Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah jika diizinkan besuk Rabu ,11 Ogos 2010 kita akan berada di hari pertama Bulan Ramadhan 1431 Hijriah. Umat Islam diseluruh dunia akan berada di hari pertama berpuasa Ramadhan tahun ini.


Seluruh umat Islam yang masih dipanjangkan umur harus bersyukur kerana dapat bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh rahmat ini.


Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari menyebut:

“ Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu langit (dalam riwayat yang lain “pintu Syurga”) ditutup pintu nearka dan dibelengu syaitan”

Imam al-Bahaiki pula telah meriwayatkan sebuah hadis dari Jabir katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Ramadhan telah datang kepada kamu. Ini adalah bulan yang Allah SWT memenuhkannya dengan keberkatan, menurunkan rahmat padanya, memadamkan kesalahan, memaqbulkan doa, menunggu mereka yang berlumba melakukan kebajikan dan malaikat Allah berbalah mengenai kebajikan kamu. Maka tunjukkanlah kepada Allah kebaikan, kerana orang yang celaka ialah mereka yang tidak mendapat rahmat Allah SWT dalam bulan tersebut.”



Seorang penyair berkata:

“Datanglah bulan Ramadhan sebagai tempat untuk bercucuk tanam seorang hamba bagi menyucikan hatinya dari kerosakan”

“Maka tunaikanlah haknya dan bawakanlah ia sebagai bekalan untuk akhirat”

“Sesiapa yang menanam bijian tetapi ia tidak menyiramnya akan menyesal ketika tiba musim menuai”


Oleh yang demikian, marilah syahabat-syahabat sekalian ,khususnya kita yang berada dalam Haraqah Islamiah ,berazam meningkatkan amal kita dalam bulan Ramadhan tahun ini , Ameen.

Tuesday, August 3, 2010

PROGRAM GERAK SEDIA JENTERA PILIHAN RAYA (GSJPr) & PROGRAM GERAKAN PENDAFTARAN PEMILIH (PGPP) KAWASAN PAYA BESAR & INDERA MAHKOTA BERJALAN LANCAR


Walaupun bertembung dengan beberapa program besar PAS Pahang Program GSJPr dan PGPP telah berjalan dengan lancar pada hari Ahad 1 Ogos yang lalu.

Program yang telah dirancang oleh PAS Pahang ini bertujuan mengerakkan Jentera Pilihan Raya di semua peringkat bagi menghadapi PRU 13 yang besar kemunkinannya akan diadakan pada pertengahan atau penghujung tahun hadapan.

Pada kali ini Kawasan Paya Besar telah mengerakkan program ini ke DUN Panching dan Sg.Lembing manakala Kawasan Indera Mahkota hanya menumpukan ke DUN Beserah. Pelbagai program diadakan termasuklah BBQ, Dikir Barat dan Tayangan VCD.

Kawasan pembantu dari hampir seluruh Negeri Pahang telah turun menjayakan program ini.

Kawasan Pekan, Bentong , Lipis,Raub dan Kuala Krau telah di tempatkan di Kawasan

Paya Besar manakala Kawasan Rompin, Bera, Temerloh dan Kuantan telah membantu di Kawasan Indera Mahkota.

Turut hadir bagi melihat dengan lebih dekat perjalanan program ini ialah Tuan Haji Nasir ,Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Saturday, July 17, 2010

KURSUS MELATIH JURULATIH (TOT) ANJURAN ILPAS DI PERINGKAT NEGERI PAHANG BERJALAN LANCAR

Kursus yang dirangka khas bagi melahirkan Jurulatih Jentera Pilihan Raya di Peringkat Negeri Pahang berjalan dengan lancar di Dewan Dato Abu Samah, Pejabat Badan Perhubugan PAS Pahang ,Temerloh selama 2 hari 2 malam mulai semalam.


Kursus yang dianjurkan oleh Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS) dihadiri lebih kurang 50 orang peserta mewakli Dewan
Ulamak, Pemuda dan Muslimat di Peringkat Negeri
dan juga wakil kawasan-kawasan di seluruh Negeri Pahang.

Tenaga Penceramah /trainer bagi program ini diturunkan dari Pusat
mewakili pelbagai
kemahiran
termasuklah berkaitan
Aqidah Islam dan Perundangan
Pilihan Raya.

Diantara trainer yang terlibat termasuklah Dr.Hj.Abdul Rahman Abdul Latif, Pengrah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Syed Zakaria Syed Zainal Abidin ,seorang pengamal undang-undang dan Ustaz Mohd.Asri Mat Daud AJK Lajnah Tarbiyah PAS Pusat.

Dalam ucapan penutup program ini Cikgu Abdul Majid Hassan, Pengarah JPN Pahang mengharapkan semua perserta kursus dapat berperanan dalam menyampaikan ilmu dan maklumat yang diperolehi ke semua
peringkat Jentera Parti bagi meghadapi Pilihan Raya Umum yang dijangka akan diadakan seawal April tahun hadapan.




Thursday, July 1, 2010

Jentera Pilihan Raya PAS DUN Muadzam Shah Giatkan Program Ziarah

Jentera Pilihan Raya (JPr) PAS DUN

Muadzam mengaktifkan program
ziarah dalam mendekati pengundi
setempat.

Pada hari Selasa baru-baru ini program tersebut telah diadakan dengan kerjasama PAS Cawangan Bandar Muadzam Shah.

Program tersebut yang diketui oleh Sdr.Ramli Awang Ahmad selaku
Pengarah JPr DUN telah disertai lebih-kurang sepuluh orang AJK Jentera PR peringkat DUN dan juga AJK Cawangan Muadzam Shah.


Pada malam tersebut enam buah rumah sempat kunjungi. Rumah-rumah yang diziarahi telah dikenalpasti terlebih dahulu mempunyai ahli keluarga yang sakit dan sebahagaian telah tidak bangun berbulan-bulan.

Walaupun dengan hanya berbekalkan hamper yang tidak seberapa ,kunjungan yang telah diadakan sangat bererti bagi mereka.

Sunday, June 27, 2010

PAS PAHANG LAKSANA PROGRAM GERAK SEDIA JENTERA PILIHAN RAYA PRU 13

Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang telah diamanahkan oleh Badan

Perhubungan bagi melaksanakan Program Gerak Sedia Jentera

Pilihan Raya dan Program Gerakan Pendaftaran Pemilih bagi

menghadapi PRU 13 yang boleh diadakan bila-bila masa selepas 8

Mac 2011.

Pada 26 & 27 Jun telah berlansung program tersebut bagi Fasa Ketiga.

Program yang melibatkan seluruh ahli perhubungan,anggota JPN petugas -petugas dari kawasan-kawasan telah diadakan di Kawasan Parlimen Pekan dan Kuantan .

Petugas -petugas yang dijangakan melebihi seribu orang termasuk petugas tempatan telah turun ke medan sejak petang hari Sabtu lagi

Pelbagai program diadakan termsuklah meziarahi ahli-ahli, kuliah

,ceramah dan Qiammulail, tahlil dan majlis ramah-mesra .

Kawasan Pekan melibatkan empat DUN iaitu Peramu Jaya, Chini,

Bebar dan Pulau Manis.

Kuantan pula mengadakan program di DUN Tanjung Lumpur

dan Inderapura.

Wednesday, June 2, 2010

KEKEJAMAN YAHUDI ,ISRAIL :APA SUMBANGAN KITA?


Sifat tidak berperikemanusiaan Yahudi jelas terbukti dengan serangan yang dilakukan oleh Komando Israil ke atas Pasukan aktivis misi kemanusiaan di atas Kapal Mavi Marvara tempuh hari.

Serangan ke atas aktivis yang tidak bersenjata dengan 19 buat bot, 4 kapal perang ,3 kapal selam dan tiga helikopter adalah tindakan kejam , gila dan tak berhati perut.

Namun kita jangan lupa di Malaysia pun berlaku perkara yang jika tak sama pun hampir sama. Serangan terhadap Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan syahabat-syahabatnya dengan Kereta Perisai dan senjata automatik satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.
Aggota polis yang diarahkan menyerang dikatakan ditipu dengan maklumat katanya ada "pondok penganas" . Arahan siapa ini?

Begitu juga peristiwa yang terkini anggota polis menembak mati pelajar yang lari dari sekatan jalan raya. Dikatakan pelajar tersebut ada parang di dalam kereta. Jika betul pun ada parang bolehkah polis menembak jika parang itu sekadar disimpan dan tidak dihalakan kepada polis atas tujuan mengancam keselamatan.

Yahudi, Israil ternyata zalim dan ganas. Tapi sejauh mana peranan yang telah kita laksanakan?

Dulu kita adakan kempen "Boikot Barangan atau Produk Yahudi" .Tapi lazimnya terhenti sekerat jalan. Marilah kita gerakkan semula.

Kerajaan Malaysia mesti buat lebih dari itu . Jangan sekadar berpura-pura. Negara-negara Islam mesti bersatu. Jangan takut pada kepada kuasa-kuasa barat . Jika Negara-negara Islam dan negara-negara Umat Islam bersatu kita pasti lebih kuat. Allahhu Akbar



  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP