Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Friday, June 3, 2011

UCAPAN DASAR MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE 57:MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN

Hari ini 1 Rejab 1432 H bersamaan 3 Jun 2011 telah berlansung perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 di Dewan Dato Fadhil Nor, KUIZM ,Taman Melewar,Batu Cave,Selangor.


Telah 8 tahun tidak diadakan Muktamar di sini kerana bangunan Pusat Tarbiyah PAS ini melalui prosos menaik taraf . Bangunan Markaz Tarbiyah ini telah berwajah baru dan di sinilah di tempatkan Kolej Univesiti Islam Prof Zulkefli Muhamad (KUIZM)

Lebih kurang 2000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara telah menghadiri
muktamar pada kali ini. Turut hadir wakil dari Pertubuhan Islam Antarabangsa, Wakil Kedutaan Asing, Ketua Parti Komponen PR dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Muktamar akan berlansung selama tiga hari.

Hari ini telah berlansung proses pengundian bagi memilih Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat. Seramai 1077 orang perwakilan layak mengundi dalam muktamar kali ini.

Keputusan dijangka akan diketahui pada kira-kira jam 10.30 pagi hari kedua
Muktamar.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP