Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, June 20, 2011

LAJNAH KEBAJIKAN PAS ROMPIN PRIHATIN DENGAN WARGA EMAS

Muadzam Shah,21 Jun : Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rompin aktif bergerak menjejaki warga emas, ibu tunggal dan kurang upaya di kawasan ini.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan yang baru bagi sesi 2011-2013,En.Mohd.Nasir binMohd.Tahar telah menubuhkan Jawatan Kuasa Pengerak bagi menjayakan program ini.

Jawatan Kuasa bersepadu ini melibatkan semua Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan-Dewan dan Cawangan-Cawangan di seluruh kawasan Rompin.

Diantara aktiviti yang dilaksanakan ialah menyampaikan sumbangan,derma dan jug

a ziarah.

Pada hari semalam (Isnin) petang ,rombogan daripada Lajnah ini telah menz

iarahi bebe

rapa buah rumah warga emas dan yang kurang upaya di Bukit Ibam yang terletak lebih-kurang 15 kilometer dari sini.

Turut hadir dalam program ziarah itu Sdr.Mazlan bin Mohamed Yasin ,Timb

alan Yang Dipertua PAS Kawasan,Sdr.Mohd.Nasir ,Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Pak Itam Dolah Ketua Cawangan PAS Bukit Ibam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP