Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Wednesday, June 22, 2011

PEMIMPIN BN KHIANATI RAKYAT, SANJUNG YAHUDI:AZMAN SHAFAWI

Muadzam Shah: Ustaz Azman Shafawi,AJK Pemuda PAS Pusat mendedahkan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan pimpinan Kerajaan Barisan National (BN) dalam ceramahnya di Markaz PAS Desa Teratai di Muadzam Shah, Pahang.



Beliau menyorot kembali sejarah Masjid AQSA sebagai Qiblat Pertama Umat Islam. Kemudianya Allah SWT telah memerintahkan umat Islam menukar arah Qiblat ke Masjidil Haram.



“Itulah kebijaksanaan Tuhan ,Allah yang telah mengetahui Masjidil AQSA akan ditawan oleh Yahudi ,jika tidak umat Islam akan mengadap ke Qiblat yang di tawan oleh Yahudi.



Tetapi kerajaan Malaysia sanggup membayar Rm 77 Juta untuk melantik APCO yang dimiliki oleh Yahudi untuk menjadi perunding kepada Kerajaan BN. “Apakah tidak ada orang Islam yang bijak dalam dunia ini untuk dilantik jadi perunding? “ Soal beliau.


Nabi Isa pernah berucap kepada kaum Yahudi tetapi mereka menolak seruan Nabi Isa. Begitu jugalah masyarakat masa kini yang menolak seruan Rasul dan Sunnah Rasul samalah seperti kaum Yahudi yang menolak seruan Nabi Isa.



Azman juga menyubut beberapa bulan lepas apabila dikhabarkan Osama Ben Ladin mati dibunuh dan mayatnya dibuang ke laut, PM Malaysia “bertepuk tangan” sama seperti Obama di Amerika.



Mereka (orang UMNO/BN) tidak tahu siapa Osama ben Ladin. Osama adalah seorang hartawan daripada keluarga hartawan yang banyak berjasa kepada Islam. Bapa kepadanya banyak menyumbang kepada Masjidil Haram. Semasa kerajaan Saudi kekuragan sumber untuk membayar gaji kakitagan awam, Osama pernah meminjamkan duit peribadi untuk membayar gaji kakitangan awam.



Beliau juga mendedahkan ada maklumat yang mengatakan apabila PM Malaysia ke Turki ,dia telah meletakkan bunga di kubur Kamal Atartuk. Atartuk bapak sekularisma mengharamkan azan dalam bahasa arab dan tidak membenarkan orang perempuan memakai tudung.



Dizaman pemerithan Atartuk Badiul Zaman Said Nursi telah dibuang daerah dan dipenjara lebih 40 tahun. Bukan itu sahaja mayatnya digali dan “buang daerah”. Sehigga sekarang tidak tahu di mana kubur Said Nursi.

Kamal Atartuk semasa hendak mati ,darahnya mengelegak dan mayatnya tidak diterima oleh bumi tapi inilah manusia yang disanjung oleh pemimpin Negara kita.


Beliau juga mendedahkan kenyataan Dr.Rais Yatim yang berucap di Hotel Equatorial di Bangi menyebut “ Kita tidak boleh kata lagi Agama Islam Agama yang terbaik”


Beliau juga mendedahkan hutang Negara sekarang telah mencecah kepada angka Rm 400 Bilion.


Selain daripada itu beliau juga menyelar sikap bermewah Isteri PM yang memiliki 1 beg tangan yang bernilai US 130 Ribu. Bermalam di Hotel di dalam laut degan kos Rm 100,000 semalam. Membelajakan Rm 81,000.00 untuk jamuan makan majlis pertunangann anaknya.




Di Terengganu pula katanya kerajaan Terengganu membelanjakan Rm 400 Juta selama 7 hari bagi mengadakan pertandingan perahu layar. Kerajaan Terengganu telah mengadakan perjanjian dengan satu syarikat untuk mengadakan pertandingan ini selama 8 tahun.



Beliau menegaskan pimpinan BN dengan pimpimpan PAS sangat berbeza. Beliau mengambil contoh Tok Guru Nik Aziz , MB Kelantan memotong 40 % daripada gajinya setiap bulan untuk kebajikan.


Elaun rumahnya selama 21 tahun bernilai Rm 700,000.00 diserahkan untuk kebajikan.



Majlis Ceramah tersebut telah dihadiri lebih-kurang 200 orang ahli dan penyokong PAS dari sekitar Bandar Muadzam, Bukit Ibam dan Keratong.


Sebelum daripada itu Ustaz Sukri Hj.Ahmad YDP Pas Kawasan Rompin telah menyampaikan Ceramah dan Ucapan Aluan . Turut hadir Sdr.Mazlan bin Mohamed Yasin, TYDP PAS Kawasan Rompin. Majlis telah dipengerusikan oleh Ustaz Nazri Hj.Ahmad Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP