Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Wednesday, October 22, 2008

“NATIONAL SERVICE” atau KERAHAN TENAGA :ITULAH YANG SEPATUTNYA

Semalam Isu Kerahan Tenaga hebat diperkatakan di Parlimen semalam.

Itulah yang sepatutnya dilaksanakan. Malahan cadangan asal dulu pun Kerajaan nak buat Kerahan Tenaga .Cuma akhirnya beru bah jadi ”Khidmat Negara”. Kenapa Jadi begitu?

Tanyalah Pimpinan Kerajaan BN!!!

Peringkat awalnya saya ada dapat maklumat dari rakan-rakan bekas tentera modul yang dicadangkaan ialah ”Modul REKRUT angkatan Tentera”. Tapi akhirnya berubah seperti yang ada sekarang. Tidak kurang juga dengan gejala ”Mempolitikkan PLKN” oleh Kerajaan BN” . Ini kita punya banyak bukti.

Rakan-rakan yang terlibat secara lansung dengan PLKN mengatakan tiada ”standard disiplin” untuk keseluruhan PLKN tetapi banyak bergantung kepada Kem Komandan di Kem yang berkenaan. Sebab itulah banyak masalah disiplin berlaku.

Soal Keagamaan juga terserah kepada Kem Komandan. Nak ada sembahyang jamaah ke atau tidak terpulang. Peserta nak Tutup Aurat ke Tidak pun terpulang.

Penulis berpendapat ”NATIONAL SERVICE” perlu disokong kerana beberapa sebab diantaranya;

i. Menepati maksud untuk melahirkan anak muda yang boleh membantu angkatan tentera jika berlaku darurat.
ii. Boleh dilakasanakan dengan lebih berkesan dengan mendapat khidmat daripada bekas-bekas tentera yang terlatih.
iii. Dapat menjimatkan belanja apabila menggunakan khidmat bekas tentera dan munkin juga boleh dilaksanakan di kem-kem tenera yang sesuai.
iv. Bila laksana program Kerahan Tenaga ,libatkan peserta lelaki sahaja tak timbul masalah sosial seperti yang berlaku dalam program PLKN sekarang
v. Apabila program lebih berfokus , diharapkan ianya tidak dipoltikkan seperti yang telah berlaku kepada program PLKN


”CINTAKAN BANGSA, PERTAHANKAN NEGARA, DAULATKAN ISLAM”

Tuesday, October 21, 2008

SHAH RUKH KHAN AKAN BERGELAR DATUK

Sehari dua ini sebuk orang memperkatakan Melaka Negeri Bersejarah akan menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Ramai yang membantah termasuklah Ahli Parlimen BN . Berhujah sakan membantah penganugerahan gelaran yang ”berprestige” itu .

Saya tak terperanjat lasung dengan peanugerahan gelaran itu kerana diantaranya;

i. Memang sikap pemimpin UMNO dan BN menyanjung tinggi golongan atris,
Celebrities dan seupamanya. (Takkan kita tak ingat bagaimana Ratu Cantik di Pertahankan Mufti di Pecat di Zaman Mahadir)

ii. Dato Khalil TYT ,Govenor Melaka itu siapa? Orang Pahang semua tahu , kaki hiburan , peminat ”perempuan” . DS Anuar telah menganugerahkan gelaran ”Ketua Segala Buay a di Darat ” semasa dia membentangkan budget kewangan sebelum di cantas Dr.M.

iii. Isteri Tim.PM pun minat Bintang Bollywood. Semua orang tahu. Gambar di belaga pipi dengan bintang bollywood tersebar seluruh negara.

Dalam BH online hari ini Datuk Sri Mohd.Ali Rustam menegaskan Bintang Bollywood itu tetap akan dinugerah gelaran Datuk bulan depan. Di menyelar orang yang mengkritik ”tidak tau niat murnia” Kerajaan Negeri .

Bagi saya jika ini diteruskan dengan mempermudahkan gelaran Datuk , akhirnyar gelaran ini menjadi murah nilainya.

Kita kagum jika orang yang memang berjuang untuk agama , bangsa dan negara di beri pengiktirfan yang sewajarnya walaupun disisi Allah orang yang paling mulia ialah orang tinggi ketakwaan kepadaNya.

Tapi akhir-akhir ini gelaran Datuk mudah diberi begitu saja kepada siapa saja walaupun penghibur yang peranannya ialah ”Melalaikan Manusia”, Menunjukkan Akhlak yang Rosak dan Moral yang Rendah.

”Tunggulah akan kemusnahan apabila sesuatu amanah itu diberikan kepada orang yang bukan ahlinya”

Friday, October 17, 2008

“BERNASIB MALANG”

“BERNASIB MALANG” :PENIAGA MELAYU ISLAM KENA KELUAR PREMIS KERANA MENYOKONG PAS
Seorang Peniaga Melayu Islam yang berniaga di Tapak Pasar lama Muadzam Shah sejak tahun 2004 sedang menunggu Surat Arahan Mahkamah untuk mengosongkan Premis itu.

Peristiwa ini bermula setelah “JJ” dikatakan telah meghantar orang kuat Unit Harta Teras Dara Konsortium Sdn.Bhd.(TDK) selepas PRU 12 bertemu pengusaha Mini Market Jiran Ku.

Mereka memaklumkan Premis yang di sewakan oleh TDK kepada Koperasi Serbaguna Dara akan di tamatkan penyewaannya. TDK pula terpaksa menamatkan penyewaan Jiran Ku.
Peniaga berkenaan telah merayu antuk terus berniaga sehingga Kedai yang akan dibelinya siap dalam jangaka masa setahun lagi. Tapi tempuh yang diberikan hanya sebulan sahaja.

Kerana sikap tidak rational Ahli Parlimen Rompin BN (JJ) dalam hal ini, ramai pelanggan tetap Jiran Ku merasa kecewa dengan tindakan ini.
Selain ABADI hanya Jiran Ku sahaja setakat ini yang mempunyai barang-barang keperluan harian yang agak lengakap di bandar ini.

Jiran Ku menjadi tumpuan pengguna dari semua peringkat di Bandar ini tidak mengira kaum atau faham politik.

Tetapi JJ nyata mempunyai faham politkk yang sempit.

Thursday, October 16, 2008

KERAJAAN TIDAK “SERIOUS” BANTU PETANI dan PENIAGA KECIL DAN SERDAHANA (IKS)

Dalam menjawab soalan di Parlimen hari ini Dato Mustaffa Muhamad telah menyatakan dengan bangga kerajaan mempunyai “Networking “ yang cukup baik untuk membantu golongan petani danu sahawan untuk memasarkan produk mereka.. Salah satu daripadanya ialah dengan membantu memasarkan hasil tani ke Pasar Raya Besar yang sedia ada.

Kemudian katanya rangkaian dengan Pasar Raya Besar di luar Negara akan diperhebatkan.

Setelah 50 tahun merdeka itu sajakah usaha yang mampu dibuat?

Setakat ”menyediakan Payung di Pasar Tani?”

Kedua ”menompang kasih” ”Hyper Market” seperti Giant, TESCO, Jaya Jusco dll.

Memang FAMA membantu untuk memasarkan produk peniaga IKS ke Pasar Raya Besar yang ada. Tapi yang menentukan barang kita boleh masuk atau tidak mereka.

Lokasi barang itu pun mereka yang tentukan .Munkin di rak yang paling belakang dan tidak strategik.

Dato Pa tau ke statistik tenang barang peniaga kita yang boleh masuk ke Pasar Raya Besar dalam setahun?

Berbanding dengan jumlah bayarangan yang ada di setiap Pasar Raya Besar , berapa peratus barangan peniaga IKS /Melayu/Bumiputra?

Sebab itula h sepatutnya Kementerian melalui agensinya telah menwujudkan ”rangkain Pasar Raya sendiri.”

Tidaklah hanya mengharapkan ihsan orang . Barulah naiba petani dan usahawan IKS terbela.

Menteri-menteri janganlah pandai bercakap sedap , berlagak pandai, turunlah ke padang , dapatkan maklumat sebenar . Fikirlah nak membantu dengan ikhlas bunkan hanya pandai mengintai peluang untuk kepentingan diri.

Wednesday, October 8, 2008

MUHASABAH SYAWAL

Khusus bagi pengunjung setia blog saya , Tahniah kerana telah berjaya melaksanankan Ibadat Puasa di Bulan Ramadahan yang lalu.

Disamping itu marilah kita sama-sama bermuhasabah, sejauh manakah kesempurnaan ibadah puasa yang telah kita lalui .Hendaknya jangalah kita tergulung kepada “orang yang berpuasa tetapi yang dapat hanyalah lapar dan dahaga sahaja” .Harapan kita semoga kita tergulung kepada yang mendapat “ketaqwaan”

Di bulan Syawal yang masih ada beberpa hari lagi ini marilah kita sama-sama meneruskan amalan-amalan mulia yang telah kita laksanakan sepanjang Ramadhan yang lulu.Mudah-mudahan momemtum ini dapat diteruskan disepanjang tahun hingga kita bertemu Ramadhan yang akan datang.

Beberapa perkara yang munkin dapat kita fikirkan bersama dan beberapa amalan yang dapat kita kekalkan , mudahan kita diterima bersama golongan “muttaqin” .

i. Renugkanlah sejauh mana kesempurnaan “Ibadah Ramadhan” yang telah kita
laksanakan. Yang wajib dan yang sunat.

ii. Bagaimanakah kita merayakan Idul Fitri yang lalu. Hari Raya Pertama, Hari Raya
Kedua dan seterusnya.(Apakah kita dapat melaksanakan seperti mana yang
dianjurkan oleh Islam atau sekadar mengikut adat.Lebih teruk lagi jika kita
bersama dalam program yang terlibat dengan perkara yang shubhah atau haram)

iii. Bagi yang ada tertinggal puasa disebabkan kerana uzur syari’e, sakit, musafir dan
sebagainya sudahkah menqadakan nya.

iv. Sudahkah kita memulakan ”Puasa Enam”. Jika belum kena rancang segera.
Semoga jangan terlepas.Puasa enam hari dalam bulan Syawal dapat menampung
kekurangan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan disamping dijanjikan
pahala seperti puasa sepanjang tahun bagi mereka yang berpuasa sebulan di bulan
Ramadhan kemudian berpuasa pula enam hari dalam bulan Syawal.

v. Teruskan menjaga ibadah solat serta kesempurnaannya. Kekalkan amalan solat
berjamaah yang telah kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan.

vi. Teruskan amalan membaca Al-Quran. Jika kita mampu khatam quraan
sepanjang bulan Ramadahan amat eloklah jika dapat dikekalkan pada bulan-bulan
lain. Jika tidak mampun bacalah sekurang-kurangnya satu muka surat sehari
.Ataupun baca sekadar lima atau enam ayat sehari dengan kaedah Tadabur
.(Membaca diikuti dengan terjemahan , membaca sebab turun ayat serta memahami
dan mengamati pengajaran-pengajran yang terkandung di dalamnya).

vii.Memperbanyakkan zikir dan wirid. Utamakan wirid al-Ma’thurat yang disusun
oleh pengasas Ikhwan Muslimin, Imam as-Syahid Hassan al-Banna

viii.Menghadirkan diri ke Majlis-majlis ilmu seperti kuliah, tazkirah , ceramah dan
seumpamanya.

ix. Membudayakan membaca bahan-bahan yang berfaedah terutamanya bahan-
bahan keagamaan.

x. Sentiasa mendampingi orang-orang alim.Bersyahabat dengan orang-orang
yang baik akhlaknya dan mengabungkan diri dalam Jamaah Islam serta
Istiqamah didalam nya.

Mudahan kita beroleh taufiq dan hidayah, InsyaAllah

Friday, September 26, 2008

SALAM IDUL FITRI

Hari ini kita telah berada di hari ke 27 Ramadahan .

Hanya beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Idul Fitri.

Persoalannya apakah kita telah dapat menyempurnakan Ibadah Ramadhan kita dengan cara yang terbaik. Jawapannya hanya kita yang mengetahuinya. Jika jawapannya “ya” Alhamdulillah.


Namun begitu kita masih ada beberapa hari lagi untuk “berjuang” bagi memunkinkan kita dapat “graduate” dari “Madrasyah “ Ramadahan ini dengan sijil yang cemerlang.


Sepertimana kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi peperiksaan terakhir di sekolah, di kolej atau di universiti bergitu jugalah seharusnya kita lakukan di akhir Ramadhan ini.

Semaklah, berapa Juzu lagi bacaan Quran yang perlu diselesaikan?, berapa banyak solat-solat sunat telah dilakukan?, Berapa kali dah menjamu orang miskin, kanak-kanak dan syahabat-handai berbuka puasa, sebanyak manakah sedekah yang telah dihulurkan? Serta amal-amal soleh yang lain.

Harapan kita semoga menjelang Syawal ini kita mendpat ”Sijil Taqwa”, InsyAllah


Persiapan Menyambut Syawal

Apa pula persiapan kita untuk menyambut Syawal ini?

Jika dilihat apa yang diwar-warkan dalam T.V amatalah menyedihkan.

Semuanya menceritakan rancangan hiburan sepanjang hari raya.

Tidak nampak apakah rancangan yang boleh membina modal insan yang banyak diperkatan oleh pemimpin negara.

Bagi kita yang memahami Islam yang syumul ini hendaklah membuat perancagan untuk menyambut Syawal ini seupaya selaras dengan kehendak Islam.

Diantara cadangan yang munkin boleh kta fikirkan;

i. Menziarahi kubur ahli keluarga terdekat sebelum hari raya. Saya berpendapat demikian kerana pada hari raya terlalu ramai orang menziarah kubur hingga berlaku perkaran yang saya kira melanggar batas syarak. Bergaul antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ramai yang tidak menutup aurat. Ada disetengah tempat berlaku macam pesta menjual bunga-bunga, air mawar dan bermacam lagi,

ii. Merancang untuk pergi solat Idul Fitri di awal pagi.

iii. Merancang untuk memberi sedekah terutamanya kepada saudara-mara dan syahabat yang terdekat yang kurang berkemampuan

iv. Merancang program ziarah ke rumah saudar-mara terdekat dan juga syahabat-handai

v. Mengadakan majlis tahlil, bacaan al-mathurat, tazkirah dan yang seumpamanya

vi. Mengelakkan dari menonton rancangan T.V yang berunsur hiburan yang melampau dan bercangah dengan Islam. Sebagai alternatifnya tenguhlah program yang bermanfaat seperti berita, rencana dan sebagainya melalui saluran tertentu. Jika tidak terdapat program yang sesuai gantikan dengan CD atau VCD ceramah , nasyid atau rencana yang memberi faedah.

Kepada pengunjung blog saya , saya dan juga anak isteri meminta ribuan ampun dan maaf atas segala kesilapan semasa kita beriteraksi selama ini.

Salam Idul Fitri

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP