yang ringkas tapi penuh bermakna itu telah dirasmikan oleh Yb Mohd.Abdul Wahid Endut Calon PAS bagi PRK P.036 Parlimen Kuala Terengganu. Majlis berakhir dengan Jamuan Nasi dalam suasana penuh ukhwah dan kemeseraan.
Selepas solat ‘Isya Jumaat 2 Jan, 08
Saya telah dibawa oleh Ketua Pemuda Cawangan ini untuk merasmikan pelancaran Post Jentera PR sekalikgus menyampaikan ”Suntikan Motivasi” di rumah Ketua Cawangan.
Walaupun beberapa program berjalan serentak majlis pelancaran tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.
Pemuda-pemuda yang hadir pada majlis tersebut menunjukkan minat yang tinggi dalam majlis tersebut dan berjanggi akan memberikan sumbangan yang terbaik dalam PRK P.036 Kuala Terengganu ini, InsyaAllah